Aku bina sendiri iaitu DIY kabinet dapur gantung di rumah baru @ teratak comel aku ini. Aku rancang perkara ini sudah sangat lama sebelum rumah ini di bina lagi apabila melihat cara membuatnya di FB. Aku tahu waktu itu yang aku kena buat DIY sendiri kabinet dapur gantung ini. En, suami aku ni tak berminat dan tak akan suka kerja remeh temeh sebegini. Buat sakit jiwa aku saja kalau di ajak membuatnya.
Dengan Kudrat Wanita, Aku DIY Sendiri Kabinet Dapur Gantung... |
Hebat ke atau tak hebat aku ni dengan kudrat wanita yang tak seberapa ini. Serba sedikit aku minta tolong anak. Dia pun tak percaya apabila aku beritahu nak buat dan drill sendiri dinding-dinding tu. Takut terjadi apa-apa katanya. Tak jadi apa-apapun, yang hanya menjadi elok saja terdirinya kabinet dapur gantung aku di dapur teratak comel ni.... huhu!
Dengan Kudrat Wanita, Aku DIY Sendiri Kabinet Dapur Gantung...
Aku bermula dengan membeli enam buah rak buku kecil tiga tingkat berharga RM15.90 sebuah dan tiga pasang sesiku gantung. Selain tu aku beli drill sebuah dan sebelum membuat kabinet rak gantung ini siap aku drill rel langsir tingkap dan pintu bilik teratak comel aku ini. Tak perlu sudah panggil dan upah tukang buat atau pinjam drill untuk memasang rel langsir seperti rumah lama dulu.
Masa mula membeli drill ini, anak-anak sibuk bertanya aku nak buat apa dengan drill sebuah ini. Diorang tak tahu apa-apa, nak menggantung sessuatu barang kena ada drill. Takkan asyik nak meminjam dan memanggil tukang saja. Penatlah macam tu. Dah merasa dulu-dulu. Ada peralatan sendiri, senang kerja dan nak mengerjakannnya.
Dari membeli rak buku, memasang rak dan seterusnya mendrill ke dinding sesiku dan menggantung kabinet, kesemuanya aku buat sendiri di bantu anak perempuan aku. Kami berdua saja lah rajin bertandang ke rumah baru saban minggu untuk menyiapkan dekorasi rumah yang tak seberapa ini. Sebelum membuat ini aku minta izin juga dengan suami. Macam biasa, dia diam saja. Tanda ok lah tu... huh!
Maka siaplah kabinet dapur bajet aku di dapur kecil teratak comel ini. Walaubagaimanapun taklah aku nak letak barang berat dalam kabinet gantung tu. Setakat letak bekas-bekas plastik dan peralatan yang ringan saja bolehlah. Jangan pergi letak lesung batu atau tong beraspula. Tak tertampung beratnya nanti. Merudung runtuh lah jawabnya.
Modal membeli barang-barang selain drill tu hanya RM100 lebih sikit jer. Bolehlah tu untuk sebuah dapur kecil dan bajet kecil seperti rumah aku ni. Korang tengoklah sendiri suasana dapur di dalam gambar yang aku sertakan ini. Hebat ke tidak sentuhan kudrat wanita aku ni... hahaha!
Nak dapat pelbagai cerita informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Nak seribu daya, akan ku usahakan jua. Anak2 kata... "Cayalah mummy.. huhu!"

menarik sangat kabinet ni. memudahkan urusan nak simpang barang ^_^
ReplyDeleteAnda hebat
ReplyDeleteCayalahh kakkkk..
ReplyDeleteSy plak dlm proses nak buat tempat gantung baju guna bucket L tu.
Jimat ruang dan masa. Nanti tak pyh nak lipat baju. Huhuuuu...