11 May 2020

Pekasam Daging Goreng Petai, Sedapnya Menyerlah Rasa...

Aku sebelum ini tak pernah mencuba dan merasa pekasam daging goreng petai. Buat pertama kalinya aku mencuba menggoreng pekasam daging goreng petai ini. Setelah itu, baru ku tahu rasanya memang menyerlah sedap meletup rasa di mulut. Pekasam daging goreng petai ini bagaikan satu gandingan yang amat serasi bersama. Perghhh!!!

Pekasam Daging Goreng Petai, Sedapnya Menyerlah Rasa...
Pekasam Daging Goreng Petai, Sedapnya Menyerlah Rasa...

Ada sesekali aku tengok orang buat masakan pekasam daging goreng petai. Kebiasaannya aku goreng begitu saja bersama cili merah atau cili api dan bawang merah sahaja. Masa tu belum tergerak hati nak membuatnya. Sekali bila sudah ada pekasam daging dan petai aku pun membuatnya. Aku tambah sayur kacang buncis dan carot untuk menambah warna dan rasa. 

Anak-anak dan en. suami pun sangat menyukai masakan pekasam daging goreng petai ini rupanya. Bertambah-tambah nasi di pinggan mereka menyuap nasi. Lauk ayam masak lemak cili api yang biasanya  di sukai pun di pandang sebelah mata saja. Ada tidak, mereka menambah kuah saja untuk lebih senang menggaul nasi dan makan dengan lebih berselera. Begitulah penangan pekasam daging goreng petai ini. 



Oh ya, pekasam daging yang aku gunakan untuk memasak pekasam daging goreng petai ini adalah pekasam daging dari produk PEKASAM ANNUR. Ia adalah keluaran produk aku sendiri @ aku buat sendiri dan jual. Nak buat tempahan pekasam daging boleh hubungi atau whassap no. 01162848524 tau. Nak resepi pekasam daging goreng petai, aku kongsikan di bawah ini, yer!

Pekasam Daging Goreng Petai, Sedapnya Menyerlah Rasa...


Bahan:

Sepaket pekasam daging
2 bji bawang merah
1 bji cili merah
1 biji cili hijau
1/2 cawan isi petai
1/2 batang carot 
5 batang kacang buncis
Minyak masak secukupnya

Cara menggoreng pekasam daging goreng petai:


Bawang merah di hiris nipis. Cili merah dan cili hijau di potong menyerong. Kacang buncis juga di potong-potong. Carot di potong membulat dan di potong dua. 

Seterusnya panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukupnya. Masukkan pekasam daging bersama beras gorengnya sekali. 

Goreng dan kacau tanpa henti agar beras goreng tidak melekat di kuali. Apabila sudah separuh masak, masukkan bawang merah, cili merah dan cili hijau. Kacau lagi dan gaul rata.

Apabila bawang merah, cili merah dan cili hijau menunjukkan tanda hampir layu, masukkan petai, carot dan kacang buncis. 

Kacau lagi tanpa henti sehingga petai, carot dan kacang buncis menunjukkan tanda hampir masak. Pekasam daging pun telah lembut dan masak waktu ini. Bolehlah di angkat dan masukkan ke dalam pinggan untuk di hidangkan.

Pekasam ini tak perlu di tambah perisa dan garam sebab sudah cukup rasanya. Tak percaya, kenalah masak dan merasanya dulu. Pada penggemar pekasam, makanan ini memang kesedapannya sangat menyerlah dek penangan petai itu. Satu gandingan masakan yang mantap tiada tandingan. Rasanya bagaikan 'go to heaven'... huhu!

Nak dapatkan resepi sedap dan mantap di blog ini, klik SINI

p/s; Jangan lupa kalau nak beli pekasam daging hubungi no. ini 01162848524 tau. Boleh pos satu Malaysia yer!

No comments:

Post a Comment

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...