Kebiasaannya aku jika teringin makan kek pisang hanya membeli sahaja di pasaraya. Tapi Kali ini keinginan membuak-buak nak buat sendiri apabila melihat sebuah juadah kek pisang yang cantik molek rupanya di Instagram. Nampak cantik menggiurkan kek pisang dia tau. Di sertakan sekali resepi kek pisang yang cantik molek rupanya itu. Apa lagi aku terus menggodek bahan-bahannya.
Kek Pisang Yang Cantik Molek Rupanya Dan Confirm Sedap |
Resepi ini aku amik dari instagran zulfaza_loves_cooking di instagram. Dia seorang blogger masakan yang sentiasa berkongsi resepi-resepi menarik di instagram. Kek pisang yang cantik molek rupanya telah menggoda perasaan aku. Setelah aku kumpul bahan, maka suatu hari terjadilah kek pisang yang cantik molek rupanya di dapur rumah aku.
Walla, teruja sungguh aku akan kejadiannya. Hampir serupa dengan kek yang di kongsi oleh zulfaza di instagramnya. Gembira tak terkata aku dengan kek pisang yang cantik molek rupanya ini. Rasanya pun memukau, sedap tak terkata. Seperti rupanya yang cantik molek, rasanya juga sedap dan lazat. Aku akan simpan resepi ini sampai bila-bila sebab resepi ini sangat sempurna. Lain kali boleh buat lagi.
Resepi Kek Pisang Yang Cantik Molek Rupanya Dan Confirm Sedap
Bahan-bahan:
1 cawan pisang yg sudah di lecek
(pisang berangan atau pisang emas atau pisang yang boleh buat cekodok)
3/4 cawang gula kastor
(gula perang pun boleh)
4 biji telur gred A
(kalau gred C atau D - 5 biji)
1 cawan minyak jagung
(minyak masak pun boleh)
1sdb perahan lemon
(limau kasturi/limau nipis pun boleh)
1/2 st garam
2 sb susu pekat
(tak letak pun tak apa)
Bahan ayak
1 1/2 cawan tepung
1 sk baking soda
2 sk baking powder
Hiasan
Hirisan pisang potong nipis
(kalau tebal, nanti pisang tenggelam)
Cara-cara membuat kek pisang yang cantik molek:
Satukan minyak, telur,gula, garam, perahan lemon dan masukkan ke dalam blender. Kisar selama 5 - 6 minit. Masukkan pisang dan kisar sekejap dalam tak sampai seminit sahaja.
Seterusnya satukan bahan ayak dalam sebuah bekas. Tuang bahan yang telah di kisar ke dalam bahan ayak. Kacau sebati.
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 ninit dengan suhu 170 Celsius dengan api atas dan bawah bergantung pada oven masing-masing. Oven saya, bila hampir masak baru tukar ke mod api atas bawah.
Lenser mentega/margerin pada loyang. Nak kek tebal guna loyang saiz 8x8". nak tak berapa tebal, boleh guna loyang 10x10".
Lapik loyang dengan baking paper dan tuang adunan ke dalam loyang. Hias dan susun dengan hirisan pisang. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Kek ini kalau nak kukus pun boleh kukus selama 1 jam.
Kek Pisang Yang Cantik Molek Rupanya |
Wahh... Sangat teruja aku atas kejadian kek pisang yang cantik molek rupanya dan confrm sedap pula tu. memang mabelous sedap banget kek pisang ini. Sangat berpuashati dengan rasanya yang sedap, lazat dan power. Terasa diri bagaikan chef bakeri yang sudah pakar memasak... kah, kah. kah!!
Nak dapatkan resepi-resepi yang gerenti menjadi, boleh terjah SINI
p/s: Nak cari pisang lagi nak buat lagi, yang masak ari tu dah tinggal sejarah bulan lepas!
jangan la buat saya terliur dah hahaha
ReplyDeleteHuh nampak elok betul.. mesti sedap ni..
ReplyDelete