12 March 2020

Seksanya Tiada Line Internet Rumah, Mood Blogging Pun Merudum Sekali...

Lama rasanya tak update enri terkini. Bukannya apa, selain sibuk mengemas rumah yang baru di huni kira-kira 2 minggu lalu, line internet ke rumah baru aku belum di masukkan lagi. Itu yang jadi mood ke laut dalam dan merudum untuk blogging. Line data dari telefon bimbit asyik tersekat dan jammed memanjang. Tak bebas untuk menggodek laptop buat rujukan bagai. Jadi tak larat dan penat bertambah tu..!

Seksanya Tiada Line Internet Rumah, Mood Blogging Pun Merudum Sekali...
Seksanya Tiada Line Internet Rumah, Mood Blogging Pun Merudum Sekali...

Menaip entri ini pun menggunakan data dari telefon bimbit yang di cucuk menggunakam talian  USB pada laptop. Kalau line hotspot memang tak dapat langsunglah jawabnya untuk berblogging. Buat sakit hati saja menanip entri. Rumah aku ni masih lagi dalam kawasan bandaraya. takkan payah sangat nak masuk line internet ni. Seksanya ku rasa... Adoiii!!!



Pihak UNIFI sebenarnya sudah datang kerumah awal minggu lepas. Di katakannya ambil masa 2 minggu nak pasang tiang. Tak nampak bayang tiang pun ni. Rasanya dah masuk 2 minggu ni. Inilah yang di kata 'bagaikan menanti buah yang tak gugur'.  Penat menunggu tak terkira. Mana tidaknya, asyik topup data internet setiap minggu. Lajunya tidak juga, Nak tengok Youtube pun tak lepas. Itu kata anak-anak kat rumah.

Seksanya Tiada Line Internet Rumah, Mood Blogging Pun Merudum Sekali...


Macam mana mood blogging nak datang kalau line macam ini. Terbantut segala idea aku.  Cepatlah masuk line internet ni. Sudah tak larat dengan line lembab ni. Nak update baju-baju baru ke blog niaga aku pun dah terbantut. Ketinggalan dah beribu batu jauhnya tu. Nak buat macam mana, kejarlah perlahan-lahan. Semoga akan sampai ke destinasi juga akhirnya... huhu!

Itulah rentetan perkongsian entri aku hari ini. Entri ke laut sungguh hari ini. Apatah lagi dengan kesibukan mengerjakan perniagaan kecilan aku iaitu niaga pekasam yang aku buat sendiri. Alhamdulillah lepaslah untuk duit belanja dapur. Sekian, nanti aku cari mood untuk blogging balik dengan entri santai yang membina kehidupan.. huh!

Nak dapatkan entri menarik di blog ini, klik SINI

p/s; Sibuk juga tanam pokok sayur ni, nanti aku kongsi juga... hehe!

3 comments:

  1. sy pun kdg line tak bagus kak..

    ReplyDelete
  2. Tak bestnya kalau blogwalking line slow kan

    ReplyDelete
  3. betul,bila tak ada line internet atau slow memang jadi tak best rasanya bila nak update blog

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...