16 December 2019

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Pegaga Dan Belimbing Buluh, Uihh Sedapnya....

Untuk Kesekian kalinya dari beribu-ribu lemon kalinya aku masak lauk masal kelam cili api lagi. Sedap sunguh masak lemak cili api ni. Apatah lagi kali ini adalah masak lemak cili api telur itik campur sayur pegaga dan belimbing buluh. Kedua-dua sayur tu kegemaran en. suami. Jadi kena sungguhlah dengan regunya.

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Pegaga Dan Belimbing Buluh, Uihh Sedapnya....
Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Pegaga Dan Belimbing Buluh, Uihh Sedapnya....

Masa kecil di kampung dulu jarang sangat telur itik di jadikan lauk. Kebiasaannya telur itik di cari orang umtuk buat kuih bauhulu saja. Selain tu yang aku tahu buat telur masin. Itu di kampung aku di Perak nun. Di Negeri Sembilan lain ceritanya. Sejak berkahwin dengan en. suami orang Negeri Sembilan baru ku tahu, telur itik amat popular di masak lemak cili api campur sayur-sayuran.

Aku adalah sejenis yang boleh masuk dengan apa jua juadah masakan dari mana tempat pun hatta dari luar negara sekali pun asalkan halal di makan. Jadi aku tak ada hal dengan apa jenis masakan pun. kalautak sedap makan sikit, sedap makan banyak. Lain halnya dengan seorang adik aku ni yang menumpang sekejap di rumah aku. Geli geleman dia dengan telur itik di buat gulai. Apa nak kata, lain orang lain tekaknya.... huh!



Resepi macam biasa, dah berpuluh kali aku letak di blog ini dan blog resepi aku yang satu lagi. Cuma tukar bahan utamanya iaitu telur dan sayur-sayurnya. bagi yang tak menggemari gulai masak lemak cili api yang pedas, kurangkanlah penggunaan cili apinya. Kami sekeluarga memang sukakan kepedasan tahap dewa punya. Kalau tak rasa pedasnya ke tulang hitam, tak sedap kata en. suami dan anak-anak. Jom kita semak resepinya.... 

Masak Lemak Cili Api Telur Itik Campur Pegaga Dan Belimbing Buluh, Uihh Sedapnya....


Bahan-bahan: 

4 biji telur itik
1 ikat pegaga
12 biji belimbing buluh
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Telur itik di bersihkan kulitnya dan di toskan. Pegaga buang batang dan akarnya yang keras dan di bersihkan.  Belimbing buluh di buang pangkal dan hujung serta di belah dua. Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah. Serai di titik hujungnya

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai. Masukkan juga secawan santan pekat. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Masukkan sekali pegaga dan belimbing buluh.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah itu, dengan berhati-hati pecahkan sebiji demi sebiji telur itik ke dalam gulai yang sedang mendidih. Sambil tu kacau perlahan-lahan agar telur tidak pecah berserak di dalam gulai.

Setelah telur nampak  hampir keras, masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk hidangan tengahari dan  malam.

Bila masak lauk masak lemak cili api ini, kena masak nasi lebih sebab teruja makan akibat kesedapannya. En. suami suka lauk ni, memang kegemaran dia.lah. Anak-anak pun lebih kurang sama juga macam ayahnya. Tak jemu-jemu dengan lauk ini. Sedap belaka katanya. Aku tetap maintain tak tergoda takut diet ke laut dalam....  hehe!

Nak dapatkan pelbagai resepi masak lemak cili api di blog ni... klik SINI

p/s: Tak podeh, tak sodapp, Pandai-pandailah korang sesuaikan rasakan.. aihhh!!!

8 comments:

  1. favorite sy ni.. letak pucuk pegaga dia punya urmmm klu makan tambah banyak kali..

    ReplyDelete
  2. uish belum penah makan lagi menu resepi camni, itik dengan pegaga dan belimbing buluh :D

    ReplyDelete
  3. uih, sodap nyer nih.
    belimbing buluh tu yg buat lebih mantop!

    ReplyDelete
  4. wow sedapnya masak lemak telur itik tapi tak penah cuba letak pegaga

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...