14 May 2020

Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya

Bagi penggemar cheese mesti suka cheesekut sedap yang amat ini. Buatnya pun amat senang dan mudah tanpa tak perlu bersusah payah untu memasak seperti membakar atau mengukus. Hanya perlu kisar dan gaul dalam blender atau mixer sahaja. Boleh pilih salah satu gadjet dapur ini yang nak di gunakan untuk membuat cheesekut sedap yang amat ini.

Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya
Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya

Resepi cheesekut yang sedap yang amat ini aku kutip di laman facebook. Berlambak resepi cheesekut sedap di facebook. Aku olah balik dan tiru serba sedikit resepi founder kek terkenal iaitu Azlina Ina yang letak horlicks dalam cheesekut yang di buatnya. Resepi cheesekut aku ini memang meletup sedap setelah aku tambah perisa horlick  tau.



Cara membuatnya teramat mudah hanya celup memcelup biskut dalam susu cair dan susun dalam bekas. Bahagian blend atau mixer itu saja yang leceh sikit. Apa lagi setelah siap cheesekut sedap yang amat dan boleh di makan, berebut aku dan anak-anak memakannya.  Lazat sungguh dan menggiurkan cheeekut sedap yang amat ini tau!

Resepi Cheesekut Sedap Yang Amat Dan Senang Membuatnya


Bahan;

1 paket biskut kering @ biskut lemak @ biskut 4 segi
1/2 tin susu pekat 
1/4 cawan susu segar @ sejat @ cair
250g cream cheese tartura
2 sudu besar horlicks

Topping
Serbuk milo
Biskut  oreo
Nestum

Cara-cara membuat cheesekut sedap yang amat:


Blender  atau mixer bersama susu pekat, cream cheese, susu segar dan horlick bersama sehingga sebati dan bergaul rata.

Dalam bekas yang sesuai, ratakn  selapisan nipis bahan cream cheeese kedalamnya. Seterusnya celup biskut kering ke dalam sedikit susu segar, Susun ke dalam bekas tadi. 

Ulangi langkah yang sama sehingga memenuhi bekas sampai habis. Boleh juga di selang selikan dengan bahan topping jika suka.

Setelah siap, taburkan bahan topping yang sediakan seperti serbuk milo, biskut oreo atau nestum. nak letak buah-buahan juga boleh atau apa saja yang di sukai.

Akhir sekali simpan di dalam peti sejuk semalaman. Sekiranya nak makan cepat letak di tempat sejuk beku. Dalam tempoh sejam dua sudah boleh menikamati cheesekut sedap yang amat ini.

Bahan Membuat Cheesekut Sedap Yang Amat
Bahan Membuat Cheesekut Sedap Yang Amat 
Walau bahan pembuatannya iaitu cheese agak mahal harganya tapi sangat berbaloi membuat sendiri cheesekut sedap yang amat ini. kalau membeli dapat sikit sahaja tapi apabila membuat sendiri, boleh makan berulang-ulang. itupun terasa cepat habis cheesekut sedap yang amat ini. mana tidaknya, banyak mulut berebut cheesekut sedap yang amat nak di suap.

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Benda sedap seperti cheesekut yang sedap yang amat ini sewajarnya di kongsi reramai satu keluarga. Semulut engkau, semulut aku, semulut aku lagi, sedar sedar dah habis... hehe!

2 comments:

  1. Terliur pulak cheesekut ni . CCL memang selalu buat . Mudah jugak resepi ni .tak perlu oven

    ReplyDelete
  2. aduhai
    sedapnya
    lapar dibuatnya tengok

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...