Sesekali adakalanya aku ada buat kek mudah dan ringkas untuk juadah minum petang. Kek mudah dan ringkas ini walau hanya beberapa bahan tapi menjadi. kek gebu gebas cantik rupanya. Kek enak di buat juadah minum petang seisi keluarga tu. Di petang hari apabila cuaca sejuk, perut kelaparan, kek mudah dan ringkas ini jadi pelapik perut sebelum makan malam. Sedap dan wangi kek gebu gebas ni tau ...!
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas, Kek Gebu Gebas, Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang |
Kek gebu gebas ini adalah resepi ringkas yang paling mudah. Kebiasaannya kek mudah dan ringkas begini di gelar kek asas @ bajet yang mudah saja. Biasa juga di kenali sebagai kek kampung ataupun nak sedap di sebut adalah kek klasik. Kek mudah dan ringkas ini juga yang orang kampung dulu - dulu buat letak loyang kek dalam periuk besar dan letak bara api bawah dan atas tudung periuk tu kan ... hehe!
Sebiji kek gebu gebas yang cantik ini sekali hadap sahaja bagi kami sekeluarga. Apatah lagi di kala petang yang sejuk dan hujan renyai-renyai. Perut menyanyi minta di isi. Apalagi kek mudah dan ringkas inilah aku buat untuk santapan sekeluarga. Bahan kek gebu gebas ini pun senang saja di dapati di pasaraya. Kalau terlupa beli tepung kek, boleh tambah 1 sudu kecil baking powder dalam tepung.
Lupa pula aku nak beritahu kek mudah dan ringkas a.k.a kek gebu gebas aku ini telah aku letak perisa iaitu perisa oren dan sedikit parutan kulit oren. Jadi, semerbak mewangi kek mudah dan ringkas aku ini apabila senang mekar masak di dalam oven. Terserlah kegebuan kek gebu gebas aku ini setelah masak di oven.
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas, Kek Gebu Gebas, Kek Enak Di Buat Juadah Minum Petang
Bahan-bahan:
1 1/2 cawan marjerin pelangi (bajet) @ 250gm buttercup
1 1/4 cawan gula perang atau gula pasir
5 biji telur ayam gred B
2 cawan tepung kek
1 sudu makan jus oren
1 sudu makan parutan halus kulit oren
Pewarna merah dan kuning
Cara:
Masukkan margerin dan gula perang ke dalam satu bekas, gaul sebati sehingga kembang. Gunakan margerin ataupun buttercup yang berada pada suhu bilik tau.
Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi seketika. Masukkan jus oren dan parutan kulit oren. Seterusnya masukkan tepung kek ke dalam adunan yang telah di campur telur, jus oren dan parutan kulit oren.
Kacau rata dan sebati. Kemudian adunan di bahagikan 2 bahagian yang sama. Campurkan 2 - 3 titis pewarna merah dalam satu bekas dan satu bekas lagi warna kuning
Sediakan loyang yang sesuai samada loyang 6", 7", 8" ataupun 9". Lebih kecil loyang, lebih tebal kek nanti. Begitulah sebaliknya.
Lengser loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan secubit tepung. Seterusnya sudukan setiap bahagian adunan berselang-seli alam loyang pembakar. Buatlah sehingga habis.
Bakar adunan dalam oven dengan kepanasan 170c selama 50 minit - 1 jam bergantung pada oven masing-masing. Apabila kek masak, bolehlah di keluarkan dari oven dan di sejukkan seketika sebelum di keluarkan dari loyang.
Resepi Kek Mudah Dan Ringkas, Kek Gebu Gebas, Sebelum Di Bakar |
Apabila kek mudah dan ringkas ini betul-betul sejuk, barulah di potong dan di hidangkan. Sedap sangat apabila makan bersama kopi O pekat kurang manis. Gebu gebas sungguh kek gebu gebas aku ni... gittew!
Sedikit infor berguna aku sertakan dalam pembuatan kek mudah dan ringkas ini. Iaitu dalam pembuatan kek ni, tepung kek itu boleh di gantikan dengan tepung gandum yang di campur 1 sudu teh baking powder. Gula perang juga boleh saja ganti dengan gula castor atau gula pasir yang di kisar halus. Marjerin boleh pilih nak guna jenis yang mahal atau murah. Nak guna butter premium pun boleh. Terpulang ikut tekak dan bajet masing-masing.
Sesuai sangat kek enak di buat juadah minum petang sebab cara pembuat kek ini adalah mudah dan ringkas serta kek nya pun gebu gebas kejadiannya. Jadilah kek mudah dan ringkas, kek gebu gebas, kek enak di buat juadah minum petang. Ok, itu je lah, yer!
Nak dapat macam-macam resepi di blog ini, boleh klik SINI
p/s: Walau ada kek berkrim bagai di pasaran, kek mudah dan ringkas tak di lupakan... ermmm!
sedap ni tapi belum pernah berjaya buat sendiri..
ReplyDeleteya allah.. tengok gambar pun dah nampak sedap dgn terliur.. belum lagi makan nih.. boleh lah nak mencuba resepi kek gebu gebas ni.. hehehehe.. nyum nyummm
ReplyDelete