Beberapa hari lepas aku membakar ikan iaitu ikan cencaru sumbat kelapa campur tempoyak. Sedap tak ingat cencaru sumbat kelapa campur tempoyak ni. Kebiasaannya sumbat kelapa dan rencah bawang cili saja tanpa letak tempoyak. Terfikir pula nak letak tempoyak masa mula nak memasak. Pergh, sedap tak ingat lah rasanya dan baunya pun semerbak giler!
Apabila beli ikan cencaru @ ikan jaket, perkara yang paling sukar adalah untuk membuang bahagian keras di belakangnya itu. Di sebabkan belakang yang keras kematu inilah ikan cencaru ini di gelar ikan jaket. Selain masak kari dan masak lemak ikan ini sedap di buat bakar. Cara membakarnya amat unik iaitu di belah belakangnya tanpa membuang bahagian yang keras itu.
Aku bakar ikan cencaru sumbat kelapa ini hanya dalam pan sahaja iaitu sebelum itu balut dengan aluminium foil. Bakar 20 mini sebelah dan 20 minit seblah lagi dengan api kecil atau sehingga masak. Bakar dalam oven pun boleh tanpa perlu di balut. Dalam pressure cooker, dalam pemanggang ajaib dan bakar dengan arang lagilah sedap.
Resepi Ikan Cencaru Sumbat Kelapa Campur Tempoyak
Bahan-bahan :
5 ekor kecil ikan cencaru
1/2 biji kelapa parut
3 sudu besar tempoyak
4 biji cili api
1 biji cili merah
2 batang serai
1 cm isi kunyit
2 biji bawang merah
1 sk pes asam jawa
2 helai daun kunyit
Garam dan gula secukup rasa
Aluminium foil secukupnya
Cara2 :
Ikan cencaru dibelah belakang daan dibersihkan. Jangan buang kulit kerasnya. Cili api, cili merah, serai, isi kunyit dan bawang merah ditumbuk lumat. Selepas tu, tumbuk kelapa parut dengan bahan2 tadi. Tak perlulah sampai lumat.
Cukup hanya bergaul sebati. Tambahkan bersama dengan tempoyak, garam dan gula. Gaulkan sekali dengan 1 helai daun kunyit yg dihirs halus. Gaul sebati. Sediakan aluminium foil dan ikan yang telah di lumur dengan garam dan serbuk kunyit.
Selepas tu masukkkan dan sumbatkan bahan kelapa parut ke dalam perut ikan yang berbelah dibelakang. Buat sampai habis dan susun atas alumonium foil. Balut ikan yang dah berisi kelapa itu dengan aluminum foil seperti membalut lepat pisang atau membungkus nasi lemak.
Bakar atas kuali atau panyang di kecilkan apinya. balik-balikkan sentiasa iaitu dalam 5 minit sekali. Ikut kesesuaian. Selepas 30-40 minit, Bolehlah di buka bungkusan dan tengok samaada dah masak ke belum. Untuk pastikan ikan masak tengok matanya kalau dah terjojol atau daging ikan lembut bila di tarik menandakan ikan dah masak.
Untuk yang menggunakan pressure cooker, masa menmasak hanya 15 minit. Setkan fungsi manual dan pressure. Dalam 15 minit dah masak. Untuk memastikan dah masak, kena buka bungkusan. Biasanya mesti dah masak. Kalau tak masak lagi, terbalikkan dan set masa balik.
Ikan cencaru sumbat kelapa dan tempoyak ini boleh di makan dengan nasi begitu saja atau pun di buat cicah sambal kicap. Iaitu bawang hiris, cili api potong, asam jawa atau cuka dan kicap digaul bersama. Makan begitu saja bersama nasi pun sebenarnya dah sedap ya amat tau.
Nak tengok lagi pelbagai resepi dalam blog ini.... klik SINI
p/s : Terasa-rasa kesedapannya dan baunya yang semerbak gittew... heheh!
Wah! Ada campuran tempoyak! Belum pernah rasa ni... tentu lebih sedap dari kebiasaanya! Tq for sharing.
ReplyDelete