Ada sekali tu aku teringin sangat nak makan pulut kuning rendang kerang. Macam mengidam pula aku ini dengan pulut kuning rendang kerang ni. Apa tidaknya, juadah rendang kerang pulut kuning sorang retis tu asyik lalu lalang di Instagram aku. Dia menjual, mestilah sentiasa iklan... Kan!
Resepi Pulut Kuning Rendang Kerang Yang Lazat Memikat Tuh! |
Akhirnya aku terjebak membeli pulut kuning rendang kerang dia tu. Tak boleh beli sebekas, umat ramai kat rumah aku ni. Belilah 2 bekas. Tak di nafikan sedaplah. Tapi, aku dapat semolot jer lebih kurang. Yang lain tu habis di makan anak-anak. Dahlah harganya pun boleh tahan mencekik jugak. Jenama retislah katakan...!
Lepaslah teringin pulut kuning rendang kerang tapi tak puas makanlah jawabnya. Tak boleh jadi ni, alkisahnya satu hari tu aku menulakan misi nak sendiri bikin pulut kuning rendang kerang ni. Boleh makan berulang kali pulut kuning rendang kerang sepuashati, tak gitu?
Pulut semudah a.b.c saja nak membuatnya. Rendang itu yang sedikit leceh. Aku beli kerang yang sudah di kopek kulitnya. Lebih senang kerja dan tak renyah nk kopek kulit kerang bagai. Maka pada satu hari minggu, terjadilah pulut kuning rendang kerang versi aku. Sedap hingga menjilat siku tau....!
Resepi Pulut Kuning Rendang Kerang Yang Lazat Memikat Tuh!
Pulut Kuning
Bahan:
3 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit serbuk kunyit dan asam keping
(Untuk merendam pulut)
Cara membuat pulut kuning:
Pulut di bersihkan dan di rendam selama sekurang-kurangnya 2 jam bersama serbuk kunyit dan asam keping.
Setelah itu cuci bersih pulut dari air kunyit dan asam keping dan kukus selama 10 minit.
Keluarkan pulut dari kukusan, terus gaul dengan santan yg telah di campur garam. Kacau sebati sehingga santan meresap kedalam pulut.
Kukus lagi selama 10 minit. Selepas itu pulut kuning siap untuk di hidangkan bersama rendang kerang.
Rendang kerang
1 kg kerang yang telah di kopek kulitnya
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapa
1/2 paket serbuk kari ayam
7 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
4 batang serai
3 inci halia
1 inci kunyit hidup
1 inci lengkuas
2 sudu besar ciling kisar
12 biji cili api
1/2 sudu kecil jintan manis
1.2 sudu kecil jintan putih
1 helai daun kunyit
3 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1 keping asam keping
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara membuat rendang kerang:
Isi kerang di bersihkan jika perlu. Hiris 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 1 1/2 inci halia. Ketuk 2 batang serai dan siat kasar daun kunyit.
Kisar 4 biji bawang merah, 3 ulas bawang putih, 2 batang serai, halia, kunyit hidup, lengkuas, cili api dan jintan manis serta jintan putih.
Seterusnya masukkan bahan yang di kisar di dalam kuali bersama bahan hiris tadi dan juga serai yang di ketuk dan daun kunyit yang di siat kasar.
Masukkan juga bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di hiris. Masukkan sekali cili giling, serbuk kari dan asam keping.
Tak di lupakan juga masukkan bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih. Masukkan pula santan. Kacau sehingga kuah gulai menjadi pekat dan likat.
Seterusnya masukkan kerang. Sebelum benar-benar kering itu, perasakan dengan garam dan sedikit gula. Untuk menjadikan kuah rendang sedikit berair masukkan sedikit minyak masak dan kacau sebati.
Seleaps itu bolehlah di angkat dan di hidangkan masakan rendang kerang ini bersama pulut kuning. Makan dengan nasi atau nasi impit boleh juga. Sedap tauuu!
Memang sedap lazat dan memikat sungguh pulut kuning rendang kerang ini. Aku buat taklah letak minyak masak banyak sampai melimpah macam retis tu. Aku letak santan yang betul pekat pun tak keluar minyak. Kena tambah minyak masak baru nampak berminyak rendang kerang ini. Tak macam ayam dan daging, keluar minyaknya sendiri.... huhu!
Nak pelbagai resepi di blog ini.... klik SINI
p/s: Rendang ini aku buat versi rendang Negeri Sembilan, lain sikit rasanya dengan rendang Perak retis tu. Namun tetap sedap, lazat dan memikat tuh! Yang tak tahan pedas, kurangkan cili api tu yer.. !
rasanya dah bertahun tak makan pulut kuning.
ReplyDelete