09 June 2020

6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di KL


Tiada lain yang selalu di kongsi adalah tentang makan, makan dan makan. Selain itu sudah pasti tempat makan yang sedap dengan harga yang berpatutan. Di sebabkan feel bayangan sekali sekala bermata biru dan suasana dengan empat musim negara barat, makanan western food yang berkeinginan untuk di jamah. Maka, mestilah mencari tempat makan western food yang sedap dengan harga yang berpatutan di KL... gittuu!

6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di KL
6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di KL

Nak masak western food ni renyah dan ada barang masaknya yang kita tak biasa dan jarang nak di gunakan di dapur kita. Jadi, lebih baik menyerahkan pada yang pakar untuk memasaknya.  Hanya perlu order, tunggu dan makan sahaja. Western food ini juga kebiasaannya satu hidangan yang sudah siap tersedia lengkap satu hidangan karbohidrat, protien dan sayuran yang di sarankan oleh pakar pemakanan utuk diet sihat. Itu yang bagusnya...kan!

Musim covid19 dan di kenakan PKP ini yang hanya di sarankan duduk di rumah @ #stayathome kita hanya tunggu di rumah dan biar western food delivery  by Foodpanda yang buat kerja.


Mari kita cari tempat makan western food yang sedap dengan harga berpatutan di KL dan tunggu penghantaran sampai. Rehat-rehat di rumah dan dapat makan western food yang sedap tanpa perlu bersusah payah dan bersesak di tempat awam. Jom belek senarai tempat makan western food yang sedap ini.

6 Tempat Makan Western Food Yang Sedap Dengan Harga Berpatutan Di KL


- 1 -  Eye's Steak


Terletak di Pantai Dalam, antara sajian istimewa mereka ialah Chicken Boxing, Burger Chicken Chicken Chop Bun dan Ribs Eye. Saiz hidangan di restoran ini juga agak besar, memang puas hati kalau makan di sini.

Bagi mereka yang ingin menikmati makanan barat dengan bajet berpatutan, disarankan berkunjung ke sini kerana tagline kedai ini pun "Rasa Restoran, Harga Kedai" menjaminkan yang dompet anda takkan koyak jika menjamu selera di sini.

Alamat: GM5-09 & 10, Bazaria Pantai (Jalan Pantai Permai 2), 59200 Pantai Dalam, Kuala Lumpur.

- 2 - Mr Steak House


Apa yang istimewanya Top Steak House ini ialah ia mempunyai sehingga 60 pilihan menu yang boleh anda pilih jika anda berkunjung ke sini. Ramai yang mengatakan rasa pedas sos barbeku pada setiap hidangan di restoran ini memukau selera pelanggan.

Menu di Top Steak House terbahagi kepada lima kategori iaitu ayam, ikan, daging lembu, daging kambing dan hidangan masakan Itali. Kalau anda hendak memesan menu makanan laut pula, tempahan sehari sebelum adalah digalakkan untuk mengekalkan kesegaran makanan.

Alamat: No. 2, Jalan Tasik Utama 10, Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, 57000 Kuala Lumpur.

- 3 - Fiske Steakhouse


Saiz hidangan makanan di Fiske Steakhouse bersaiz besar dan lebih daripada berbaloi dengan harganya yang murah. Pemilik restoran ini, Shamsul Kamal dahulunya seorang chef di Shangri-La Hotel Kuala Lumpur, jadi tidak perlu risau dengan kualiti menu yang terhidang di kedai makan ini.

Menu istimewa di Fiske Steakhouse ialah Bread Butter Pudding dengan sos Karamel dihidangkan dengan aiskrim, dan Spagetti Bolognese. Selain makanan barat, Fiske Steakhouse juga ada menjual asam pedas Melaka. Jika anda tak boleh terima makanan mat salleh, bolehlah cuba asam pedas mereka. Dengarnya, boleh tahan sedap!

Alamat: No. K4, Medan Selera AU2 (Jalan AU 2C/6), Taman Desa Keramat, Kuala Lumpur.

- 4 - Toowoomba Deli & Meats Steak House


Namanya unik, membuatkan orang lebih tertanya-tanya apa yang best di sini. Terletak di Setapak, menu signature mereka adalah Chicken Wings, Fish n Chips, Salmon Steak and Spaghetti Chicken Bolognaise.

Anda tidak perlu meragui kesegaran bahan metah di restoran ini keranan daging yang dijual diimport segar dari Australia. Hiasan dalamanya juga menarik dan ceria kerana kerusi meja dan kebanyakan perabotnya diperbuat daripada kayu.

Alamat: G-3A, PV 128, Jalan Genting Kelang, Danau Kota, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

- 5 - Ayers Rock Butcher and Grill


Ini merupakan salah satu tempat makan menarik di Wangsa Maju, KL. Menyajikan pelbagai pilihan daging yang diimport segar dari Australia dan New Zealand. 

Menu western utama seperti steam, lamb chop, chicken chop, dan daging wagyu boleh didapati di sini. Hidangan lain seperti ikan salmon, udang, dan meatballs turut menjadi pilihan pelanggan.

Alamat: No.9 Wangsa Maju Delima 10 Wangsa Link, Wangsa Maju, 53500 KL

- 6 - Pekan Station


Kita perlu tangkis tanggapan yang makanan wester semuanya mahal. Tidak di Pekan Station, kerana kedai yang terletak di Kampung Baru ini menyajikan masakan ala Barat pada harga murah.

Di sini, anda boleh menjamu selera dalam suasana kampung yang berlatar belakangkan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Kalau anda tercari-cari tempat makan malam best di KL, di sinilah jawapannya.

Alamat: 61, Jalan Raja Uda, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur

Boleh sangat order secara online western food delivery apabila mengidamkan western food yang sedap dengan harga berpatutan di KL. Tak perlu susah-susah kesana-kesini. Bukankah kita disarankan agar sentiasa duduk di rumah kini.. kan!

Selamat menjamu selera selepas menerima pesanan western food delivery.... Yeayh!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...