14 March 2020

7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman Sayuran Di Rumah

Sejak tinggal di kawasan rumah yang di kelilingi tanah ini aku mulalah misi bercucuk tanam dan mencari idea untuk menambah tanaman di keliling rumah aku ini. Selain itu aku seringkali mencari pelbagain informasi tanaman dan cara bercucuk tanam yang betul dan bagus untuk memeriahkan tanaman aku ini. Aku terjumpa cara menghasilkan baja yang boleh di gunakan di rumah. 7 jenis baja yang bermanafaat uuntuk tanaman tau... !

7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman  Sayuran Di Rumah
7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman  Sayuran Di Rumah

Aku nak kongsikan di sini 7 jenis baja yang boleh di gunakan untuk menyuburkan tanaman di rumah. Mesti subur dan gemuk-gemuk tanaman yang di hasilkan atau di gunakan nanti. Kepada sesiapa yang sedang  risau kenapa daun tak tumbuh banyaklah. Pokok tak membesarlah. Tak apa,  boleh cuba menggunakan 7 jenis baja ni. InsyaAllah sukses pokok-pokok sayuran yang di tanam nanti.

7 Jenis Baja Yang Boleh Di Gunakan Untuk Tanaman  Sayuran Di Rumah


- 1 - Baja Ajinomoto

Bahan:
1 paket kecil 33gram ajinomoto
1 baldi air

Cara: 
Campurkan dan kacau sebati. Pastikan di biarkan semalaman. Selepas tu baru boleh terus siram dekat tanah bukan dekat pokok tau. Siram sekali seminggu. Pokok yang sesuai pakai baja air ajinamoto ini adalah pokok kari, pokok pandan, pokok kunyit, pokok bunga kantan dan pokok limau purut.  InsyaAllah menjadi. 

- 2 - Air Basuhan Beras Dan Ikan

Bahan:
Air basuhan beras dan ikan

Cara: 
Seeloknya simpan air semalaman baru di siram terus pada tanaman. Tapi kalau nak terus siram selepas membasuh beras atau ikan, tiada salahnya. Insya'allah poko akan subur.

- 3 -  Baja Kulit Bawang, Kulit Telur Dan Lebihan Nasi

Bahan:
Kulit bawang merah
Kulit bawang putih
Kulit telur
Lebihan nasi yang tak habis

Cara:

Campuran kulit bawang merah, bawang putih, kulit telur dan lebihan nasi yang tak habis atau basi.di letakka air sikit dan blender sampai sebati. Peram satu hari. Esoknya siram dekat pokok. Ada orang kulit kentang, kulit buah dan macam-macam segala kulit di  rendam dan peram tapi baunya tak boleh tahan. Busuk sangat baunya tapi pokok tak payah cakaplah memang gemok sungguh. Kata mereka yang sudah menggunakannya.



- 4 - Baja Kulit Telur

Bahan: 
Kulit Telur

Cara: 
Jemur Kulit telur sampai kering. Tumbuk atau blender halus kulit telur. Tabur kulit telur pada pangkal pokok. Bgus kulit telur ini yang penuh dengan kalsium untuk kesuburan pokok.

- 5  - Baja Roti

Bahan:
3 -4 keping roti yang sudah tamat tempoh
Botol minuman
Air
Molases atau gula merah (jika ada)

Cara:
Potong kecil-kecil roti dan rendam dalam botol berisi air. Masukkan juga molases atau gula merah. Kalau tak ada molases atau gula merah. abaikannya.  Tak letak pun tak apa. Jadi juga rendaman air baja roti tu. Peram 7 hari tapi setiap hari penutup botolnya kena buka untuk buang gas tau. Simpan tempat yang terlindung dari sinar matahari.

Hari ke 11 dah boleh pakai dan di gunakan . Ambil sikit baja air roti dan campur dengan air biasa. Rajin sembur-semburkan hampir setiap hari pada  daun dan batang pokok atau siram air baja roti dekat pokok macam biasa. Nescaya pokok akan subur dan  sihat.

- 6 - Baja Tahi Ayam

Baja Tahi Ayam boleh suburkan tanah sebab bahan organik di dalamnya mudah mereput. Baja ni berikan nutrien dan organisma untuk kesuburan tanah. Kelebihan baja tahi ayam lebih cepat terkompos dan mudah larut apabila kena air jadi nutrient akan mudah diserap oleh pokok.

Baja tahi ayam bagi tanah subur dalam jangka masa yang panjang berbanding penggunaan baja kimia. Sebab tu baja tahi ayam popular untuk pertanian. Seeloknya pokok di berikan baja tahi ayam 2 minggu sekali ataupun sebulan sekali.

-7 - Baja Kopi

Sejenis baja yang di namakan baja kopi juga sesuai untuk tanaman. Baja ini adalah baja organik tinja haiwan yang telah di proses. Ramai orang panggil baja kopi tapi yang sebetulnya nama baja ini adalah NPK 888. Sangat sesuai untuk pokok yang berbuah seperti terung, cili dan tomato.

Selain dari 7 jenis baja di atas, boleh gunakan baja AB untuk pembajaan pokok. Boleh di dapati di nursery ataupun di beli secara online. Baja AB ini sesuai untuk penanaman secara hidroponik dan fertigasi. Untuk yang kekurangan kawasan bercucuk tanam, kaedah hidroponik adalah satu cara yang paling praktikal. 

Itu saja perkongsian yang aku dapat dari group berkebun di rumah di FB dan di komgsikan oleh Lidya Izzati. Aku olah kembali untuk kesesuaian paparan atikel ini sesedap rasa. Bermanafaat sungguh perkongsian yang di beri olehnya. Aku kunci perkongsian ini di laman blog kesayangan aku untuk rujukan di kemudian hari.. huhu!

Nak dapatkan pelbagai informasi yang bermanafaat di blog ini, klik SINI

p/s: Sharing is caring... sungguh aihhh!!

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...