Aku dah pernah buat overnight oat sebelum ini tapi ini kali pertama buat overnight oat menggunakan buah strawberry. Overnight oat strawberry nampak memang sangat menggiurkan dengan warna merah yang mengujakan itu. Oat amat sesuai di jadikan sarapan pagi bersama susu kerana memberi rasa kenyang yang lama. Strawberry pula menjadi penyedap rasa yang kaya dengan vitamin C.
Overnight Oats Strawberry Yang Sedap Untuk Menu Diet Aku... |
Oleh itu overnigt oat strawberry sesuai sangat di jadikan menu sarapan pagi untuk berdiet. Rasa strawberry yang masam-masam itu boleh di tambah madu untuk menyerlahkan rasa manis yang sedap. menu aku ini menggunakan rolled oat. Tak nak aku makan instant oat yang macan kanji lembik tu. Rolled ini lebih kenyal dan nampak nyata kepingan oat tu.
Susu aku gunakan low fat milk seperti biasa. Lebih rendah lemak dari biasa sebab untuk diet, itulah yang paling sesuai. Buat overnight oat ini pada waktu malam, paginya sudah boleh di makan bersama dengan strawberry dan madu. Sedap dan mengenyangkan sehingga ke petang makan overnight oat ini.
Overnight Oats Strawberry Yang Sedap Untuk Menu Diet Aku...
Bahan:
1 cawan rolled oat
2 cawan low fat milk
1 sudu makan madu
Srawberry (kuantiti ikut suka)
Cara:
- Dalam sebuah bekas yang bertutup, masukkan oat dan masukkan susu low fat. Seterusnya masukkan sesudu makan madu. Tutup bekas dan goncang.
- Strawberry di potong- potong ikut suka. Boleh pilih nak masukkan semasa nak makan ataupun sewaktu untuk di simpan dalan peti ais,
- Simpan overnight oat di tempat penyejukkan saja. Tak perlu di bekukan yer!
Keesokan harinya bolehlah di makan waktu sarapan pagi atau bila-bila masa saja. Yang penting sejuk.... hehe!
Oat ni sebenarnya tiada rasa dan yang ada hanya rasa tawar. Tapi apabila di tambah pelbagai rasa, barulah boleh di telan dan di makan. Serat oat tu yang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Ada yang kata bagus untuk jantung sihat, ada yang kata ianya mitos tapi serat memang bagus untuk melancar sistem pembuangan tubuh. Itulah pemahaman aku.. huhu!
Nak dapatkan macam-macam informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Tak boleh makan selalu buah strawberry ini, buah mahal ni... !
Kak pun suka rolled oat. Musim panas sekarang ni makan sejuk2 di awal pagi sangat sedap 😁
ReplyDeletememang menu diet ni.. part paling suka bleh letak buah banyak2..
ReplyDeletenikmaaaat =D
boleh try buat ni. rabia pun mmg nak diet ni.heheee
ReplyDelete