03 February 2020

Sambal Daging Berempah, Macam Rendang Tapi Bukan... Sedapp!

Hari tu aku buat masak lauk daging yang simple saja. Masak lauk sambal daging berempah yang rasanya tak jauh beza dengan rendang cuma tak letak santan sahaja. Lebih ringkas dan bahan-bahannya pun hampir sama saja dengan masak rendang. Bila tak ada idea nak memasak itu yang jadi lauk macam ini. Tapi sedap hingga menjilat jari juga...hehe!

Sambal Daging Berempah, Macam Rendang Tapi Bukan... Sedapp!
Sambal Daging Berempah, Macam Rendang Tapi Bukan... Sedapp!

Anak-anak pun terkejut, ingat ini lauk beli sebab aku tak pernah masak lauk sebegini. Kebiasaannya kalau daging saja mesti masak rendang atau kari. Ini lain macam pula rupa lauk juadahnya. dah rasa, semua mengatakan sedap untuk di makan bersama nasi. Tau tak apa... hahaha!




Lain kali boleh buat lagi gaya masak lauk daging sebegini. Sedap hingga menjilat jari di buatnya. Jauh lebih mudah dari memasak lauk rendang yang lama untuk menunggu masak sehingga kering. Walaubagaimanapun sambal daging berempah ini adaptasi dari masakan rendang jugalah. Kita redah sajalah memasaknya. Janji sedap untuk di jamah sekeluarga, gituuu!


Sambal Daging Berempah, Macam Rendang Tapi Bukan... Sedapp!


Bahan: 

1/2 kg daging
2 sudu makan serbuk kari daging
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 inci halia 
1 inci kunyit 
1 inci lengkuas 
1 sudu besar ciling kisar
15 biji cili api
2 labu bawang besar
1 sudu kecil pes asam jawa
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Cara-cara:

Daging di potong nipis dan di bersihkan.  Bawang merah, bawang putih, serai, halia, kunyit, lengkuas dan cili api di kisar lumat. Bawang besar di hiris membulat. 

Di dalam sebuah kuali, panaskan minyak masak secukupnya iaitu dalam 2 sudu besar lebih kurang .  Masukkan daging, bahan kisar tadi, serbuk kari daging, cili kisar dan 1/4 cawan air ke dalam kuali  dan kacau sebati. Renihkan sehingga air daging hampir kering. 

Seterusnya masukkan 3/4 cawan lagi  air dan pes asam jawa. Renihkan lagi sehingga separuh kering. Selepas itu masukkan bawang besar. Perasakan dengan garam dan gula.

Apabila sambal daging sudah kering, bolehlah di angkat dan di hidangkan.

Sedaqp sungguh, sampai bertambah-tambah anak dengan en. suami makan. Siap nak meratah-ratah lagi tu. Kalau tak di halang, tinggal bekaslah untuk orang kemudian yang nak makan tu. Boleh buat selalu lauk sebegini. Ini tidak, kalau ada daging asyik dengan rendang dan kari saja. Jemu juga kan!

Nak dapat pelbagai resepi di blog ini klik SINI

p/s: Oh ya, lupa nak beritahu. Daging yang sesuai buat sambal daging berempah ini adalah daging batang pinang yang lembut itulah. Kalau daging tetel atau daging yang banyak serat tu kurang sesuai. takutnya tertanggal gigi nak mengunyahnya... hihi!

4 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...