30 May 2020

11 Resepi Topping Coklat Mudah Dan Sedap Untuk Di Nikmati

Kadang-kadang apabila membuat kek coklat, nak membuat topping coklat adalah sangat leceh apabila tidak mengetahui resepi yang betul.  itu sebabnya aku kebiasaannya tak buat bertopping bagai ini. Leceh dan melekit-lekit apabila tersalah membuat topping coklat itu. Nak mudah aku skip buat kek coklat dengan topping coklat, hanya potong-potong dan makan begitu saja. 

Topping Coklat Mudah Dan Sedap
Topping Coklat Mudah Dan Sedap

Tapi anak-anak mesti suruh aku buat kek coklat yang ada topping coklat. Kata mereka, lagi nampak sedap dan menggiurkan apabila ada topping coklat itu. Aku pernah rasa, tengah seronok membakar kek dan menghias, topping coklat tak menjadi. Terkadang rasa pahit coklat tu dan kadang-kadang tercair sangat adunan topping coklat. 



Memang rasa sangat rendah diri aku dengan dunia baking kek ini. tapi aku positifkan diri tanpa berputus asa. terus mencuba dan belajar lagi sampai boleh. Selama hari ni aku mengaku, buat topping coklat, bahan-bahannya tu main campak-campak saja. Baru-baru ni aku terjumpa senarai resepi topping coklat. Jadi aku nak simpan resepi ini di blog. Jom belajar buat sama-sama yer!

11 Resepi Topping Coklat Mudah Dan Sedap Untuk Di Nikmati


Di sini di senaraikan 11 resepi topping coklat mudah dan sedap untuk di nikmati:


RESEPI TOPPING COKLAT 1
Bahan-bahan:
2 sudu marjerin
3 sudu besar susu cair @ air panas
1/2 cwn serbuk koko
4 sudu besar susu pekat

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 2
Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 3
Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu pekat
1 sudu besar minyak masak

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 4
Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml double cream atau whipping cream
Gula halus secukup rasa (optional)

Cara-cara:
- Cairkan coklat secara double-boiler
- Alihkan dari api, Kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati.
- Curahkan atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 5
Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 6
Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.


RESEPI TOPPING COKLAT 7
CHOCOLATE GANACHE:
Bahan-bahan:
450g Coklat - potong kecil
300g Cream - (heavy cream/thick cream/whip cream)

- Masukkan ke dalam periuk kecil dan masak dengan api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 8
Bahan-bahan:
200 gm susu isian sejat
600 gm coklat masakan
1 sb madu atau mentega

- Masukkan ke dalam periuk kecil dan masak dengan api kecil sehingga coklat cair.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 9
Bahan-bahan:
300 gm coklat masakan - potong kecil
200 gm UHT whipping cream
1 sb mentega

Cara-cara:
- Panaskan cream hingga mendidih sedikit dan matikan api. 
- Masukkan coklat dan kacau hingga coklat cair dan sebati. 
- Masukkan mentega dan sebatikan. 
- Curahkan ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 10
Bahan-bahan:
1 sb gelatin
150gm coklat bar - compound
1 biji kuning telur
2 biji putih telur
2 sb gula castor
200 gm whipping cream

Cara-cara:
- Larutkan 1 sb gelatin dengan sedikit air panas.
- Cairkan 150gm coklat bar. Guna kaedah double boiler.
- Masukkan 1 biji kuning telur yg dah dipukul, 1 sb  gelatin. Gaul sebati. Ketepikan.
- Pukul 2 biji putih telur dengan 2 sb gula kastor hingga bertanduk. 
- Campur dlm adunan coklat guna kaedah kaup balik.
- Pukul 200gm whipping cream dan masukkan dalam adunan coklat.
- Sejukkan sedikit sebelum di sapu ke atas kek.


RESEPI TOPPING COKLAT 11
Bahan-bahan:
1/2 ketul buttercup
1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn susu pekat

Cara-cara:
- Masak cara double boiler
- Biarkan sebentar dan  curahkan diatas kek yang telah sejuk.

Tips: Pastikan kek sejuk terlebih dahulu sebelum menuangkan atau menyapu topping coklat tau. Kalau tidak, topping hilang entah kemana menyerap dalam kek atau mencair keluar. Masa tu jangan salahkan resepi topping coklat yer... hehe!


Rupanya banyak cara dan bahan yang boleh di gunakan untuk membuat topping coklat ini. Tinggal pilih saja cara dan bahan yang mudah di dapati. Apa yang pasti senang di ikuti cara membuatnya. Tidaklah pakai main campak-campak saja macam yang biasa aku buat. Kadang-kadang menjadi tapi kebiasaannya hancur lebur itu kek jadinya... hahaa!

Nak dapatkan pelbagai resepi dan informasi di blog ini, klik SINI

p/s:  Lepas ni kalau nak buat topping coklat, takkan guna resepi main campak-campak dan agak-agak lagi.. huhu!

#kredit FB page resepi ibu

1 comment:

  1. wow macam2 rupanya cara nak wat topping coklat ni ya.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...