07 January 2020

Sayur Bayam Brazil | Cara Penanaman Dan Khasiatnya

Semenjak menjadi viral sayur  bayam brazil di tanam oleh ramai orang dan di kongsi di media sosial, aku pun jadi tertarik nak mengetahuinya. Bolehlah aku bercucuk tanam sepokok dua sayur bayam brazil ini. Kebetulan  pula akan berpindah ke kawasan rumah yang bertanah dan berhalaman yang membolehkan aku bercucuk tanam nanti. Rugi rasanya kalau rumah yang tidak mempunyai pokok bayam brazil sebab di katakan cara penanaman dan penjagaannya sangat mudah.

Sayur Bayam Brazil | Cara Penanaman Dan Khasiatnya
Sayur Bayam Brazil | Cara Penanaman Dan Khasiatnya

Bayam Brazil atau nama lainnya Brazillian Spinach, Poor Man Spinach, Sambu dan juga Sambu Lettuce. Ianya juga dirujuk secara saintifik sebagai Althernanthera sissoo adalah tanaman sayuran yang mudah hidup dengan hanya ditanam secara keratan batang yg berasal daripada Brazil.

Daunnya yang tidak berlendir dan boleh dikatakan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat. Lain pula bagi masyarakat Brazil dimana ianya dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak atau cuka.



Di atas itulah serba sedikit info tentang bayam brazil yang aku dapat dari sebuah laman di FB. Cara tanam pun sangat mudah iaitu batang yang dipilih mesti lah batang yang keras dan tiada masalah serangan ulat daun serta dari pokok yang matang. Sediakan tanaman seperti tanah hitam yang dicampur sekam bakar dan semai guna polybag yang sesuai atau semai terus ke dalam pasu atau di atas batas tanah dan buat teduhan atau letakkan di tempat yang redup.

Sayur Bayam Brazil | Cara Penanaman Dan Khasiatnya


Tanaman bayam brazil ini, selain cantik di jadikan tanaman hiasan di rumah, banyak juga cara memasaknya yang boleh di pelbagaikan. Antaranya seperti bayam brazil goreng belacan, bayam brazil goreng tepung, tumis bayam brazil, sup sayur campur bayam brazil, masak lemak bayam brazil, bayam brazil goreng tepung dan pelbagai masakan yang lainnya. Banyak sungguh khasiatbayam brazil ini apabila di teliti dengan sebaik-baiknya. Oleh itu elok sangat di jadikan sebagai sayuran yang perlu di makan pada setiap hidangan. 

Antara khasiatnya adalah melawan kanser, mengekalkan kesihatan mata, salah satu sumber vitamin K, menguatkan tulang, membantu menurunkan berat badan, meningkatkan sistem imuniti badan, membantu sistem penghadaman, mengelakkan daripada sembelit, membantu melancarkan darah,  mencegah anemia,mengatasi masalah gusi, nutrisi yang baik untuk pembesaran, mengekalkan stamina, mengekalkan kesihatan mulut, mengikat kalsium, mencegah penuaan pramatang dan mengekalkan kesihatan ibu mengandung.

Hakikatnya bayam brazil adalah tanaman yang amat baik dan sangat bagus untuk tubuh badan kita. Jadi tanamlah pokok sayur bayam brazil untuk mendapat manafaat dan khasiatnya. Sebenarnya aku sudahpun menanam sebekas polisterin pokok bayam brazil yang aku dapat pohonnya dari seorang teman yang tinggal di Air Hitam, Johor sebulan yang lalu. Batang bayam brazil aku ini di pos dari sana. Terima kasih sesangat pada yang memberi... huhu!

Satu Polisteren Pokok Sayur Bayam Brazil Aku
Satu Polisteren Pokok Sayur Bayam Brazil Aku

Apabila membesar dengan jayanya nanti, dapatlah aku membuat pelbagai hidangan dengannya nanti. Dapat ku bayangkan bagaimana sedapnya aku meratah sepinggan lauk bayam brazil itu. Tak sabar untuk tunggu ia membesar dan tumbuh banyak daun hingga dapat di petik di buat masakan yang sedap dan berkhasiat. 

Nak baca, nak tahu pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Tak sabarlah nak tunggu.... haihh!

8 comments:

  1. Inilah antara sayur kegemaran saya..
    Sebelum ni tak tahu pun nama sayur ni bayam Brazil..

    ReplyDelete
  2. Kinah baru je beli bayam brazil ni kat nursery tadi. Tak sabar nak tunggu hasilnya kan kak hehe

    ReplyDelete
  3. sayur ni memang suka sebab senang nak tanam. haha. kalau sebelum ni, asal tanam ja semuanya mati. hehehe

    ReplyDelete
  4. banyak khasiat sayur bayam brazil ni

    ReplyDelete
  5. kat rumah saya pun ada ni..ri tu try makan tapi macam tak berapa kena dengan tekak bila makan gitu saje...nanti nak try goreng tepung lak

    ReplyDelete
  6. bym brazil aida lom menjadik sgt.
    tak cantik :(
    nak mencuba lagi...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...