23 February 2020

Akhirnya Pindah Ke Teratak Comel Yang Di Idamkan Sejak Sekian Lama...

Minggu lepas aku akhirnya pindah ke teratak comel yang sering aku sebut dalam blog kesayangan ini. Bertahun-tahun menanti untuk mendapatkan sebuah kediaman sendiri, akhirnya terlaksana. Walaupun bukan banglo besar dan mewah tapi hanya sebuah teratak comel nan indah berlatarkan rimbunan pekebunan dan belukar sudah membuatkan kami sekeluarga merasa amat bersyukur.

Proses Pembinaan Teratak Comel  Ku

Dek kerana proses pindah menindah dari rumah di atas kayangan ke rumah di pekebunan, menjadikan aku sekeluarga amat penat dan lelah yang amat sekali. Blog kesayangan ini pun tak sempat di jenguk dalam seminggu lepas ini. Apatah lagi talian internet belum di pasang di rumah baru ini. Aku telah membuat permohonan dengan UNIFI untuk memindahan talian. Lambat pula prosesnya. Bertabahlah dengan data di talipon bimbit dulu.

Akhirnya Pindah Ke Teratak Comel Yang Di Idamkan Sejak Sekian Lama...


Banyak sungguh perancangan yang aku nak buat di rumah baru ini. namun kena bermula secara perlahan-lahan. Aku buat dan uruskan apa yang ada dulu di sebabkan sumber kewangan yang ciput ini. Perancangan nak buat pagar atau apa saja akan di tangguhkan terlebih dahulu. Nak betulkan jalan masuk dan bersihkan tanah dan tambak terlebih dahulu. Banyak juga kerjanya tu... huhu!



Setelah beberapa hari tinggal di sini, rasa seperti suasana di kampung halaman dengan angin yang sejuk dan sunyi dari hiruk pikuk bunyi kenderaan. Terdengar di telinga adalah bunyi kicauan burung-burung dan sekali terdengar bunyi kokokan ayam. Betul-betul suasana kampung walau sebenarnya hanya di pinggir bandaraya Shah Alam saja.... hihi!

Di sini, seperti biasa akan ku teruskan meneroka dunia blogging di samping membuat bisnes dropship. Seterusnya aku akan terus menjalankan bisnes kecil-kecilan aku seperti biasanya iaitu pekasam dan cookies. Kalau ada rezeki pastinya aku akan terus memajukan bisnes kecil aku ini. Insya'allah!

Selain tu, nak tanam pokok sayur, pokok bunga, bela kucing dan bela ayam. Banyyaknya benda aku nak buat. Semoga aku di berikan tubuh badan yang sihat dan di berikan kekuatan untuk mengerjakan semua perkara yang ingin aku lakukan itu. Semoga juga di permudahkan segala urusan aku ini... Aaminnn!!!

Nak baca catatan aku di blog, klik lah SINI

p/s: Kalau aku hilang sesekali dari dunia blogging ni macam biskut, fahamlah sesungguhnya aku sedang sibuk menguruskan teratak comel ini... huhu!

4 comments:

  1. alhamdulillah...selamat menyesuaikan diri di teratak yang baru...

    ReplyDelete
  2. Tahniah kak.. dah join Giveaway Wang Tunai RM1000 by Mamapipie? Rm1000 untuk dimenangi.. jemput join ye

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tahniah. kami tumpang gembira ^_^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Semoga bertambah gembira dan bahagia di rumah baru.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...