18 May 2020

Resepi Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup

Kuih siput adalah kuih gorengan yang tak boleh di tinggalkan untuk menjadi juadah hari raya. Rupa bentuknya yang comel menjadi penambat hati para penggemarnya. Untuk mendapatkan kuih siput berempah, sedap dan rangup mestilah mendapatkan resepi kuih siput yang benar-benar berkualiti.  Tak boleh main campak-campak begitu sahaja. Itulah antara cabaran membuat kuih siput berempah, sedap dan rangup ini.

Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup
Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup

Resepi membuat kuih siput berempah, sedap dan rangup yang betul akan menghasilkan kuih siput berempah yang bukan sahaja lembut, tapi rangup krup krap walaupun telah lama di sediakan. Walaupun adunan kelihatan mudah dan ringkas tapi langkah yang paling lama dan memenatkan adalah ketika menggentel adunan menjadi bentuk kecil seperti siput itu. Renyah dan berkecah jika baru pertama kali mencuba membuat kuih siput ini. 



Nostalgia sangat  kalau di ingat-ingat  pasal cerita kuih siput waktu  aku kecil dulu, Waktu itu  umur 9 hingga 12 tahun, Kuih siput antara kuih wajib yang mak aku buat menjelang Hari Raya. Mula buat waktu lepas bersahur. Dekat pukul 4 petang baru siap. Habis semua adik beradik di kerah menggentel sekali. Itu yang apabila nak raya mesti teringat kuih siput berempah, sedap dan rangup buatan mak tu. Sekarang kenalah buat sendiri.

Resepi Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup


Bahan-bahan :

1 kg tepung gandum
1 cawan margerin
2 biji telur
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar cili giling
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
5 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
Secekak daun kari
Garam secukup rasa
Air secukup perlu
Minyak masak secukupnya

Cara-cara membuat kuih siput berempah, sedap dan rangup:

Udang kering, jintan manis, jintan putih, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama sedikit air. Masukkan tepung dan margerin dalam mangkuk adunan dan di adun sehingga menjadi seperti serbuk roti. Masukkan telur, bahan kisar, cil giling dan serbuk kari.

Masukkan juga garam secukup rasa. Adunkan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh. Gunakan acuan kuih siput. yang bergerigi di permukaannya tu. Ambil secubit adunan, lekatkan memanjang atas acuan dan gulung. Buat sehingga habis.

Waktu menggoreng, masukkan satu pelepah daun setiap kali menggoreng. Apabila kuih siput berempah dah kuning kecoklatan, boleh diangkat. Angkat sekali bersama daun kari. Daun kari memberi aroma yang wangi kepada kuih siput.

Cara Membuat Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup
Cara Membuat Kuih Siput Berempah, Sedap Dan Rangup

Setelah sejuk di suhu bilik, simpan didalam bekas kedap udara untuk mengelakkan lemau. Selain di hidangkan sebagai juadah hari raya, sesuai di makan pada waktu santai. rehat sambil bersembang dan menonton tv. Krup krap, krup krap bunyi kerangupan kuih siput berempah ini.

Tips: Margerin boleh juga di cairkan terlebih dahulu. Sewaktu masih suam-suam panas masukkan kedalam adunan tepung. Ini adalah untuk lebih merangupkan kuih siput berempah ini.

Nak tengok pelbagai resepi masakan di blog ini, boleh klik SINI

p/s : Sedap sangat, tapi renyah sungguh membuatnya. Patut la yang di jual tu mahal yang amat!

1 comment:

  1. Sedap dan rangup ni yang orang nak. Makan sambil tengok tv habis sebalang. Hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...