15 December 2019

Para Isteri, Jangan Sesekali Throwback Kenangan Bersama Kekasih Lama....

Seringkali sekarang ini di media sosial terpampang cerita para isteri terjumpa kekasih lama (si dia) dan menyambung ikatan cinta sehingga rumahtangga bergoncang dan berlaku kecurangan. Ada terjumpa di majlis reunion sekolah, kolej dan juga universiti. Tak terkecuali juga berjumpa kembali di media sosial khisusnya faacebook. Wahai para isteri, jangan sesekali throwback kenangan bersama kekasih lama, agar tidak mengundang padah dan kecurangan. 

Para Isteri, Jangan Sesekali Throwback Kenangan Bersama Kekasih Lama....
Para Isteri, Jangan Sesekali Throwback Kenangan Bersama Kekasih Lama....

Setelah bertahun-tahun bersama pasangan adalah satu kemestian untuk melupakan cinta atau kekasih lama. Lagipun sudah semestinya kekasih lama itu pun sudah menjumpai cinta baru dan berkeluarga seperti anda juga. Campakkanlah jauh-jauh kenangan bersama kekasih lama. Usah di throwback atau imbas kembali kenangan itu. Tiada maknanya kerana ia akan hanya membuat banyak hati yang terluka.



Selain itu ia akan membuat kehdupan sendiri kucar kacir jika kecurangan di ketahui oleh pasangan masing-masing. Maruah diri juga akan tercalar teruk. Apatah lagi anak-anak pasti akan hilang rasa hormat pada ibubapa. Banyak lagi natijah yang bakal berlaku. Masyarakat juga akan memandang serong kepada keluarga yang berantakan dan bercerai berai. Mau ke jadi begitu?

Para Isteri, Jangan Sesekali Throwback Kenangan Bersama Kekasih Lama....


- 1 - Menghapus kenangan lalu
Jangan  ingat, jangn peduli, buat tak tahu sekiranya terjumpa kembali. Anggap si dia seperti kenalan biasa atau orang yang tidak di kenali  Sibukkan diri dengan membuat dan memikirkan perkara lain ataupun jauhkan diri sejauh mungkin, sekiranya ada cubaan pihak lain atau sesiapa saja untuk mengenang kisah lama itu. Hanya kenang kisah-kisah manis bersama suami dan anak-anak saja tau!

- 2 - Jangan kalah dengan perasaan
Tetapkan niat di hati untuk terus mencipta bahagia dengan pasangan (suami). Jangan sesekali kenang nostalgia silam yang menyiksa diri. Lagu kenangan ke, tempat kenangan ke, atau apa saja yang ada kenangan bersama si dia, buanglah jauh-jauh. Jangan sampai membuat anda terkenang kembali dan merasa sedih pilu  meratapi nasib yang menimpa. Perkara ini sudah tiada kena mengena pada diri. Barang yang lepas janganlah di kenang... huhu!

- 3 - Si dia sudah berkeluarga
Seperti si dia yang sudah berkeluarga dan berbahagia, anda juga pun sama. Wajar  mempunyai rasa cemburu kerana pernah ada perasaan sayang. Tapi tak perlulah di pedulikan sama sekali. Anda pun sedang meniti bahagia bersama keluarga dan anak-anak yang comel. Teruskan menjaga kebahagian dan keharmonian rumahtangga sendiri tanpa menggangu gugat kebahagian rumah tangga si dia. Fikirkan nantijahnya jika rumahtangga sendiri yang di gangu dan terganggu oleh orang ke tiga.

- 4 - Berhenti membuat perbandingan
Tak perlu membuat perbandingan kehidupan sendiri dengan kehidupan si dia. Rezeki, rupa paras, fizikal dan kurniaan yang ada adalah telah di tentukan masing-masing. Jangan sesekali membandingkan apa yang si dia ada dengan apa yang anda sekeluarga ada. Bersyukurlah dan redha dengan apa yang ada pada diri dan keluarga anda. 

-5 - Ingat hal-hal buruk waktu bersama
Untuk lebih menjauhkan diri, ingat hal-hal buruk waktu bersama si dia. Ingat waktu perpisahan yang menyakitkan, perkara yang buruk dan tak baik tentang si dia. pergaduhan dan sebagainya. Sudah pasti perasaan menyukai itu akan segera hilang. 

Sesungguhnya adalah satu kerugian untuk throwback kembali kisah lama bersama kekasih lama (si dia) itu. Buat menyemak dan 'mengabiskan bogheh' jer. Baik jaga suami dan  anak-anak dan pastikan anda sekeluarga menjadi keluarga sakinah dan mawaddah. Hargailah masa dan kehidupan bersama keluarga sendiri daripada mengenang masa yang telah berlalu. Bahagia itu diri sendiri yang rasa. Jadi syukurilah nikmat itu.

Set minda yang perkara yang tinggal sejarah ini tak mungkin dan tak akan berulang. Buang jauh-jauh cinta dan kehidupan yang telah berlalu. Banyakkan zikir, membaca Al-quran, mengikuti ilmu agama, pasti membatu untuk mendapat ketenangan dan kebahagiaan. Allah lebih tahu apa yang di perlukan untuk diri kita, Terimalah dengan redha. Pasti pengkhirannya lebih manis dan bermakna. Insya'allah....!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Tak ada maknanya nak throwback ke apa, tidak sesekali.... haihh!

3 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...