Kebiasaannya apabila di sebut kerabu mesti menjurus kepada lauk sayuran yang di makan mentah bersama sambal belacan. Kerabu ini adalah juadah salad versi kampung orang Melayu kiranya. Kerabu ini ada macam-macam versi dan cara yang tak terjangkau di fikiran. Di sini aku pelbagai kongsi resepi kerabu yang sedap dan memikat selera. Resepi kerabu yang sedap dan memikat selera ini aku ambil di sebuah group FB untuk aku gunakan dan jadikan rujukan di masa hadapan... huhu!
7 Resepi Kerabu Yang Sedap Dan Memikat Selera |
Sedap sungguh juadah masakan kerabu ni. Bioleh bertambah-tambah nasi berpinggan-pinggan di buatnya. Tapi ada juga jenis kerabu yang boleh di makan ratah begitu saja. Sesuai untuk yang sedang berdiet dan mesti makan sayur banyak macam suku- suku separuh tu. Apabila sayur di buat kerabu, senang sikit nak makan sayuran. Kalau tidak, susah nak hadap ke mulut sayur-sayur tu, tak tertelan... hehe!
Macam-macam sayur di bolehkan untuk di buat kerabu. Sayur kampung paling banyak yang sesuai di buat kerabu seperti pucuk paku, ulam raja, selom, nangka muda, bunga kantan, daun kaduk dan banyak lagi. Sayur lain adalah seperti taugeh, peria, tomato, timun, lobak merah juga sesuai di buat kerabu. Di tambah dengan bahan iringan seperti kerang, udang, daging, ayam, ikan dan macam-macam lagi. Di perisakan pula dengan belacan, limau kasturi dan cili merah atau cili api kecur air liur di buatnya...huhu!
Mari kita semak 7 resepi kerabu yang akan aku paparkan di sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Sesuai di buat juadah tengahari dan juga malam. Sangat memggiurkan juadah kerabu yang aku kongsikan di sini. Selepas ini bolehlah buat kerabu ni. Senang sangat, tak perlu banyak proses memasak di dapur. Hanya lebih kepada proses tumbuk dan gaul sahaja, siap... hihi!
- 1 - Kerabu Taugeh Bersama Kerang
Bahan-bahan:
2 cawan tauge
5 batang kacang botol
1 biji bawang besar - boleh kurangkan
1 biji cili merah - boleh ditambah
1/2 cawan udang kering
1 cawan isi kerang rebus - boleh ditambah
jus limau nipis secukupnya
sedikit belacan
kerisik secukupnya
garam dan gula secukup rasa
*boleh ditambah cili api jika sukakan pedas
Cara:
Bersihkan kacang botol dan potong nipis. Kemudian bersihkan tauge dan celur dalam air panas selama 5 saat saja, kalau nak rangup tak payah celur pun tak apa. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu.
Tumbuk udang kering, belacan dan cili merah sampai lumat, perah limau kasturi dan ambil jusnya. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah mengikut citarasa.
- 2 - Kerabu Nangka Muda
1 kg isi nangka muda
Bahan tumbuk
3 Biji cili besar merah
15 biji cili api( ikut kepedasan sendiri)
2 inci lengkuas
2 inci halia
5 batang serai
Seinci belacan bakar
Segenggam ikan bilis..basuh bersih dulu
Sebiji bawang besar saiz besar
2 biji limau nipis
Pati ikan bilis - jika suka
Sebiji kelapa parut
Garam dan gula secukup rasa
Caranya
Potong-potong basuh bersih nangka muda. Rebus sehingga empuk dan masak. Leraikan nangka muda yang g direbus itu supaya lebih halus.
Tumbuk bahan tumbuk hingga betul-betul lumat. Kelapa parut blender sekejap dengan sedikit air. Jangan jadi santan. Hanya sekejap saja.
Masukkan bahan tumbuk bersama nangka dan bawang besar yang telah di hiris nipis dalam satu bekas. Masukkan juga kelapa parut blender tadi
Perasakan limau nipis,garam dan gula serta pati ikan bilis jika suka. Jika suka lebih masam boleh tambah lagi limau nipis. Dah siap gaul sebati, bolehlah di hidangkan.
- 3 - Kerabu Bunga Kantan
Bahan:
10 kuntum bunga kantan | dimayang halus
2 batang serai | dimayang halus
2 ulas bawang merah | ditumbuk
30gm halia | ditumbuk
10 biji lada hitam | ditumbuk
20gm udang kering | ditumbuk
½ biji kelapa parut
2 sudu makan gula
Garam secukup rasa
Air asam jawa secukupnya
Cara-cara:
Masukkan bunga kantan dan serai ke dalam sebuah bekas. Selepas itu masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.
Masukkan kelapa parut, air asam jawa, gula dan garam secukup rasa. Gaulkan kesemuanya hingga sebati. Sedia dihidangkan
- 4 - Kerabu Pucuk Paku
Bahan:
2 ikat pucuk paku.
1 biji santan bahagi dua ; separuh goreng separuh ambil santan.
4 ulas bawang merah
Sesudu kecil lada hitam
3 ekor ikan selayang rebus
1/2 sudu makan garam
1 1/2 sudu makan gula
Sedikit air untuk merebus pucuk paku
Cara:
Panaskan air sehingga mendidih. Bilaendidih baru masukkan pucuk paku. Kacau sehingga ia bertukar warna dan toskan. Kelapa bahagikan dua. Separuh blendarkan dengan segelas air masak. Separuh lagi goreng tanpa minyak. Goreng hingga kekuningan. Tips goreng: bila pegang ia rasa rangup dan senang nak hancurkan.
Tumbuk lada hitam, bawang merah dan isi ikan selayang rebus. Ketepikan. Masukkan kelapa tadi ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama bahan yang ditumbuk. Selepas itu, boleh masukkan bahaj perasa garam dan gula.
Boleh masukkan pucuk paku tadi. Gaul sebati sebelum masukkan santan. Santan tu agak agak ye. Bukan semua dimasukkan. Ikut selera memasing. Just nice nak bagi basah sikit sikit.
- 5 - Kerabu Peria
Bahan:
Peria
Ikan kembung
Bawang besar
Cili padi
Lmau nipis
garam dan perasa secukupnya
Cara :
Peria dipotong nipis-nipis dan rendam dalam air garam selama 5 minit. Ikan kembung gaul ngan sedikit garam dan goreng sekejap. Ikan yang siap digoreng, diambil isinya sahaja. Tumbuk isi ikan tersebut.
Hiris bawang besar dan cili api.Gaulkan semua bahan tadi bersama-sama peria yang telah direndam dengan air garam tadi tambah perasa secukupnya. Perahkan air limau nipis. Siap.
- 6 - Kerabu Daun Selom
Bahan:
1 ikat daun selom (hiris halus)
1 labu bawang besar (dihiris)
1/2 cawan kelapa parut
3 biji limau kasturi@xdak blh jer guna jus limau
Bahan Kisar :
3 bijiCili Merah
3 biji Cili Padi
Belacan sikit
2 sudu mkn udang kering
Garam secukup rasa
Gula
Cara :
Masukkn bahan kisar dalam kuali, masuk kelapa parut, goreng sampai agak keringmasuk jus limau..tutup api.
Masuk daun selom..bawang yg dihiris. Perasa garam gula semua secukup rasa... SIAP!!!!!
- 7 - Kerabu Daun Kaduk
Bahan A:
4 tangkai cili padi
1 sdk belacan bakar
1 sdk gula
1 sdk garam
bahan diatas ditumbuk.
Bahan B:
4 sdb kerisik
2 sdb air asam jawa
1 sdb jus limau nipis@kasturi
Bahan:
20 helai daun kaduk(dicelur dulu)
1 biji bawang besar
1 biji tomato
*bahan diatas dihiris.
Caranya:
Bahan A dicampur dengan bahan B. Gaulkan biar sebati.Kemudian campurkan dengan bahan C. Gaulkan dengan sebati. Boleh di rasa, untuk mendapat hasil rasa yag memuaskan.
Boleh juga tambah bahan-bahan jika lain sekiranya di perlukan dan sesuai citarasa. Bila dah siap, bolehlah di hidangkan. Sedappp!!
Inilah 7 resepi kerabu yang mengecurkan air liur dan mengancam selera. Semoga resepi ini bermanafaat untuk kita semua. Bila sudah di simpan dalam blog ni, mudah aku nak mencari resepi. Kalau tidak, bahan dah sedia, terkial-kial mengggoogle mencari resepi kembali. Kalau salin dan simpan dalam buku, hilang juga. Simpan dalam blog lagi mudah... kan!
Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI
p/s: Berselera sentiasa tu yang tak tahan tu, terbabas diet jadinya... hoho!
Nyummm memang kerabu sedap. Penambah selera 🤤
ReplyDeleteaduhai. sedap nyer kerabu.
ReplyDeleteaida paling suka kerabu kacang botol.
krup krap krup krap bila makan dgn nasi.