Aidilfitri PKP Yang Di Nanti, Dalam Kesedihan Ada Kemeriahan | Akhirnya ramadan melabuhkan tirainya. Bermulalah norma baru hari perayaan dalam kehidupan. Sambutan Aidilfitri 2020 walaupun suram tapi ada kemeriahannya. Aidilfitri PKP dan ramadan pkp sebelumnya menyatukan keluarga yang sebelum ini sibuk mencari rezeki kesana kesini. Hikmah pkp mengeratkan kasih sayang seisi keluarga.
Raya Aidilfitri PKP Yang Meriah |
Sebelum ini si ayah sibuk mencari rezeki, keluar pagi dan balik malam. Si ibu pula sibuk dengan mengurus rumahtangga dan rutin menghantar anak-anak ke sekolah pagi dan petang dan seterunya ke malam. Sekali kena pkp akibat virus corona @ covid19, seisi keluarga kena ubah rutin harian dan duduk terperap di rumah. Masa inilah ikatan kekeluargaan menjadi lebih erat apabila kerja di rumah di lakukan bersama.
Setelah lebih dua bulan pkp dan seterusnya pkpb ini serta aidilfitri pkp yang sedang di harungi, terasa sangat keakraban kami sekeluarga. Kerja-kerja di rumah di lakukan bersama. Macam aku di rumah, persiapan hari raya aidilfitri pkp di lakukan bersama-sama dengan suami dan anak-anak. Beria-ia mereka pada tahun ini untuk mencuba memasak kuih raya sendiri.
Aidilfitri PKP Yang Di Nanti, Dalam Kesedihan Ada Kemeriahan
En. suami pula beria-ia nak membuat dan membakar lemang sendiri. Aku yang jadi takut sebab yang nak mebancuh santan dan pulut itu adalah aku. Seumur hidup aku tak pernah buat dan membakar lemang sendiri. Selama ini tau makan saja tapi pernah tengok depan mata kepala sendiri lemang di buat dan di proses.
Kebiasaannya aku buat nasi impit dan kuah kacang saja. Lemang aku makan di kampung halaman ataupun membeli sahaja. Selain itu aku buat rendang. memasak rendang samada ayam atau daging memang kepakaran aku. Kali ini lebih mudah dan cepat siap sebab ramai kakitangan yang menolong di waktu begini.
Juadah Hari Raya Aidilfitri PKP Yang Meriah |
Akhirnya lemang aidilfiri pkp siap dan menjadi dengan jayanya malam tadi. Siap bersedekah sebatang dengan sepupu en. suami. Siap di puji dan di katakan sedap. Kembang semangkuk rasanya. Lain kali boleh buat lagi. Dulu-dulu tak dapat di praktikkan sebab rumah di atas kayangan @ flat. Sekarang rumah sudah bertanah keliling dan duduk kawasan kampung. Nak berniaga lemang pun boleh... hehe!
Itulah hikmah aidilfitri pkp yang manis. Dalam kesedihan tak dapat pulang ke kampung ada kemeriahannya. Jadi janganlah bersedih tak dapat bertemu keluarga dan saudar mara di kampung. Kalau betul-betul dam kerinduan, boleh talipon. Selain itu dengan teknologi canggih terkini boleh video call jadi boleh nampak batang tubuh lagi.... gittew!!
Nak dapatkan cerita dan informasi terkini di blog ini... klik SINI
p/s: Jomlah kita buang rasa sedih jauh-jauh dengan menghayati hikmah yang tersirat.. kan! SELAMAT HARI RAYA Aidilfitri PKP... haihh!
Salam aidilfitri 2020, maaf zahir batin #staysafe #stayhome
ReplyDeleteDalam perbezaan ada manisnya asbab pkp ni.. selamat hari raya 😀
ReplyDeleteselamat hari raya di dalam mood pkpb .. hehe
ReplyDeleteSelamat Hari raya Aidilfitri. Maaf zahir batin ye.
ReplyDeleteJemput mai rumah tak boleh so jemput mai blog ja la. hehe