Salah satu makanan kegemaran aku adalah rojak. Tak kiralah sama ada rojak
pasembur, rojak pecal, rojak buah ataupun rojak dari seberang. Semuanya rojak
macam-macam rasa dan sedap belaka. Suka dengan sayur-sayuran atau buah-biuaha
yang di kunyah bersama kuih tepung yang rangup bersama kuah kacang. Ada juga
rojak yang di buat ala pencicah manis dan pedas di makan dengan buah-buahan
yang rasanya masam. Kali ini aku himpun resepi rojak macam-macam rasa dan rupa
yang sedap di blog aku ni.
11 Resepi Rojak Macam-Macam Rasa Dan Rupa Yang Sedap |
Tempat kegemaran aku makan rojak adalah rojak SS15 Subang Jaya. Tapi sekarang
tak payah pergi Subang Jaya sebab sudah ada outletnya di Shah Alam, Resepi
rojak rojak SS15 ni jenis rojak ala mamak sikit. Lain pula resepi rojak
pasembur yang adakalanya ada sotong, udang dan ketam bersalut tepung. Jenis ni
aku pernah makan di Pulau Pinang. Selain tu pastinya resepi rojak buah yang
menggunakan petis dalam campuran kuahnya.
Ada satu lagi resepi rojak di panggil pecal atau rojak kampung yang menggunakan
sayur-sayur kampung seperti pucuk ubi, pucuk paku, kangkung, kacang panjang
dan pelbagai sayur yang lain Sedap juga resepi rojak dan pecal cara
begini. Apapun jenis dan resepi rojak, semuanya menambat selera dan sedap
belaka. Cuma adalakanya apabila nak membuatnya agak leceh. Nak makan, kenalah
berusaha tapi kalau susah beli saja... hahah!
11 Resepi Rojak Macam-Macam Rasa Dan Rupa Yang Sedap
- 1 - Resepi Rojak Kuih
Bahan-bahan:
*6 biji telur ayam rebus
*6 biji kentang buang kulit dan potong
*6 bar fish cake
*6 ketul tauhu keras
2 biji timun di potong
Bahan yang bertanda *goreng sehingga garing dan potong
Bahan untuk kuih:
300g tepung gandum
200g taugeh
50g udang kering
1 sudu mauripan
1 gelas air
Cara-cara
Blendkan udang kering n campurkan kesemua bahan tadi, Tunggu sehingga kembang
dan goreng. Ala mcm buat cekodok tu. Tau kan.!
Bahan untuk kuah kacang:
100g cili kering rendam dgn air panas dan blend...
300g kacang tanah goreng sampai kuning + 3gelas air dan blend
2 sudu tepung jagung+1gelas air & kacau
2 senduk gula
1 sudu garam
1 ulas bwg putih
Cara-cara:
Tumiskan lada kering dan 1 bij bawang putih yang dah di blend tadi sehingga
pecah minyak.
Masukkn gula dan garam kemudian kacau sehingga gula dan garam larut kemudian
masukkn kacang tanah yang dah di blend dengan 3 gelas air tadi Tunggu sehingga
mendidih kemudian masukkan tepung jagung. *tepung jgung tu bg pekat kuah...
kredit : Nora Lola Mokthar
- 2 - Resepi Rojak Petis
Bahan-bahan Rojak:
Tauhu goreng
Kangkung
Sengkuang,
Timun
Nenas
Taugeh
DLL
Bahan kuah petis:
1 botol kecil kicap manis cap kipas udang
(Kalau beli yang besar guna separuh je)
Belacan - di bakar dulu
Bawang merah dalam 6 biji (kalau bawang besar 1 biji)
Bawang putih -5 biji
6 - 8 biji cili api (nak letak lebih pun boleh)
1 senduk lada mesin
Gula pasir - 2 senduk
Kacang tanah - siap goreng dan blend secukupnya
Cara:
Blendkan bahan-bahan dan gaul sebati.
Kredit : Jamiah Tulisman
- 3 - Resepi Rojak Sayur @ Pecal
Bahan-bahan untuk kuah :
2 cm belacan - digoreng (jika suka blh tmbh tak suka abaikan. Admin tak letak)
6 ulas bawang merah digoreng tanpa potong
15 tangkai cili kering - digoreng tanpa potong
600 g kacang tanah - digoreng dgn sedikit minyak dan ditumbuk kasar @ blend
kasar
Asam jawa secukup rasa dibancuh dengan air panas/air masak @ sedikit cuka
makan
Gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Goreng bawang merah dan cili kering dgn minyak yg sedikit. (Jika nak tambah
belacan boleh goreng bersama) Kemudian kisar bawang merah dan cili kering
hingga hancur dgn menggunakan air asam jawa.
Masukkan ke dalam mangkuk campurkan bahan kisar dengan kacang tanah yg dikisar
kasar, belacan, garam dan gula. Kalau kuah pekat sangat boleh tambahkan
sedikit air panas dan kacau. Kepekatan kuah seperti kuah satay.
Bahan-bahan untuk sayuran:
1 biji sengkuang kecil - di hiris nipis dan memanjang
200 g taugeh - dicelur seketika
1 ikat pucuk ubi (blh tmbh jika suka) - d celur
1 ikat kacang panjang dipotong kecil dan dicelur
1 ikat kangkung - dipotong kecil dan dicelur
2 keping tauhu - digoreng dan dipotong2 nipis
1 batang timun - di hiris memanjang & nipis
1 biji kentang - direbus kemudian dipotong kecil (blh tmbh jika suka)
1 pkt kcg peas - di rebus (blh tmbh jika suka)
5 biji telur rebus - hiasan tmbhn
Cara menghidang:
Susunkan semua sayuran di dalam pinggan besar.Bila nak makan ambil serba
sedikit sayuran tersebut kemudian curahkan dgn kuah kacang dan gaul sebati.
Sedia di makan bersama telur rebus.
Walla... selamat mencuba!
Nota tambahan :
- Rojak sayur ini juga boleh dimakan bersama sotong kembang yang di rebus.
Jika suka boleh tambah mee kuning.
- Nak makan dgn nasi impit pun boleh. Ikut citarasa masing-masingla. Kalau
suka pedas, boleh tambahkan lagi cili.
Kredit: koleksi resepi unik dan kreatif
- 4 - Resepi Rojak Bandung
Bahan-bahan untuk kuah:
Lada boh - ikut citarasa nak pedas atau tidak
400g-500g gula melaka
1 botol tomato sos (standard size)
Air - gunakan botol tomato sos
petis - optional tapi saya letak
secubit garam
Satukan dlm periuk & didihkan hingga pekat. Senangkan!
*Sos ini tahan lama dan boleh jugak digunakan untuk dicicah dgn keropok lekor
atau apa sajalah.
Bahan rojak:
Sengkuang
timun
tauhu - digoreng dahulu
Sotong kembang - dicuci bersih dan direbus sebentar dlm air mendidih. jangan
lama sangat nanti
lembik tak sedap
kangkong - dicelur sebentar
taugeh - jika suka
untuk taburan:
kacang tanah digoreng dan ditumbuk halus
bijan jika suka
Selamat mencuba
Kredit : Ummi Abdullah Saadah
- 5 - Resepi Rojak Sotong @ Sotong Kangkung
3 sudu besar petis/otak udang
3 sudu besar sos hoisin akak pakai jenama life
2 sudu besar sos plum juga jenama life
1 sudu besar serbuk cili/chili flakes akak pakai serbuk cili sebab halus
kuahnya.
1-2 sudu besar gula putih
Sedikit air biasa akak pakai 4 sudu besar
Bijan dan kacang yang telah disangai dan ditumbuk
Kesemua bahan diatas kecuali BIJAN & KACANG dimasukkan dalam kuali dan
masak selama 5 minit bila dah likat dan pekat tutup api.
JANGAN MASUKKAN GARAM sebab dalam sos tadi ada garamnya.
Akak tak masukkan tepung jagung sebab dalam sos tadi dah ada tepung jagungnya
sendiri.
Kredit: Hafizah Fiza
- 6 - Resepi Rojak Tauhu
Bahan untuk kuah rojak :
10 tangkai cili kering (blend halus)
1/2 cawan sos cili
2 inci. belacan
1 cawan gula merah
1/2 cawan. gula pasir
1/3 cawan kicap pekat manis
1 cawan air masak
3 sudu besar tepung jagung
Cara membuatnya:
Campur semua bahan kecuali tepung jagung. Masak sampai gula semua cair
dan mendidih.
Lepas tu masukkan tepung jagung, kacau² sampai pekat likat dan sejukkan.
Campurkan dengan kacang tumbuk, curahkan ke atas Tauhu, taugeh, timun dan
kangkung dan gaul rata.
*Selamat menjamu selera*
Kredit; Miran Qishaika
- 7 - Resepi Rojak Cina/Petis
BAHAN-BAHAN SOS
1 bekas petis @ otak udang
1/3 cawan gula melaka, hiris halus
1/4 cawan gula pasir
1/4 cawan kicap pekat
1 cawan air
1 inci belacan dilarurkan dgn suku cawan air masak
BAHAN-BAHAN TAMBAHAN
Cili kisar secukupnya
Kacang tanah secukupnya goreng tanpa minyak, buang kulit dan tumbuk hancur
(admin suka kacang lebih)
Pes asam jawa secukupnya
Gula utk rasa manis sikit
BAHAN-BAHAN ROJAK
Kangkung (potong, cuci dan toskan, kemudian celur sekejap, toskan)
Taugeh (dibersihkan, celur sekejap dan toskan)
Timun, hiris nipis
Nenas, hiris nipis
Sengkuang, hiris nipis
Tauhu, goreng dan hiris
CARA MEMBUATNYA
UNTUK SOS PETIS
Mula-mula kita Satukan semua bahan2 untuk sos petis ke dalam periuk. Masak
dengan api sederhana hingga mendidih dan gula larut. Kecilkan api dan terus
memasak hingga pekat, kacau sentiasa. Matikan api dan sejukkan dia..
UNTUK ROJAK PETIS
Ambil satu bekas klu blh yang meruncing tinggi supaya rojak tal terkeluar bila
mengaul. Kemudian masukkan 4-5 camca besar sos petis, tambah 4 camca besar
kacang tanah, 1/2 camca besar cili kisar dan 1 camca teh cili api kisar. Kacau
rata dan tambah 1/2 camca teh pes asam jawa. Gaul rata. Jika suka manis, boleh
tambah sedikit lagi gula pasir. Kacau rata2, Masukkan taugeh dan kangkung,
gaul rata. Tambah sengkung, timum, tauhu dan nenas. Gaul rata2 dan alihkan
rojak ke dalam pinggan sesuai. Tabur sedikit kacang tumbuk untuk hiasan. Klu
admin, suka kuah lebih dan kacang lebih!! Sedap.. Makan sampai puas! Selamat
mencuba
Kredit: niey_naniey
- 8 - Resepi Rojak India Singapore
KUAH ROJAK
2kg keledek oren, buang kulit & rebus
4 liter air
200ml tomato sos
200gm gula putih
200gm gula oren
150gm kacang kisar
2 sdm lada kering kisar
5 ulas bawang putih dikisar
Garam secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Sedikit bijan disagai
Masukkan semua bahan di dalam periuk, masak hingga mendidih. Pasti kan rasa
manis, masam dan garam. Kuah jangan terlalu pekat atau terlalu cair. Tambah
pewarna merah jika ingin warna yang lebih merah (kak Bib tak letak)
** gula Oren tu popular kat singapore untuk di makan dengan putu mayam. Rasa
dia macam gula pasir sikit. Kalau takde, ganti kan dengan gula pasir dan
pewarna merah@oren.
TEPUNG GORENG
1 kg tepung gandum
1 paket yis
Sedikit garam
1/2 biji kelapa parut dengan kulit hitam
Sedikit pewarna kuning
Air secukupnya
Bancuh tepung yis seperti adunan jemput jemput. Agak agak air yang digunakan.
Letak garam. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian di letak pewarna
kuning. Satu bahagian letak kelapa. Perap 1 jam. Goreng dengan minyak yang
banyak.
MASALA VADAI@MAGELEI
500gm kacang dhal direndam selama 4 jam dan ditos
10 biji bawang kecik dihiris halus
3 biji bawang putih hiris halus
Sedikit halia di parut
2 btg lada kering, buang biji & hiris
2 tangkai daun kari hiris kasar
3 btg kucai potong kecik
1sdm jintan putih
1sdm jintan manis
1sdt garam masala(takde pun takpe)
1 biji telur
Garam secukup rasa
Kisar kacang dhal dan telur(kak Bib guna food processor) Masukkan semua
bahan-bahan. Gaul rata, bulat-bulat kan dan goreng.
Bahan-bahan lain untuk rojak
- kentang rebus
- telur rebus
- paru-paru di rebus, goreng & potong kecik
- tahu goreng
- tempe goreng
- fish cake
- hot dog
- salad
- timun
- lada hijau
- bawang holland
- sengkuang
kredit: resepi bonda FB
- 9 - Resepi Rojak Mamak
KUAH ROJAK
Bahan-bahan:
*Kacang tanah 1/2 kilo digoreng dengan minyak sampai betul-betul masak
*Udang kering RM3
*Bijan RM2 digoreng tanpa minyak(goreng sekali mudah kerja)
*10 keping biskut marie
Cili blender 1 cawan ikut nak pedas lagi tambah sendiri.
Air asam jawa 1 cawan pekat
Gula melaka 1 ketul
Gula pasir 1/2 kilo
*1 ketul keledek besar penumbuk di rebus sampai lembut
Cara-caranya:
Blender semua bahan bertanda *kacang tanah blender dengan air sampai hancur
guna blender basah. Yg lain blander macam biasa. Campurkan semua bahan
pastikan jangan pekat sangat nanti dah masak kuah akan jadi lagi pekat sebab
keledek dengan biskut marie tu memekatkan kuah
Biar cair sikit api jgn terlalu kuat serdahana je. Kacau sampai mengelegak
letak garam rasa kuah cukup tak manis masam masinnya. Sukatan gula tu memang
sesuai sukatan ni memang dah sedang molek tak yah nak adjust2 dah Sesiapa
nak meniaga pun boleh guna gandakan je sukatannya. Okey!
Bahan Rencah:
Cucur udang
Cucur kelapa
Tauhu goreng
Telor rebus
Timun
Sekuang
Daun salad
Kentang rebus
Nak tambah bahan-bahan lain pun boleh mee ke ayam ke bebola ke jadi rojak
singapore.
Cucur udang
1/2 kilo tepung gandum*
Yis 2 sudu besar*
Garam 1 sudu besar*
Gula 1 sudu besar*
Kunyit*
Daun kucai ÷
Tougeh
Daun bawang ÷
Bahan bertanda * digaul sekata tanpa air
Bahan ÷ dipotong 1inci
Gaul semua bahan dengan air jgn terlalu keras cair sikit tak apa. biar dalam
1/2 jam. Tunggu adunan naik baru goreng nama pun cucur udang letak lah
udang, sekor-sekor atas cucur tu.
Cucur kelapa
Resepi ni dah diubah ikut citarasa tuan tanah
1/2 kilo.tepung gandum
Yis 2 sudu besar
Kelapa parut separuh biji
Gula 5 sudu besar...memang agak manis cucuq ni
Garam.
Cara:
Gaul semua sekali biar sampai kembang dalam 1/2 jam. Lepas tu goreng buat
bulat. Siap!
Kredit: fauzana muhamad
- 10 - Resepi Rojak Mee
Kuah Rojak Mee
Bahan-bahan:
500g Kacang tanah - sangai/ goreng
2 bawang merah (pilih hat besar sikit)
3 bawang putih
10 cili kering-basuh, buang biji ( rebus )
20 keping biskut marie ( kisar dengan air )
gula melaka / gula pasir
garam
Asam Keping
Cara-cara:
Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan. Kisar kacang tanah
bersama sedikit air. Kisar biskut juga dengan sedikit air. Panaskan minyak
secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau.
Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata. Masukkan biskut marie
yang dah dikisar. kacau
Masukkan gula . Kacau. Perasakan dengan garam
Bahan-bahan Rojak Mee :
1 bungkus mee kuning
1 batang timun – potong halus memanjang
Sengkuang – potong halus memanjang
3 biji ubi kentang- rebus dan potong memanjang
2 biji telur – rebus dan belah dua
1 Tauhu - goreng dan potong kecil
Tepung gandum - untuk buat cucur. Lepas tu potong cucur tu memanjang.
Taugeh
Tempe kalau suka - Goreng dan potong kecil
Salad untuk efek kehijauan
Resepi buat cucur bersarang
Bahan-Bahan :
1. Tepung gandum
2. Mauripan + air sikit
Cara-cara :
Bila campuran Mauripan + air dah nampak naik dan sebati. Masukkan dalam
tepung. Jangan lupa letak garam. Letak air sedikit demi sedikit hingga
adunan sebati. Biarkan seketika dalam 15 minit sebelum menggoreng.
Cara- cara Makan :
Ambil sedikit mee kuning. Letak dalam pinggan. Campurkan timun ,
sengkuang, ubi kentang, telur rebus, tauhu, dan cucur. Kalau nak tambah
tempe goreng pun boleh. Salad untuk efek kehijauan.
Tuangkan kuah kacang. Sedia di makan!
Kredit: Lya Safar
- 11 - Resepi Kuah Rojak Ala Thai @ Colek Buah
Bahan-bahannya:-
60 gm bawang merah dihiris nipis
70 gm udang kering ditumbuk
15 gm cili padi merah/hijau tumbuk kasar atau hiris
160 ml air
160 ml sos ikan thai (sos nampla)
300 gm gula melaka
Cara:-cara:
Masukan gula melaka, sos ikan dan air dalam periuk, guna api kecil masak
hingga pekat, tambah bawang kecil, udang kering dan cili api didihkan lagi
dan tutup api.sos ini tahan lama simpan dalam botol bertutup
Kredit: mama_atiq
Wah, sudah 11 resepi rojak macam-macam rasa dan rupa yang sedap di blog
aku ini. Tinggal rajin atau tidak untuk aku membuatnya. Sudah kecur air
liur aku dengan resepi-resepi yang ada. Beraneka jenis rojak yang ada di
seluruh nusantara ini. Pelbagai cara juga pembuatannya. Tinggal pilih saja
nak mencuba resepi yang mana. Jom merajinkan diri... hehe!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik
SINI
p/s; Rojak biasanya terkenal sebagai makanan jajaan di gerai dan restoran. Kalau
kemalasan melanda, beli dan makan di restoran sajalah... hahaha!
kalau d sabah ni, sy suka pecal tuaran. btl2 mcm rojak mee tu. tp ni lg sodappp
ReplyDeleteSELAMAT HARI RAYA!!! pecal favorite ni :) done follow, follow me back.. thanks
ReplyDeletehttp://acuyuhan.blogspot.com/