03 March 2020

Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti Jadi Dan Sedap

Apabila rasa kerajinan melampaui rasa kemalasan, maka terjadilah sebalang biskut femes emes yang popular di mana saja tu. Biskut ini mudah sebenarnya nak buat tapi harganya yang di jual di kiosk pasaraya boleh tahan mahalnya. Jadi buat sendiri dan cari resepi biskut femes emes yang popular tu di carian google jer.

Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti  Jadi Dan Sedap
Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti  Jadi Dan Sedap

Apabila berjalan-jalan di pasaraya, semerbak bau biskut ini yang di bakar di kiosk. Mengundang keiginan nak membelinya. Apa kata kita buat sendiri biskut ni. Bukannya susah, lenyek-lenyek guna senduk kayu, campur coklat chip 2 cawan, dah siap seketul adunan. Boleh lenyek-lenyek dan bentukkan untuk di bakar.



Biskut ni tak perlu pakai acuan. Bentuk tak perlu di kisahkan. Ambil seketul kecil sebesar ibu jari, letak saja atas dulang pembakar. Apabila masak, sedang elok saja rupanya. Untuk biskut ini, rupa paras bukan menjadi ukuran, Kesedapannya yang paling di utamakan. Lihat sajalah yang di jual di pasaraya tu, tak ada bentuk pun... kan!

Resepi Biskut Femes Emes Yang Popular Tu, Gerenti  Jadi Dan Sedap


Bahan:

250gram marjerin
1 1/4 cawan gula perang
1sk esen vanila
1 biji telur (ambil kuningnya saja)
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1sk baking powder
1sk soda bikarbonat
6sb minyak masak
2 cawan coklat chip

Cara-cara:

Masukkan marjerin ke dalam mangkuk adunan bersama gula perang, telur kuning dan esen vanila. Gaul sebati saja. Tak perlu lama ya. 

Seterusnya masukkan tepung gandum, tepung jagung, sida bikarbonat dan baking powder yang telah di ayak bersama terlebih dahulu.  Masukkan juga minyak masak. Kacau rata sehingga bergaul  kesemuanya.

Tambahkan  coklat chip ke dalam adunan. Gaul rata sekali lagi. Masukkan ke dalam peti sejuk sekejap iaitu kira-kira dalam setengah jam. Tekstur aduan memang agak lembik yer.

Bentuk Adunan Biskut Femes Emes Yang Popular Tu Sebelum Masak
Bentuk Adunan Biskut Femes Emes Yang Popular Tu Sebelum Masak

Selepas setengah jam, Bentukkan lebih kurang seketul kecil sebesar ibu jari dan susun ke dalam loyang. Jarakkan adunan jauh sikit antara satu sama lain sebab nanti biskut mengembang.

Bakar lebih kurang 20 minit dengan suhu 150c. Cara dan waktu pembakaran ikut oven masing-masing tau. Apabila biskut menunjukkan tanda keperangan di bahagian bawahnya, bolehlah di angkat. Sejukkan terlebih dahulu sebelum di simpan dalam balang kedap udara.

Aku buat hari tu dapatlah dalam lebih dari 100 keping. Aku buat taklah besar sangat dan taklah kecil sangat. Puas jugalah makan bersama anak-anak. Sekejap saja dah licin sebalang besar. Lepaslah rasa teringin nak merasa makan biskut femes emes yang popular itu. Masa membuat tu, rumah aku semerbak bau biskut ni macam bau di pasaraya tu. 

Nak dapatkan macam-macam resepi dari blog ini, klik  SINI

p/s: Al kisahnya, inspirasi dari biskut yang aku buat ni, sekarang anak perempuan aku dah buat niaga pula. Di tambahnya gaya hipster iaitu layer topping coklat. Laku keras juga jualannya tau... !

#kredit Nurul Shafira (MAHN)

2 comments:

  1. mak aiman selalu buat ni.. rupa tak penting, yang penting sedap gila.. lagi sedap dari beli kat kedai hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...