Jarang aku membeli mee kuning atau kuay teow dalam jumlah yang banyak sebab apabila simpan di peti ais, mee atau kuay teow jadi tak cantik iaitu jadi putus atau patah. Ataupun menjadi sedikit melekit atau berlendir. Setelah tahu cara simpan mee dan kuay teow dengan elok, aku sudah tak risau. Boleh saja beli mee dan kuay teow dengan jumlah yang banyak dan ikuti cara simpan mee dan kuay teow dengan cara yang betul.
Cara Simpan Mee Dan Kuay Teow Dalam Peti Ais Agar Tahan Lama Dan Tak Putus Atau Patah... |
Apabila sentiasa ada stok mee atau kuay teow di rumah, lebih senang aku nak mengatur jadual masak dan makanan di rumah. Boleh beli lebih dari biasa dan simpan di peti ais untuk kegunaan masak di masa terdesak atau darurat. Anak-anak suka makan mee dan kuay teow. Nak masak pun senang sangat mee dan kuay teow ni.
Cara Simpan Mee Dan Kuay Teow Dalam Peti Ais Agar Tahan Lama Dan Tak Putus Atau Patah...
Caranya selepas membeli mee atau kuay teow yang nak di simpan dalam peti ais, buka bungkusan dan masukkan dalam bekas yang boleh di tutup. Setelah itu, lumur dengan minyak sambil leraikan mee atau kueteow tu. tak boleh simpan dalam keadaan berketul dan bersimpul agar tak putus dan patah nanti.
Tutup rapat bekas simpanan. Lepas tu simpan dalam peti sejuk bahagian chiller. Jangan letak bahagian beku pula. Nanti beku jadi ais terus dan tak sesuai langsung pula untuk di buat masakan. Kebiasaannya sebelum masak nanti, keluarkan dulu dalam 1 jam sebelum mula masak, lepas tu basuh mee atau kuay teow ini. Bolehlah di gunakan untuk masakan.
Begitulah caranya yang betul. Boleh tahan selama 2 ke 3 minggu apabila di simpan cara begini. Sebelum tahu ni, aku apabila membeli tahan 2 -3 hari sahaja. itu pun letak di luar peti ais. Kebiasaannya pun aku tengok di pasaraya mee dan kuay teow ini di jual di rak-rak biasa. Tak di letak di tempat yang sejuk atau beku. Kalau letak di tempat sejuk, keras kejung sebelum di masak. Apabila masak, putus dan patah teruk.
Oh ya, selain tu pastikan mee atau kuay teow tak kena air dan bekas simpanan dalam keadaan kering. Terima kasih kepada pemberi maklumat yang sungguh berguna dan bermanafaat ini. Walaupun sumber dari google tapi tetap bermanafaat untuk semua.
Nak pelbagai petua dan tips di blog ini, klik SINI
p/s; Amat berguna untuk musim covid19 ni....
#kredit Faizah Harun FB
No comments:
Post a Comment