05 February 2020

Buat Peanut Butter Sendiri, Resepi Yang Lebih Sihat Tanpa Tambah Gula...

Apabila makan roti, tak lalu  nak makan roti kosong macam itu saja. jadi aku suka makan roti dengan peanut butter. namun sudah lama aku tak membeli peanut butter di kedai atau pasaraya sebab kebanyakannya ada kandungan gula di dalamnya. Boleh buat peanut butter sendiri. resepi yang lebih sihat tanpa tambah gula di dalamnya. Baru aku tahu, mudah rupanya nak buat peanut butter sendiri... huhu!

Buat Peanut Butter Sendiri,  Resepi Yang Lebih Sihat Tanpa Tambah Gula...
Buat Peanut Butter Sendiri,  Resepi Yang Lebih Sihat Tanpa Tambah Gula...

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Entah kenapa kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, walhal kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Wallah'hualam!



Bahan untuk membuat peanut butter cuma hanya kacang tanah semata saja. Tak perlu minyak, tak perlu garam, apatah lagi butter. Mati-matilah aku ini ingat kena letak butter di dalamnya. Bukankah ia di sebut peanut butter? Tipah tertipu selama ini. Peralatan lain yang perlu hanya sebuah blender... hahaha!

Buat Peanut Butter Sendiri,  Resepi Yang Lebih Sihat Tanpa Tambah Gula...


Cara membuat peanut butter (ikut suka banyak mana kacang yang di kehendaki) :

- Goreng kacang tanah tanpa minyak (sangai)
- Buang kulit kacang.
- Kisar dalam blender. 
* Kisar sekejap berhenti, kisar lagi berhenti sampai kacang hancur dan berminyak tau.  Jangan berterusan lama nnt meletup blender. Kalau ada food processor lagi mudah.
-  Siap dan boleh di simpan ke dalam bekas yang bersesuaian.

Boleh makan dengan roti, biskut  dan buat macam-macam dengan peanut butter ini. Lebih sedap dan lebih terjamin kebersihan dan khasiatnya. Yang tersedia jual di pasaraya biasanya sudah di tambah pelbagai bahan untuk lebih berperisa kesedapannya bagi menarik pembeli. Untuk yang berdiet, elok buat sendiri. 

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Nanti nak cuba buat... haihh!

#sumber sha rini - FB group tip resepi diet sihat

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...