26 February 2020

Masak Lemak Cili Api Ayam Bergandingan Dengan Rebung Madu, Pergh Lazattt!!

Masak lemak cili api lagi? Macam biasa, dah jadi macam makanan ruji masak lemak ni. Tak boleh tinggal selang sehari dua mesti masak ini dan yang ini juga. Kali ini aku buat masak lemak ayam bergandingan dengan rebung madu. Buat pedas meletup macam biasa, pergh memang terangkat lazatnya tu... tau!

Masak Lemak Cili Api Ayam Bergandingan Dengan Rebung Madu, Pergh Lazattt!!
Masak Lemak Cili Api Ayam Bergandingan Dengan Rebung Madu, Pergh Lazattt!!

Selera orang nogori 9 ni memang macam gini lah. Tak pedas memang tak ngam dan tak sah dengan mereka. Kalau orang Kelantan sinonim dengan gulai yang manis, orang Negeri Sembilan sinonim pula dengan gulai yang pedas. Dalam bahasa nogori 9 di sebut podeh... hahaha!

Seperti biasa masakan ini menggunakan 20 biji cili api kampung. Faham sajalah kalau tak berasap telinga dan tekak tu tak sedaplah maknanya. Tambahan lagi en. suami dan anak bujang aku ni, selera pedas dorang dasyat. Kurang pedas katanya. Tak larat aku nak mengikut selera mereka. Takat ini sajalah aku letak cilinya... huh!



Selalunya aku goreng ayam dulu. Kali ni aku tak goreng sebab nak kombinasikan kemasaman rebung dengan ayam, Barulah terserlah masam manis ayam den rebung tu nanti. Kalau goremg, tak berapa nak menjadi pula rasa kesedapan dan kelazatan begini. Macam mana nak cakap entah. tapi lainlah rasanya apabila ayam di goreng masak dengan rebung tu... huhu!

Masak Lemak Cili Api Ayam Bergandingan Dengan Rebung Madu, Pergh Lazattt!!


Bahan-bahan: 

1/2 ekor ayam
1 paket rebung madu 
2 cawan santan
20 biji cili api kampung
1 inci isi kunyit
1 biji bawang merah
1 keping asam gelugor
1 batang serai
1 cawan air
Garam dan gula secukup rasa


Cara:

Ayam di potong-potong dan di bersihkan. Rebung  di hiris  nipis dan di bersihkan juga. Cili api, isi kunyit dan bawang merah di tumbuk lumat. Serai di titik pangkalnya sedikit.

Masukkan bahan tumbuk, satu cawan santan dan satu cawan air ke dalam periuk an didihkan. Masukkan asam gelugor dann serai yang telah di titik. Masukkan juga ayam rebung.  Jangan berhenti mengacau agar santan tidak pecah minyak.

Seterusnya masukkan satu cawan santan lagi. Kalau nak lebih kuah, boleh tambah. Kacau jangan berhenti dan perasakan dengan garam dan gula. Apabila kuah gulai menjadi hampir pekat bolehlah di angkat.

Seperti biasa untuk peringatan, yang tak makan pedas bolehlah kurangkan kepedasan ikut kesesuaian diri dan keluarga. Lauk gulai aku ni emang pedas dan terangkat berapi Untuk orang yang tak makan pedas memang tak akan boleh makan ni.  Apa nak kata... Dah en. suami suka dan anak bujang suka pedas menyengat... huhu!

Pada yang nak kongsi  resepi menarik di blog ini... klik SINI

p/s : Pedas yang  sedap dan lazat hingga menjilat jari tu, tak apalah kan!

2 comments:

  1. saya makan nasi dengan rebung dulu bagi habis, lepas tu baru makan ayam. hehe

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...