Anak-anak sudah bermula kembali ke sekolah untuk sessi 2020. Para ibu mesti pening memikirkan sarapan pagi yang mudah dan semestinya berkhasiat untuk anak-anak makan sebelum ke sekolah. Tidak kira suri rumah dan wanita bekerjaya, inilah dilema yang sering di hadapi. Buntu mencari sarapan pagi yang mudah dan jika masak sarapan yang sama setiap hari, anak-anak menjadi jemu dan tidak menjamah makanan.... haihh!
Faktor ringkas dan cepat di sediakan juga perlu di ambil kira selain faktor sedap dan mengenyangkan
Seeloknya proses menyediakan bahan untuk di masak di lakukan sebelum tidur pada malamnya dan keesokan hari mula memasak. Ini akan mempercepatkan menyediakan dan memasak hidangan. Tak perlu menunggu lama dan kerja memasak menjadi senang dan tidak leceh lagi.
5 Resepi Sarapan Pagi Mudah Untuk Anak-anak Sebelum Ke Sekolah
- 1 - Lempeng Tepung Gandum
Lempeng tepung gandum memang sesuai dimakan untuk sarapan pagi sebab cepat kenyang. Cicah pula bersama lauk gulai kari semalam. Memang sedap dan menggiurkan. Boleh juga di cicah dengan sambal tumis ikan bilis atau sambal sardin.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
2 cawan air masak
1 sudu kecil garam halus
1 biji telur
Cara-cara:
Semua bahan-bahan disatukan dan kacau dengan whisk atau kisar dengan mesin pengisar (blender) supaya tak berketul sehingga adunan sebati seperti gambar di bawah.. Selepas dikisar, masukkan adunan ke dalam mangkuk.
Letak setitis minyak pada non-stick pan dan ratakan.. Ambil satu senduk bancuhan (batter) tadi dan ratakan dalam bentuk bulatan dalam kuali. Jangan terlalu tebal atau nipis, ikut kesesuaian dan citarasa masing-masing.
Bila bahagian bawah telah garing, balikkan lempeng sehingga kedua-dua bahagian masak. Angkat dan ulang proses hingga semua adunan habis.
p/s: Kalau buat bancuhan pekat dan di gelek atas pencanai, boleh jadi capati. Boleh juga di campur kelapa, dah jadi lempeng kelapa. Sedap juga!
- 2 - Cucur @ cekodok
Persediaan cucur atau cekodok ini mudah dan boleh dipelbagaikan. Samada buat cucur tepung gandum semata di tambah gula atau cucur tepung gandum campur kelapa parut. Boleh juga buat cucur ikan bilis di tambah sayur-sayur pilihan. Ataupun nak lagi sedap dan berperisa, buat cucur udang.
Pembuatannya sangat mudah bak kata orang boleh pejam mata pun boleh menjadi. Pendek kata bahan-bahan asasnya hanya tepung gandum, air dan telur jika nak tambah. Bahan lain, pandai-pandailah sesuaikan sendiri. Di sini aku sertakan resepi cucur ikan bilis untuk rujukan.
Bahan-bahan-
3 cawan tepung gandum
Segenggam ikan bilis
3 biji bawang merah
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit untuk pewarna kuning
1 sudu makan cili kisar - Jika nak sedikit pedas
Air dan minyak masak secukupnya
Cara-cara:
Ikan bilis di buang kepala dan di bersihkan serta di tumbuk kasar. Bawang merah di hiris halus. Masukkan tepung gandum, ikan bilis tumbuk dan bawang merah ke dalam sebuah bekas. Gaul tepung gandum bersama bahan-bahan trsebut. Masukkan juga serbuk kunyit dan garam. Masukkan juga cili kisar jika suka adunan terasa sedikit pedas.
Seterusnya masukkan air secukupnya. Adunan seperti membuat cekodok pisang iaitu sedikit lembik tetapi masih boleh di bentuk dan di masukkan ke dalam kuali dengan menggunakan tangan. Panaskan minyak secukupnya ke dalam kuali untuk menggoreng adunan cekodok bawang ini. Bila minyak sudah cukup panas, ambil sejemput adunan dan masukkan ke dalam kuali.
Lakukan berulang kali memasukkan adunan sehinggga hampir penuh di kuali. Selepas itu balik-balikkan adunan apabila kekuningan dan kecoklatan. Apabila sudah masak, bolehla di angkat dan di hidangkan. Sedap di makan bersama sos cili. Makan begitu saja pun dah sedap sebenarnya... huhu!
p/s: Cekodok pisang, cekodok jagung, cekodok labu juga boleh di olah dan di buat menu sarapan. Sedap sangat!!
- 3 - Nasi Goreng
Menu nasi goreng juga boleh di buat untuk sarapan pagi. Apapun nasi perlu di tanak pada malamnya untuk mempercepatkan proses menggoreng nasi. Bahan-bahan lain juga oleh di sediakan pada malamnya. Pada waktu pagi, hanya perlu menggoreng terus nasi di dalam kuali.
Menu nasi goreng boleh di pelbagaikan dengan macam-macam ramuan. Nasi goreng biasa, nasi goreng kampung, nasi goreng kerabu, dan pelbagai lagi nasi goreng yang boleh di buat untuk sarapan pagi. Di sini aku sertakan resepi nasi goreng kampung untuk tatapan pembaca.
p/s: Cekodok pisang, cekodok jagung, cekodok labu juga boleh di olah dan di buat menu sarapan. Sedap sangat!!
- 3 - Nasi Goreng
Menu nasi goreng juga boleh di buat untuk sarapan pagi. Apapun nasi perlu di tanak pada malamnya untuk mempercepatkan proses menggoreng nasi. Bahan-bahan lain juga oleh di sediakan pada malamnya. Pada waktu pagi, hanya perlu menggoreng terus nasi di dalam kuali.
Menu nasi goreng boleh di pelbagaikan dengan macam-macam ramuan. Nasi goreng biasa, nasi goreng kampung, nasi goreng kerabu, dan pelbagai lagi nasi goreng yang boleh di buat untuk sarapan pagi. Di sini aku sertakan resepi nasi goreng kampung untuk tatapan pembaca.
Bahan-bahan:
3 cawan nasi
Secekak kangkung
15 biji cili api
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/4 inci belacan
1/2 cawan ikan bilis
2 biji telur
Kicap secukupnya
Minyak masak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
1/4 dari seketul kiub ayam (jika suka)
Cara membuatnya:
Kangkung di potong-potong dan di bersihkan. Cili api di tumbuk atau di kisar lumat bersama bawang merah, bawang putih dan belacan.
Ikan bilis di goreng garing dan di ketepikan. Tumiskan bahan tumbuk dengan sedikit minyak. Dah wangi, masukkan kicap dan kiub ayam. Kacau sebati. Masukkan sedikit gula dan garam secukup rasa.
Kacau, kacau dan kacau, seterusnya masukkan sayur kangkung. Goreng bersama sehingga kangkung bertukar warna dan layu. Selepas itu masukkan telur.
Bila telur dah agak nak membeku, kacau dan masukkan nasi. Kacau rata. Percikkan kicap jika warnanya kurang gelap atau jika perlu.
Perasakan dengan garam dan gula sekali lagi untuk memastikan rasanya sesuai dengan selera. Masukkan ikan bilis yang telah di goreng garing.
- 4 - Meehoon, Mee, Kuay Teow Goreng
Meehoon goreng juga boleh di jadikan sarapan yang mengenyangkan. Walaupun kerjanya renyah tapi bahan-bahan untuk memasak jika di sediakan pada malam harinya, proses memasak pasti lebih cepat.
Meehoon goreng juga boleh di jadikan sarapan yang mengenyangkan. Walaupun kerjanya renyah tapi bahan-bahan untuk memasak jika di sediakan pada malam harinya, proses memasak pasti lebih cepat.
Meehoon boleh di rendam pada malamnya dan sewaktu memasak pada pagi hari boleh di toskan untuk di masak. Sayur dan boleh di sediakan terlebih dahulu pada malamnya. Cepat dan mudah dan senang untuk melakukannya pada pagi tu. Di sini saya sediakan resepi meehoon yang mudah.
Bahan-bahan:
1 paket meehoon
2 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 hiris halia
1 cawan taugeh dan kucai atau sepokok sawi
1 sudu makan udang kering atau ikan bilis
2 sudu makan cili giling
3 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap
1 biji telur ayam
1 keping fish cake
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Serbuk perasa - jika perlu
Minyak masak secukupnya
Cara-cara:
Meehoon di basuh bersih dan rendam sekejap sementara nak menyiapkan bahan-bahan lain. Bawang merah, bawang putih dan halia di tumbuk lumat. Tumbuk bersama udang kering atau ikan bilis. Taugeh dan kucai atau sawi di buang akarnya./ di potong dan dibersihkan. Fish cake di hiris dan di potong kecil.
Panaskan minyak masak secukupnya di dalam kuali dan masukkan bahan tumbuk. Tumis sehingga berbau wangi dan mula kekuningan. Masukkan cili giling dan di goreng hingga garing. Masukkan sos cili, sos, tiram dan kicap. Kacau semua bahan sehingga sebati. Masukan sayuran iaitu samada taugeh dan kucai atau sawi. Masukkan juga fish cake. Kacau sehingga sayuran nampak kecut dan layu.
Seterusnya masukkan meehoon yang di rendam tadi. Tak perlu toskan cuma jangan masukkan air rendam itu sekali. Kacau sebentar dan masukkan pula garam, gula dan serbuk perasa jika perlu. Sentiasa pastikan rasa meehoon sesuai dengan citarasa.
Kacau sebati semua bahan di dalam kuali. Jika meehoon nampak kurang lembut, masukkan sedikit air. Kacau lagi sehingga sebati. Buat begitu berulang kali sehingga meehoon menjadi lembut dan rasanya pun sebati. Bila sudah masak, boleh di angkat dan di hidangkan untuk di jamah.
p/s: Mee goreng dan kuey teow pun boleh sarapan pagi yang mudah.
- 5 - Pizza Roti
Menu yang ringkas dan amat mudah di sediakan. Sudah pasti sangat di sukai anak-anak. Bahan-bahannya pun mudah di dapati. Sudah pasti rasanya lazat dan mengenyangkan. Di sertakan di sini resepi ringkas ini.
Bahan-bahan :
Roti Gardenia
Keju
Sosej dicelur
Cendawan - potong kecil dan celur
Sos spagetti (jika tiada, sos cili biasa)
Bawang Merah potong halus
Cili besar - potong halus
Daun parsley
Cara:
Sapu roti dengan sos spagetti atau sos cili. Kemudian letak semua bahan-bahan yang telah dipotong tadi.
Setelah sesuai disusun semuanya, barulah letakkan keju diatas dan bakar dalam oven atau kuali dengan api sederhana.
p/s: Resepi Pizza Roti Gardenia Bakar sesuai dimakan seisi keluarga serta mengenyangkan. Bahan-bahan atas roti oleh di ubah suai dengan sardin atau tuna untuk lebih variasi.
Inilah 5 resepi antara yang menjadi pilihan aku untuk di buat sarapan pagi. Sebenarnya banyak lagi resepi ringkas yang boleh di buat oleh para ibu bapa di luar sana. Waktu pagi adalah waktu yang paling cepat berlalu. Jadi, yang paling ringkas itu adalah yang paling senang... betul tak?
Ada lagi yang paling senang iaitu kuih muih frozen yang banyak di jual oleh para peniaga sekarang ini. Nak lagi mudah beli, simpan peti sejuk, pagi-pagi boleh goreng untuk di jadikan sarapan. Itu cerita yang paling memudahkanlah. Terpulang... hahaha!
Nak baca serba sedikit informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Aku pun bukanlah seorang yang rajin buat sarapan pada waktu pagi, tapi sarapan tetap di sediakan walau hanya roti di sapu kaya sahaja.... huhu!
kadang anak malas makan, nak minum je. jadi kita shake shake protein. terus kenyang ^_^
ReplyDelete