Akhirnya 2019 telah berlalu. 2020 menjenguk dengan penuh harapan dan dugaan. Walaupun 2019 penuh dengan duri ranjau dan harapan yang hampir terlaksana namun terselit juga kenangan manis yang indah di hujung tahun ini. Berjaya diet turun berat badan dan bebas dari penyakit kencing manis. Gembira dan bahagia rasanya. Apapun kena teruskan diet turun berat badan untuk kekalkan mementum bahagia ini sampai bila-bila...!
Berjaya Diet Turun Berat Badan Dan Bebas Dari Penyakit Diabetes Penghujung 2019 |
Aku mengerjakan diet ini secara tak sengaja selepas raya puasa 2019 sebenarnya. Sebelum itu makan memang tak beringat. Kebiasaannya selagi ada makanan, semuanya akan di makan tanpa rasa nak menguruskan badan. Selagi tak rasa kenyang dan tak habis makanan, aku makan saja. Apatah lagi kalau makanan itu memang menjadi kesukaan aku macam biskut dan kek ataupun lauk ayam dan geluai tempoyak... huhu!
Dalam berdiet ini bagi aku taklah susah sangat. Ini sebab memang sudah jadi kebiasaan aku minum air kosong dengan banyak setiap hari untuk mengelakkan sakit tekak yang sangat menakutkan aku. Selain itu aku tak gemar minum air teh atau kopi. Jadi, sudah tentu ia mengelakkan aku dari minum air yang bersifat manis. Kekalahan aku pada makanan manis cuma terhadap biskut dan kek. Alhamdulillah, kini di bawah kawalan.
Berjaya Diet Turun Berat Badan Dan Bebas Dari Penyakit Diabetes Penghujung 2019
Berat aku sebelum berdiet hanya tahap berlebihan berat sahaja iaitu dalam 75kg. Berat terkini aku adalah dalam 59kg. Kadang-kadang ada lebih sekilo dua dan kembali ke 59kg balik. Fasa mempertahankan berat saja yang aku amalkan sekarang. Kalau ikutkan, boleh turunkan berat lagi tapi en. suami dan anak-anak kata aku sudah terlalu kurus. Risau diorang dengan penampilan aku. Kalau terlebih kurus, nanti tinggal kulit dengan tulang saja pula... hahaha!
Beberapa tahun sudah berlalu sejak aku makan ubat diabetes. Seingat aku, tak pernah aku mempunyai berlebihan gula dalam darah setiap kali bertemu janji dengan doktor. Mungkin sebab berlebihan berat badan dan faktor ahli keluarga pengidap diabetes itu yang menjadi ukuran. Tapi kini berat badan sudah menjadi normal jadi aku sudah di keluarkan dari senarai pesakit diabetes. Itu yang tak perlu ambil ubat sudah... Yeayh!
Seronok, namun masih perlu berjaga-jaga. Tak nak berat badan kembali naik dan kena makan ubat diabetes balik. Sekarang aku masih kena makan ubat darah tinggi dan kolesterol. Aku nak tumpukan biar tak perlu makan ubat dari klinik kesihatan lagi dan tak perlu ada temujanji doktor. Temujanji aku dengan doktor tahun ini, bulan Jun 2020 nanti. lambat lagi tapi masih kena jumpa doktor juga. Kalaulah boleh berhenti dari semua ni... Yakin boleh le!
Nak baca pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI
Nak baca pelbagai cerita dan informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Istiqamah dan terus menjaga kesihatan diri di tahun 2020, itulah azam aku...!
Wah tahniah...mg terus sukses...
ReplyDeletesy pun nak bebaskan diri drp diabetes n darah tinggi gak. boleh jadikan akak sbg sumber inspirasi ni.
ReplyDeleteInshaAllah semoga kita semua makin sihat walafiat. Aamiin 😊
ReplyDeletesha pun tgh berusaha nak turunkan berat badan skrg :D
ReplyDeleteAlhamdulillah diberi rezeki kesihatan yang bertambah baik
ReplyDeletealhamdulillah kak.. semoga tahun 2020 beri kesihatan yang lebih baik untuk akak nnt
ReplyDeleteAlhamdulillah. Macam nak tanya macam mana kurangkan makan bergula.
ReplyDeleteApapun keep it up.