06 April 2020

Tak Sangka Bunga Kekwa Liar Boleh Di Buat Air Teh Yang Sedap Dan Banyak Khasiat Pokok Kekwa Liar Ni...

Terjumpa di laman FB mengatakan bunga kekwa liar boleh buat air teh yang sedap.  Rasanya di katakan sama malah lebih sedap dari teh kekwa yang biasa. Tertarik aku mendapat tahu informasi ini. Terus aku pergi meneroka di kawasan rumah mencari pokok kekwa liar ni. Banyak rupanya pokok kekwa liar bertebaran di tepi belukar tak jaubh dari rumah. Terus kutip bunga kekwa liar untuk di buat air teh yang sedap.

Tak Sangka Bunga Kekwa Liar Boleh Di Buat Air Teh Yang Sedap Dan Banyak Khasiat Pokok Kekwa Liar Ni...
Tak Sangka Bunga Kekwa Liar Boleh Di Buat Air Teh Yang Sedap Dan Banyak Khasiat Pokok Kekwa Liar Ni...

Kutip punya kutip bunga kekwa dapatlah lebih dari segenggam. Bau bunga kekwa ini wangi dan sedap di hidu. Seronoknya hati tak terkata dapat bunga kekwa liar ni. Pernah masa aku kerja bersama kawan-kawan berbangsa Cina. Merekalah pertama kaki memperkenalkan aku dengan teh bunga kekwa. Selepas tu aku siap beli di kedai singseh beberapa kali untuk buat teh sebab gemar dengan rasanya. Cerita lama dulu, lepas tu entah kenapa berhenti buat teh bunga kekwa ini, tak taulah.

Aku dah buat dan rebus teh bunga kekwa liar ni, aku dapat rasakan rasanya sama malah ada aku rasakan ia lebih sedap sebab baunya wangi. Teh bunga kekwa tiada berbau cuma rasanya saja yang ada. Atau mungkin sebab yang di jual tu bunga kekwa kering. Teh bunga kekwa liar aku rebus ini segar dari ladang di tepi rumah.... hahaha!



Selain teh bunga kekwa ini sedap, rupanya banyak khasiat boleh di dapati dari pokok kekwa liar ini. Jangan tak tau jadi  jangan buang atau cabut pokok kekwa liar ini. Lebih baik  di kutip  untuk buat minuman teh yang menyegarkan. Semasa merebus lebih elok di campur sedikit dengan gula untuk menerbitkan rasa yang lagi sedap di tekak. Jangan manis sangat, manis buah saja. 

Tak Sangka Bunga Kekwa Liar Boleh Di Buat Air Teh Yang Sedap Dan Banyak Khasiat Pokok Kekwa Liar Ni...


- 1 -   menyembuhkan cirit-birit, berak berdarah.

- 2 - mencegah rambut botak.

- 3 -.menghilangkan rasa sakit. 

- 4 -  menghalang terjadinya pembengkakan yang berlaku pada jari kaki dan tangan yang disebabkan masalah rheumatik dan menurunkan kadar asid urik dalam badan

- 5 -. memperbaiki metabolisme fungsi hati dan ginjal

- 6 - menurunkan tekanan d4rah dan denyut jantung,

- 7 - mengobati hipertensi.

- 8 - mempercepatkan penyembuhan luka.

- 9 - menghentikan cirit birit

- 10 - menghentikan berak berdarah

- 12 - untuk menghilangkan rasa panas dalam badan.

Uihh, bnyak khasiat bunga kekwa liar ini yang ramai tak tahu dan tak sangka sama sekali. Rasa sayang pula aku nak menebas belukar tepi rumah ni. Tak apa, aku nak kutip benih pokok kekwa liar ini dan simpan. nanti aku nak tanam dengan lebih tersusun dan teratur. Bunga kekwa liar ini pun cantik di jadikan lanskap taman kecil tepi rumah aku. Selain menghias rumah, boleh minun teh bunga kekwa... gittew!

nak dapatkan lebih banyak informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Untuk sakit gigi, kemam sekuntum bunga di mulut, nescaya  berkurang kesakitan yang di alami.

#kredit malaya.kini.blog

1 comment:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...