09 January 2020

Resepi Kek Marble Mudah Untuk Juadah Minum Petang Sekeluarga

Pada suatu petang minggu  yang sejuk dek hujan yang menyimbah bumi aku buat sebiji kek marble gebu untuk juadah minum petang sekeluarga. Sejuk cuaca begini perut asyik kelaparan saja. Sesuailah kek marble gebu ini untuk menjamu perut. Selepas tu nak siapkan makan malam pula.

Resepi Kek Marble Mudah Untuk Juadah Minum Petang Sekeluarga
Resepi Kek Marble Mudah Untuk Juadah Minum Petang Sekeluarga

Kek ini adalah resepi ringkas yang paling mudah. Kebiasaannya kek begini di gelar kek asas @ Bajet yang mudah saja. Biasa  juga di kenali sebagai kek kampung ataupun nak sedap di sebut adalah kek klasik. Kek yang orang kampung dulu- dulu buat letak loyang kek dalam periuk besar dan letak bara api bawah dan atas tudung periuk ... hehe!



Buat ni, sebiji kek ini boleh sekali hadap sahaja untuk kami sekeluarga Yang berjumlah 6 orang ini. Apatah lagi dalam cuaca sejuk begini. Perut asyik minta di isi saja. Aku buat warna-warni marble hijau, kuning dan pewarna coklat. Nak letak merah sebenarnya, rupanya pewarna merah dah habis. Lain kali buat warna merah pula.

Resepi Kek Marble Mudah Untuk Juadah Minum Petang Sekeluarga


Bahan-bahan:

1 1/2 cawan marjerin pelangi (bajet) @ 250gm buttercup
1 1/4 cawan gula perang
5 biji telur ayam gred B
2 cawan Tepung Kek
1 sudu teh esen vanila
Pewarna

Cara: 

Masukkan margerin dan gula perang ke dalam satu bekas, gaul sebati sehingga kembang. Gunakan margerin ataupun buttercup yang berada pada suhu bilik tau.

Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi seketika. Masukkan esen vanila. Seterusnya masukkan tepung kek ke Dalam adunan yang telah di campur telur dan esen vanila.

Kacau rata dan sebati. Kemudian adunan di bahagikan 3 bahagian yang sama. Campurkan 2 - 3 titis pewarna yang berlainan dalam setiap bekas.

Sediakan loyang yang sesuai samada loyang 6", 7",  8" ataupun 9". Lebih kecil loyang, lebih tebal kek nanti. Begitulah sebaliknya.

Lengser loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan secubit tepung. Seterusnya sudukan setiap bahagian adunan berselang-seli alam loyang pembakar. Buatlah sehingga habis.

Bakar adunan dalam oven dengan kepanasan 170c selama 50 minit - 1 jam bergantung pada oven masing-masing. Apabila masak, bolehlah di keluarkan dari oven dan di sejukkan seketika sebelum di keluarkan dari loyang.

Apabila betul-betul sejuk, barulah di potong dan di hidangkan. Sedap sangat apabila makan bersama kopi O pekat kurang manis... huhu!

Kek Marble Mudah Sesuai Untuk Juadah Minum Petang
Kek Marble Mudah Sesuai Untuk Juadah Minum Petang

Dalam pembuatan kek ni, tepung kek itu boleh di gantikan dengan tepung gandum yang di campur 1 sudu teh baking powder. Gula perang juga boleh saja ganti dengan gula castor atau gula pasir yang di kisar halus. Marjerin boleh pilih nak guna jenis yang mahal atau murah. Nak guna butter premium pun boleh. Terpulang ikut tekak dan bajet masing-masing.

Nak letak perisa pula, esen vanila tu boleh ganti dengan esen lain ataupun jus oren kalau nak buat kek perisa oren. Boleh saja di pelbagaikan ikut kehendak sendiri. Ok, itu je lah, yer!

Nak dapat macam-macam resepi di blog ini, boleh klik SINI

p/s: Ingat nak buat kek oren pula lepas ni... ermmm!

2 comments:

  1. Comey sangat kejadian kek. Menjadi. Sedapnya makan panas2 😍

    ReplyDelete
  2. kek marble ni evergreen, kan :) sedap.
    now, ada plak kek jelita. ala-ala kek marble.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...