Antara kuih raya jenis bergoreng kegemaran aku adalah rempeyek kacang tanah. Ada juga yang memanggilnya tempeyek ataupun kependekan dari nama kedua-duanya iaitu peyek saja. Bentuk rempeyek kacang tanah ini nipis menyerupai keropok tetapi di atasnya ada kacang tanah dan ikan bilis serta rempah seperti jintan dan ketumbar.
Rempeyek kacang Tanah Sedap Dan Rangup |
Selain sesuai untuk hidangan hari raya, rempeyek kacang tanah sesuai di hidangkan sewaktu bersantai di rumah sambil menonton tv. Juga sesuai di jadikan kudapan dan bekalan dalam perjalanan jauh. pasti segar biji mata sambil memandu dan mendengar krup krap bunyi kunyahan rempeyek kacang tanah yang rangup ini.
Rempeyek kacang tanah di buat dengan mencampurkan bancuhan tepung beras dengan beberapa bahan yang di kisar halus dan juga beberapa bahan yang di tambah kedalamnya seperti kacang tanah, ikan bilis serta jintan dan ketumbar. Walaiupun nampak mudah dan ringkas tapi kadang-kadang kalau tersilap sedikit sahaja bancuhannya adunan boleh menjadi meragam dan rempeyek menjadi keras. tambahan lagi apabila melekat di acuan, jadi stress membuatnya.
Jika ada kerajinan membuatnya, tidak perlu susah-susah untuk pergi membeli rempeyek kacang tanah kerana resepinya amat senang sekali. Menggunakan bahan-bahan asas di dapur, boleh di buat sahaja sendiri, pasti lagi puashati dan berbaloi dan boleh makan tanpa henti! Nak tengok resepinya? Layan....
Resepi Rempeyek kacang Tanah Sedap Dan Rangup
Bahan-bahan:
1 kg tepung beras (cap teratai)
2 cawan santan pekat
1/2 sk kapur makan (bagi rangup)
1 biji telur
*8 ulas bawang putih (naikkan rasa lemak)
* 3 sb jintan manis
* 3 sb jintan kasar
* 3 sb ketumbar biji
Garam secukup rasa
Cara-cara membuat rempeyek kacang tanah:
Bahan bertanda* ni kisar kering. Nak tambah lebih pun boleh. Air secukupnya (buat sukatan 5 cawan dulu, tengok macam pekat baru tambah sikit-sikit)
Bilis dan kacang (kacang tanah jemur dulu nak bagi ia kekal rangup bila dah digoreng).Bancuh semua bahan seperti air, santan, tepung beras, bahan kisar, telur kapur makan dan garam.
Air kena pandai agak, bancuh tu jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat. Cuba goreng sekeping dua dulu pepas bancuh, tengok struktur kuih, baru boleh nampak tebal atau nipis sangat. Kalau tebal, boleh tambah air sikit. Kalau terlalu nipis, tambah sikit tepung.
Kalau nipis sangat, nanti kacang tanah dan ikan bilis susah nak melekat atas kuih. Kena rajin mencuba dan cuba sikit sampai dapat adunan yang sesuai. Sudah oleh goreng macam biasa. Guna acuan yang di rendam dalam kuali bersama minyak yang betul-betul panas tau.
Rempeyek yang bagus, masa menggoreng tu ia akan tertanggal dengan sendirinya serta strukturnya tak tebal dan tak nipis sangat. Jangan lupa tabur kacang dan bilis secukupnya. Tak boleh letak banyak sangat kacang dan ikan bilis supaya tidak berat.
Gorenglah rempeyek kacang tanah dengan api yang sederhana dan tidak terlalu kuat agar tidak hangus. buat berulang-ulangkali dan sering terbalikkan agar rempeyek masak sekata. Setelah agak kekuningan, boleh di angkat dan di toskan. Buat lagi sampai henti sehingga adunan habis.
Apabila sudah selesai, bolehlah di sejukkan terlebih dahulu dan di simpan dalam bekas kedap udara yang sesuai agar tidak lemau. Apabila sudah merasa sekali, mesti makan dan mengunyah tanpa henti rempeyek kacang tanah ini. Selamat mencuba...!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s; Berangan nak buat, kemalasan pula melanda, aduhai!
#kredit AarillShah FB
#pic google
wait. dah lama sgt tak makan rempeyek kacang. omgggg
ReplyDeleteSedap ni ☺️
ReplyDeleteJemput join segmen kalau belum k ☺️
https://ejulz.blogspot.com/2020/04/segmen-ucapan-buat-frontliners-covid-19.html?m=1
Sedapnya rempeyek ni. Blh cuba nnti. Heheheh
ReplyDeleteantara kuih raya yang paling cepat habis kan )
ReplyDelete