15 April 2020

PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang

Apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kebanyakan waktu kita dihabiskan di rumah. Bagi golongan ibu bapa, saat ini semestinya amat menggembirakan kerana boleh meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak. 

menu makanan sihat
PKP Bukan Alasan Makan Ikut Nafsu, Ini 5 Cara Mudah Sediakan Menu Sihat & Senang


Namun, ibu bapa juga pasti buntu apabila memikirkan menu yang perlu dimasak setiap hari. Solusi yang kami sediakan ini mungkin boleh membantu anda menyediakan menu makanan sihat untuk ahli keluarga semasa PKP berlangsung. 

Tip penyediaan menu makanan sihat


Berikut adalah 5 tip menu makanan sihat yang boleh anda amalkan di rumah sewaktu PKP.

Tip menu makanan sihat 1: Pilih makanan segar




Pembelian, penyimpanan dan penyediaan sumber makanan segar seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging boleh menjadi satu perkara yang mencabar sewaktu PKP. 

Ini kerana kita dinasihatkan untuk mengurangkan perjalanan ke luar rumah dan hanya dibenarkan keluar untuk urusan penting seperti membeli barangan keperluan harian atau pergi ke klinik bagi mendapatkan rawatan.

Walau bagaimanapun, ini bukanlah alasan untuk ibu bapa mengabaikan penyediaan makanan sihat untuk anak-anak. Apabila anda berkesempatan pergi ke pasar raya, jangan sesekali melepaskan peluang untuk membeli produk makanan segar seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Buah-buahan tidak semestinya perlu dimakan segar, tetapi boleh juga dijadikan jus. Buah dan sayur boleh disejuk bekukan bagi mengekalkan nutrien dan mengelakkannya daripada cepat rosak.



Petua menu makanan sihat 2: Alternatif untuk produk makanan segar


Produk makanan segar semestinya adalah pilihan yang terbaik tetapi apabila ia tidak tersedia di pasar raya, anda masih boleh mendapatkan pilihan lain yang lebih sihat dan mudah disediakan. 

Contohnya, kacang dalam tin boleh disimpan selama beberapa bulan bahkan bertahun-tahun, malahan ia juga kaya dengan kandungan nutrien. 

Selain itu, ikan dalam tin seperti ikan sardin, tuna dan salmon juga kaya dengan kandungan protein, asid lemak omega-3 dan pelbagai jenis vitamin dan mineral.

Ikan dalam tin boleh dihidang begitu sahaja bersama roti sandwic, campuran hidangan salad atau boleh dimasak kembali sebagai lauk makan tengah hari anda.

Sumber bijirin seperti kacang kuda, beras dan pelbagai jenis bijirin lain juga merupakan pilihan terbaik kerana sifatnya yang tahan lama, dan mengenyangkan. 

Anak nak mengunyah snek berkhasiat? Ini tip menu makanan sihat no. 3




Kanak-kanak diketahui amat menggemari hidangan snek seperti makanan dan minuman ringan yang tinggi kandungan gula.

Disebabkan ini bukan jenis makanan yang terbaik untuk anak-anak, jadi kita perlu bertindak bijak dalam menyediakan hidangan snek yang lebih sihat untuk si kecil. 

Anda boleh sediakan pilihan yang lebih sihat sebagai hidangan snek untuk si kecil seperti kekacang, keju, yogurt, buah-buahan segar, buah-buahan kering, atau telur rebus.

Boleh juga ambil buah-buahan segar bagi mendapatkan keperluan vitamin harian seperti vitamin C. Walau bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara berlebihan boleh menyebabkan cirit-birit dan pembentukan batu dalam buah pinggang anda.



#4 Kurangkan pengambilan makanan yang diproses


Makanan yang telah diproses seperti sosej, nuget ayam, kentang goreng dan pelbagai jenis makanan ready-to-eat sememangnya kedengaran amat menyelerakan.

Namun anda juga perlu tahu makanan siap dimakan ini semestinya tinggi dengan kandungan lemak tepu, gula dan juga garam.

Sekiranya anda benar-benar ingin membeli produk makanan yang telah diproses ini, lihat terlebih dahulu kepada label pembungkusan produk tersebut.

Tip menu makanan sihat 5: Jadikan memasak di rumah sebagai aktiviti keluarga


Memasak dan makan bersama adalah cara terbaik untuk mewujudkan aktiviti keluarga yang bermanfaat sewaktu PKP dilaksanakan.

Ia bukan sahaja satu aktiviti yang menyeronokkan malah menguatkan ikatan hubungan kekeluargaan sedia ada. Carilah peluang untuk melibatkan anak anda bersama semasa menyediakan hidangan makanan.

Si kecil boleh membantu membasuh sayur-sayuran atau membuka paket makanan sewaktu anda memasak dan menyediakan makanan.

Selain itu, anak anda juga boleh membantu mengemas meja atau menyediakan peralatan seperti pinggan dan sudu untuk makan malam. Anda juga boleh mengajak anak-anak bersenam di rumah.



Kesimpulan

Pandemik COVID-19 yang sedang melanda ini mungkin juga memberikan satu hikmah yang kita tidak sedar sebelum ini.

Ketika PKP berlangsung, kita mempunyai lebih banyak waktu untuk berada di rumah bersama anak-anak dan ahli keluarga yang lain.

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini klik SINI

p/s: Jaga kesihatan, jaga diri #stayathome

2 comments:

  1. Hai,jemput dengr lgu bru saya!

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/04/lagu-kedua-cuya-ada-background-music.html

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...