11 February 2020

5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat

Kengkadang teringin nak makan sesuatu  tapi di masa yang tak menentu. Kadangkala teringin tu waktu rasa tak sihat atau tak sempat membeli barang dapur.Waktu itu pula hanya rasa nak lepak-lepak depan tv tengok filem atau rancangan kegemaran. Malas yang amat nak keluar menempuh jalan raya untuk ke tempat makan atau ke pasaraya. Keinginannya lepak dan bermalasan di rumah saja. Food delivery lah jawabnya... huhu!

 5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat
 5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat

Apa nak kisah, Foodpanda kan ada @ https://www.foodpanda.my/ jer! Klik-klik di hujung jari lepas tu tunggu rider Foodpanda sampai di muka pintu. Boleh pilih daripada berpuluh dan beratus makanan terbaik Malaysia. Senang sangat nak membuat tempahan food delivery ni. Tanpa perlu bersusah payah. Hanya perlu pastikan duit ada di akaun bank dan data internet yang laju.... haihh!

Apa saja makanan terbaik dan tersedap rakyat Malaysia boleh di tempah dengan food delivery oleh Foodpanda ini. Ada nasi lemak, roti canai, nasi kandar, nasi kerabu, satay, cendol, asam pedas, rojak, rendang dan bermacam-macam lagi variasi makanan Malaysia yang sedap-sedap belaka. Sebagai anak Malaysia, sudah tentu sangat mencintai makanan Malaysia juga, tekak dah sebati lah katakan....!



Di sini di senaraikan 5 makanan terbaik Malaysia dan pastinya tersedap di tekak rakyat Malaysia yang boleh di pilih untuk membuat tempahan dengan Food delivery oleh Foodpanda ini. Di jamin rasanya lazat tak terkira dan servis yang sangat berbaloi dan puashati. Apatah lagi di tambah dengan pelbagai promosi yang di tawarkan oleh Foodpanda itu.

 5 Great Malaysian Dishes and Where to Eat


- 1 - NASI LEMAK

Kalau tak kenal dan tak pernah makan nasi lemak, dia bukan orang Malaysia lah tu.. kan! Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya. Itulah yang di definisikan tentang nasi lemak.

Gerai Nasi Lemak Buluh Abe

Nasi Lemak
Gerai Nasi Lemak Abe

Alamat:
G 01, Gerai Sementara Suk, Jalan Mat Raji, Padang Jawa, 40100 Shah Alam


*Boleh buat pilihan samaada nak set nasi lemak ayam goreng rempah, nasi lemak daging rendang, nasi lemak paru sambal dan nasi lemak telur mata.


- 2 -  ROTI CANAI

Ia adalah makanan kegemaran seluruh rakyat Malaysia dari pelbagai kaum yang berbeza. Sering kali dimakan bersama dengan teh tarik atau teh ais. Biasanya dihidangkan dengan kuah dal atau parpu atau kari dengan sambal ikan bilis. Roti canai di katakan berasal dari India tapi di sana ia lebih di kenali sebagai roti pratha. 

Restoran Sri Shazz

Roti Canai
Restoran Sri Shazz

Alamat:
No. 3, Jalan Timun 24/C Seksyen 24,, 40300 Shah Alam


*Pilihan yang ada untuk roti canai adalah roti canai biasa, roti telur, roti bawang, roti kaya, roti planta, roti salud, roti milo, roti cheese dan roti sardin. 


- 3 -  SATAY

Sejenis makanan yang dicucuk dengan lidi. Secara khususnya, sate dibuat daripada kepingan daging yang dicucuk pada lidi kelapa atau buluh dan dibakar menggunakan api arang kayu. Di hidangkan bersama kuah kacang, ketupat atau nasi impit serta timun. Ia adalah makanan di seluruh kepulauan Melayu malah telah di kenali di seluruh dunia.

Satay Nurul 17

Satay
Satay Nurul 17

Alamat:
No G-13, Jalan Jenulung 17/21 , Seksyen 17, 40200 Shah Alam


*Ada dua  pilihan set iaitu satay ayam dan satay daging. Terdiri dari 10 cucuk satay, nasi impit, timun dan kuah kacang. Boleh juga buat pilihan 1 persatu. Selain itu  food delivery ini di buka hanya di waktu malam dalam pukul 8.30 malam hingga 11.30 malam saja.


- 4 -  KARI KEPALA IKAN

Kepala ikan yang besar  dimasak dalam kari gaya Kerala dengan sayur-sayuran yang pelbagai seperti bendi dan terung. Ia biasanya dihidangkan dengan sama ada nasi atau roti, atau sebagai hidangan yang dikongsi bersama kawan atau keluarga. Makanan variasi  hidangan India Selatan dan masyarakat majmuk Malaysia ini di terima dan di anggap makanan istimewa dengan harganya yang boleh tahan juga. Apapun yang penting rasanya yang sedap dan lazat.

Don Kari Kepala Ikan Shah Alam

Kari Kepala Ikan
Don Kari Kepala Ikan Shah Alam

Alamat:
Seksyen 16, 40200 Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam


*Set pilihan ikan jenahak atau ikan kerapu untuk beberapa orang makan dan  boleh beli juga hanya gulai ikan saja.


- 5 - CENDOL

Ramuan asas cendol terdiri daripada santan, jeli hijau (pewarna pandan), pulut, ais dan gula melaka. Selain daripada bahan asas ini, cendol boleh ditambah bahan lain seperti kacang merah, pulut, jeli hitam, dan jagung bergantung kepada selera yang di kehendaki. Cendol sangat digemari masyarakat Malaysia kerana cuaca dan iklim negara Malaysia yang panas.Terdapat pelbagai restoran dan kedai makan yang menyediakan cendol di serata Malaysia.

Salim Cendol

Cendol
Salim Cendol

Alamat: Jalan Pinang B18/B, Seksyen 18, Shah Alam, Selangor, 40200 Shah Alam


*Ada cendol biasa dan cendol pulut. Kalau nak order set family yang sesuai untuk makan satu family  juga di sediakan. 


Haaa, inilah 5 makanan terbaik Malaysia yang jadi pilihan aku dengan Foodpanda Malaysia delivery. Oleh kerana aku tinggal di kawasan Shah Alam jadi pilihan aku adalah restoran dan kedai makan berdekatan dengan rumah. Sebenarnya di mana jua korang tinggal di seluruh Malaysia ini, ada saja makanan yang sama dan serupa. Korang hanya perlu buat pilihan dan klik-klik saja di telefon bimbit masing-masing... gittew!!

p/s: Laparlah belek-belek apps foodpanda ni... Jom order... hehe!

2 comments:

  1. ah semuanya sedap. kami di kampung people ni takda lah foodpanda. haha

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Sis Noor Akma, jemput sertai give away dengan hadiah tunai RM1000 oleh Mamapipie & Friends.

    Hadiah RM200 (Seorang Pemenang)
    1 x RM200

    Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang)
    2 x RM100

    Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang)
    14 x RM50

    Penyertaan sangat mudah & tarikh tutup giveaway pada 29 Feb 2020. Klik sini sekarang untuk sertai.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...