Beberapa hari lepas aku masak nasi goreng kampung campak-campak saja. Walaupun hanya nasi goreng kampung yang biasa-biasa saja tapi bagi suami dan anak-anak aku sedap ya amat. Sekejapan hidang di meja makan, terus licin dengan siap bertambah-tambah lagi tu. Walaupun rasa nasi goreng kampung aku ini pedas menyengat tapi kesedapannya menjilat jari kata mereka.
Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas Menyengat Tapi Sedap Tau! |
Buat kami sekeluarga yang menggemari makanan yang pedas, seperti nasi goreng kampung ini memang tahap kepedasan ini tak tertahankan bagi orang yang tak tahan dengan kepedasan. Bagi anak-anak aku kalau masakan tak pedas bermaksud kurang rasa. Aku juga tak suka pedas melampau tapi sebab sudah lama makan begini, rasa pedas begini macam dah terbiasa pula... haihh!
Kalau nak mencuba resepi nasi goreng kampung ini, untuk yang tak tahan pedas, di sarankan kurangkan penggunaan cili api ya. Aku tumbuk lumat 15 biji cili api. Tahap biasa 10 biji pun dah cukup pedas. Nanti tak termakan pula nasi goreng kampung yang di masak itu. Buat merugikan saja pula. Dah penat-penat masak, pedas tak hinggat pulak rasanya. Tak gittew heh!
Resepi Nasi Goreng Kampung Pedas Menyengat Tapi Sedap Tau!
Bahan;
3 cawan nasi sejuk
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
6 tangkai kacang panjang
15 biji cili api
2 sudu besar kicap masin
1/4 dari 1 kiub ayam
2 biji telur ayam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
Cara membuat nasi goreng kampung pedas menyengat:
Bawang merah di hiris nipis. Bawang putih di cincang kasar. Kacang panjang di potong kecil. Cili api di tumbuk lumat.
Panaskan kuali bersama sedikit minyak dan goreng garing ikan bilis yang telah di bersihkan\ Ketepikan dahulu.
Dengan kuali yang sama, tumiskan bawang merah dan bawang putih. Setelah bawang berbau wangi, masukkan cili api yang di tumbuk lumat tadi. Kacau sehingga cili berbau hampir garing, masukkan kicap dan kiub ayam.
Seterusnya masukkan kacang panjang. Kacau-kacau sehingga kacang panjang layu, pecahkan telur ke dalam kuali. Kacau sekejap, masukkan nasi sejuk.
Gaul rata sambil perasakan garam dan gula secukup rasa. Jangan masukkan sekali banyak. Masukkan sikit-sikit dan rasa. Kacau semua bahan sebati di dalam kuali sehingga rata dan nasi bergoreng secukupnya.
Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah di goreng pada awal tadi. Kacau rata. Siapp!!!
Inilah dia perkongsian resepi nasi goreng kampung pedas menyengat cara aku. Di akui sedap oleh seisi rumah iaitu anak-anak dan suami di rumah ini. Resepi nasi goreng kampung yang mudah sesangat nak di buat. Selamat mencuba dan merasa...!
Nak dapat macam-macam resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Waktu berkurung begini apa lagi yang nak di buat, masak dan makan sajalah kerjanya,... !
sedapnya boleh try buat ni
ReplyDelete