28 January 2020

Petua Membeli Dan Memilih Epal Yang Rangup Dan Manis

Aku sejak dari dulu suka makan epal tapi aku paling tak suka epal yang gebu dan lembut rasanya. Lebih suka yang rangup, krup krap apabila di kunyah dan rasanya pula tidak terlalu manis. Aku suka yang rasanya lebih kepada lemak-lemak manis sahaja. Mari kita kongsi petua membeli dan memilih epal yang rangup dan manis ini. . Petua membeli dan memilih epal ini bagus sangat dengan aku yang menjadiikan epal sebagai salah satu menu diet DSSS aku.

Petua Membeli Dan Memilih Epal Yang Rangup Dan Manis
Petua Membeli Dan Memilih Epal Yang Rangup Dan Manis


Petua ini aku dapat dari group jom kongsi petua di FB jer. Aku paling suka makan epal yang bila di gigit ada bunyi krup krap tu dan  ia menunjukkan epal tu rangup. Epal  ada banyak jenis iaitu ada yang rangup ada yang gebuu, ada yang masam dan ada yang manis. Kadang kadang tersalah pilih epal yang gebu,  terus tak jadi nak makan. Hilang selera dan rugi membeli.... haihh!

Epal adalah sejenis buah yang paling di kenali di dunia, Khasiatnya pun banyak. Antaranya membersihkan saluran usus serta membuang racun dan toksid dengan pantas, mengurangkan risiko penyakit jantung, melindungi sendi tulang, membantu mengekalkan berat badan (epal hijau) meredakan masalah sembelit dan ianya makanan yang sihat untuk pesakit buasir dan bersifat anti-kolestrol iaitu membantu dalam mengekalkan tahap kolestrol dalam darah.



Jangan tak tau, kandungan serat epal berupaya mengisi perut yang lapar dan mencegah kita daripada makan berlebihan. Sesuai untuk orang berdiet dan menjaga pemakanan seperti aku yang tengah berdiet ini. Dengar kata pakar, amalan menghidu epal dapat memperbaiki kapasiti paru-paru dan menenangkan fikiran.

Jom kongsi dengan macam mana nak kenalpasti epal yang rangup dan manis rasanya ini. Caranya amat mudah iaitu :

- Ketuk epal dengan jari. Sekiranya berbunyi nyaring menandakan epal tu rangup dan mempunyai air yang banyak.

- Pilih epal yang teksturnya keras dan tekan secara lembut pada permukaan epal tu. Sekiranya epal terasa lembut bila ditekan bermaksud epal tersebut tidak rangup.

- Boleh juga perhatikan pada kulit epal tersebut. Pastikan kulit epal bersih tanpa bintik bintik hitam. Pilih epal yang berwarna cerah dan bertekstur baik.

- Perhatikan saiz ukuran epal tersebut. Sebab ukuran saiz epal boleh menentukan matang atau tidak. Semakin besar epal semakin matang  isinya.

- Epal yang matang akan mengeluarkan aroma khas yang sangat harum. Jadi boleh juga memilih epal dengan menghidunya.

Selain itu, sebelum korang makan epal, pastikan ia dibersihkan dengan cara yang betul supaya bebas dari racun serangga dan bakteria. Kata orang, buah epal yg di impot ini biasanya kulit luarnya telah di salut dengan sejenis lilin untuk tahan lama dan memcegah dari cepat busuk Apa yg saya buat sebelum makan, rendam sekejap dalam air suam dan bersihkan. Aku suka makan gigit terus... haha!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Dalam berdiet ni, kalau tak boleh menahan rasa lapar, aku makan sebiji epal, bolehlah bertahan sampai ke malam... huhu!

#sumber group jom kongsi petua FB - Iza Abu Bakar

3 comments:

  1. Saya pun sekarang tukar snek ringan dengan epal. Kenyang lebih lama.

    ReplyDelete
  2. Yeay boleh try pasni. Kadang tu fail. Haha

    ReplyDelete
  3. Biasanya wak tanya penjual buah tu aje
    mana epal yang rangup dan manis.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...