02 December 2019

Resepi Cucur Udang Yang Cantik Kejadiannya dan Menggoda Rupanya...

Terjumpa sebuah resepi cucur udang yang tak pernah tahu letak yis dalam adunan cucurnya. Udang Seekor yang di letak terbaring atas cur itu pun nmpak cantik terletak saja. jadi aku nak abadikan resepi cucur udang itu dalam blog ini. Kalau aku biarkan, alamatnya tak terjumpa sudah resepi ini. Sudah pernah beberapa kali terjadi. Bagai nak gila mencari balik resepi dalam FB haram tak dapat. Tinggal kenangan sajalah... hurm!



Tuan punya resepi Puan Fauziah Yahya masak kuih cucur udang ini untuk di supply ke hotel katanya. Mesti kuih cucur udang ini special sangat-sangat sampai di tempah oleh hotel tu. Aku belek resepi ini pun sangat teruja sebab bahan rahsianya yang membuatkan kuih cucur udang gebu selama ini adalah yis.



Bolehlah nanti aku buat dan masak untuk keluarga waktu sarapan pagi atau minum petang. Pernah makan kuih cucur udang yang lembut dan gebu yang amat. Aku waktu itu tertanya-tanya macam mana kuih jadi gebu dan lembut. Aku biasa buat kuih  ini mesti keras kejung jer. Klau buat adunan lembik nanti serap minyak banyak pula. Ala... yis rupanya bahan rahsia itu.

Resepi Cucur Udang Yang Cantik Kejadianya dan Menggoda Rupanya...

Sumber: Puan Fauziah Yahya
(Group FB berkongsi ilmu kuih muih dan masakan)

Bahan-bahan:

1kg tepung gandum
Taugeh dan  kucai secukupnya
1 biji bawang besar potong nipis
Udang sederhana
Garam secukup rasa
1 paket kecik yis
Serbuk kunyit
Air secukupnya

Cara: 

Campurkan semua bahan kecuali yis & air dalam bekas besar. Gaul rata, masukkan air sikit-sikit sampai dapat adunan yang pekat sikit (macam cekodok). Masukkan yis dan gaul rata. Perapkan lebih kurang sejam atau sampai nampak ada buih-buih kecik pada adunan.

Cara goreng:

Panaskan minyak, rendam senduk dlm minyak sekejap. Ambik adunan letak dalam senduk, ratakan dan letak udang seekor. Goreng terendam, biarkan sampai nampak cucur dah lekang sendiri dari senduk baru tolak sikit dgn sudip untuk tanggalkan

Teruskan goreng sampai tahap garing yg kita nak.  Balik-balikkan sesekali untuk dapat cucur yang masak rata. Cucur ni biasa di makan bersama sos cili atau kuah sambal kacang tanah. Sedap Weyhhh!!

Aku terjumpa resepi ini dalam group berkongsi ilmu kuih muih dan masakan. Suka sangat aku apabila dapat resepi sebegini. Jadi suri rumah ni kena aktif mendapatkan ilmu masakan. Takkan nak masak yang biasa-biasa saja. Barulah suami dan anak-anak lebih menghargai dan memuji kepandaian kita.... hehe!

Nak dapatkan informasi dan resepi di blog ini, klik SINI

p/s; Nanti bila ada waktu terluang dan kelapangan aku nak buat dan seperti biasa kongsi di blog ini... huhu!

4 comments:

  1. Sha pun baru tahu rahsia cucur udang cantik kejadian ni adalah yis. Sebab kalau makan yang versi gebu macam ni, terfikir apalah teknik masak cucur gebu. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Allahu memang sangat menggoda lah bentuk cucur udangnya. Serius terbaik 😍

    ReplyDelete
  3. sgt suka cucur udang.
    kat melaka ni - kat alor gajah.
    kalau la buat sendiri, jimat byk tu.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...