29 May 2020

Masak Taucu Ikan Sardin, Resepi Gulai Mudah Dan Sedap

Setelah banyak makan rendang dan berlemak bagai, teringin pula nak makan lauk berkuah yang ringkas tapi sedap dan lazat. Jadi, kebiasaannya lauk masak taucu ikan sardin yang jadi pilihan. Resepi gulai mudah dan sedap ini boleh saja guna ikan apa saja untuk memasaknya. Kebetulan en. suami beli ikan sardin, jadi ikan itulah aku buat gulai masak taucu ikan sardin.

Masak Taucu Ikan Sardin, Resepi Gulai Mudah Dan Sedap 

Ikan sardin ini adalah ikan sardin segar bukan yang dalam tin. Di kampung aku ikan sardin ini popular dengan nama ikanm curut. Mungkin sebab bentuknya yang memanjang kurus begitu. Masak taucu memang menjadi kegemaran aku dan anak-anak kecuali en. suami. Apa nak kat, untuk dia kita masakkan lauk lain. 



Aku paling suka dengan cili hijau yang di masukkan dalam gulai taucu ikan sardin ini. Letak banyak-banyak cili hijau yang separuh mengkal nak masak merah warnanya tu rasanya sedap sangat. Kadang-kadang berebut dengan anak-anak nakkan cili hijau tu. Rasa taucu tu memang mengundang kesedapan sangatlah. Jom kita layan resepi pula, yer!

Masak Taucu Ikan Sardin, Resepi Gulai Mudah Dan Sedap 


Bahan-bahan:

4 ekor ikan sardin
10 biji cili hijau
1 biji tomato
1 paket taucu
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu teh pes asam jawa
Air secukupnya
Minyak Masak secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara masak taucu ikan sardin:


Ikan di bersihkan dan potong dua jika suka, Seterusnya ikan di goreng dan ketepikan. Cili hijau di belah dua dan di buang bijinya. Tomato di potong di belah empat atau 6 bahagian. Bawang merah, bawang putih dan halia di hiris halus'

Tumis bawang, merah, bawang putih dan halia bersama 2 sudu besar minyak masak. Apabila naik bau, masukkan sepaket kecil taucu di pasaran atau kira-kira 2 sudu makan taucu. Masukkan juga cili hijau. 

Setelah itu, masukkan asam jawa. Masukkan juga air secukupnya. Biarkan mereneh mendidih hingga cili hijau menjadi layu dan bertukar warna. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

Setelah itu, masukkan ikan goreng dan tomato. Apabila miendidih lebih kurang sekali lagi, bolehlah di angkat. Sedap di makan panas-panas di waktu tengahari.

Makan nasi dengan kuah taucu penuh banjir satu pinggan kepalang sedapnya. Gaul sekali dengan sambal belacan untuk rasa kepedasan sedikit. Lepas habis nasi, hirup kuah taucu, Sedap tak terkatakan rasa gulai taucu ni. 

Hanya untuk pengetahuan am, taucu adalah bahan yang di perbuat dari kacang soya yang di peram dengan garam. Ia juga adalah satu proses separuh peraman sebelum kacang soya hancur menjadi kicap. Itu sebab kilang kicap mesti juga menjadi pengeluar taucu. Gittew!!!

**Sempat buat video masak taucu ikan sardin hari tu.... Nak tengok masakan aku dengan lebih jelas, klik  video tau!



Nak tengok resepi lain di blog ini, klik SINI

p/s: Sedap! Masih terasa-rasa di mulut dan tekak... hihu!


2 comments:

  1. Dah bosan jgk ini makan juadah raya. Moh ler masak style lain plak. Masak taucu ini cam menarik :)

    ReplyDelete
  2. Petang raya pertama lagi dah rasa rindu nak makan singgang ikab, nak makan telur dadar heheheee....memang rasa agak muak asyik makan rendang dan lemang.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...