06 January 2020

Sambut Tahun Baru Makan Steamboat Di Monster Planet

Pada hari tahun baru, semua anak-anak berkumpul di rumah. Jadi riuh dengan gelak ketawa, gurau senda dan sakat menyakat antara adik beradik. Selepas tengahari, menjelang petang dorang buat keputusan nak sambut tahun baru makan kat luar iaitu makan steamboat di Monster Planet. Dengar kata makan steamboar di Monster Planet ini selain  rebus-rebus ada bakar- bakar juga. Best tu...!

Sambut Tahun Baru Makan Steamboat Di Monster Planet
Sambut Tahun Baru Makan Steamboat Di Monster Planet

Setelah memilih dari banyak tempat, anak-anak memilih tempat ini. Aku ikutkan saja,mana-mana pilihan yang sesuai dan berpatutan. Setelah di hubungi dan dapat tempat di sana, kami pun pergi ke sana dalam pukul enam petang. Tempatnya di kawasan sebuah kampung di pinggir Shah Alam. Aku cuak juga tapi tak sangka ada restoran steamboat besar di celah kawasan kampung di situ.



Seronok dan gembira sungguh anak-anak dapat berkumpul makan-makan sampai kenyang. Restoran ini pun sangat santai dan luas tempatnya. Walaupun ramai dan penuh orang di restoran dan riuh suasananya, kami sekeluarga dapat makan dengan tenang dan gembira. Banyak pilihan makanan yang di sediakan untuk di rebus dan di bakar. Potongan daging dan ayam pun sangat sesuai untuk di bakar. Cepat masak daging dan ayam apabila di bakar cara macam tu.

Sambut Tahun Baru Makan Steamboat Di Monster Planet


Pada hari tahun baru itu nampaknya terbabas diet aku. Mana tidaknya, sebelum makanan siap di bakar atau di rebus, aku bantai  makan hampir 10 ketul nugget. Al maklum,  datang sebelum tu perut kosong diet IF. Ada nasi goreng. kuay teow goreng dengan kek coklat yang di potong-potong tapi aku tak ambil makanan tu. Nak makan yang rebus dan bakar selepas tu. 

Sedap dan puas dapat makan daging kambing bakar cicah air asam. Selain itu puashati dapat makan kerang, kepah, kupang dan udang cicah air asam yang pedas masam manis itu. Walaupun udangnya bersaiz kecil tapi sepadan dengan harga buffet yang di kenakan untuk sekepala iaitu sebanyak RM20 sahaja. Makan banyak sesunguh-sungguhnya aku dengan anak-anak. Berbaloi rasanya... huh!

Peristiwa Makan Steamboat Di Monster Planet
Peristiwa Makan Steamboat Di Monster Planet

Air pun ada banyak jenis. Boleh minum sampai buncit. Tak lupa dengan aiskrim nya yang sedap. Tak di letaknya banyak perisa sekaligus. Satu persatu nampaknya iaitu habis satu bekas, baru di letaknya yang baru dan perisa lain pula dalam ice box. Dapatlah aku merasa perisa vanila, strawberry dan coklat.... hehe!

Oh ya lupa nak cakap restoran ini terletak di Kg Bukit Lanchong, Shah Alam. Berdekatan dengan Putra Height yang bersebelahan dengan Subang Jaya di Shah Alam. Dari tempat tinggal aku ke sana dalam 20 minit juga lebih kurang. Ini bukan entri berbayar, jadi aku tulis ikut suka hati dan pengalaman ikhlas aku je.

Apapun aku benar-benar rasa enjoy dan happy  dengan makan di tempat ini. Aku bagi markah dari 10 markah tu ke 9.9 tau. Tak wajar pula nak bagi markah penuh. tapi berbaloi dengan harganya yang murah benar tu. Untuk yang berpoket kecil macam kami sekeluarga dah sangat bagus sebenarnya. tapi bukan untuk yang bercitarasa tinggi. Jadi, jangan berharap sampai ke bintang... Eh melalut, udah le... hahah!

Nak baca cerita dan informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Berangan kami anak beranak nak makan di tempat ini lagi. Kalau boleh nak makan di ruang tempat terbuka kawasan luar pula. Di kawasan dalam itu bukanya tak bagus cuma panas berbahang lah rasanya.... haihh!

1 comment:

  1. alhamdulillah. best jugak kalau dapat makan steamboat ni kat tepi pantai ditemani angin bayu ^_^

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...