08 December 2019

Hokkaido Chiffon Cupcakes Resepi Azlina Ina Yang Gebu Gebas Cute Jer!

Kali ini nak aku nak kongsi resepi Hokkaido Chiffon Cupcakes resepi Azlina Ina yang terkenal dengan tagline gemokningnya tu. Sesungguhnya aku sudah mencuba buat cupcake ini. Keknya lembut, gebu gebas cair di mulut dan sedap sangat. Aku sebenarnya tak pernah makan kek versi hokkaido ni. Tak taulah sama ke tidak dengan cupcake hokkaido di mana-mana sebelum ini. Tapi aku boleh jamin Hokkaido Chiffon Cupcakes resepi Azlina Ina in memang sedap banget...!

Hokkaido Chiffon Cupcakes Resepi Azlina Ina Yang Gebu Gebas Cute Jer!
Hokkaido Chiffon Cupcakes Resepi Azlina Ina Yang Gebu Gebas Cute Jer!

Dah lama juga aku berkeinginan nak makan Hokkaido Chiffon Cupcakes. Tapi masih tak tergerak hati nak buat. Setelah itu aku dapat ilham apabila terjumpa resepi yang di kongsi Azlina Ina di laman page nya iaitu Azlina Ina Fans. Maka pada satu hari minggu sebulan yang lalu, terjadilah kejadiannya.



Apabila siap di bancuh dan aku masukkan dalm oven, sudah nampak sangat kegebuannya. Bagaikan sebiji span yang mengembang lembut kegemukan kegebuannya. Teruja sungguh aku melihat kejadiannya. Apatah lagi apabila di suntik dengan krim kastard yang melting tersembur tu. tambah lagi di tabur bedak gula ising... hehe!

Hokkaido Chiffon Cupcakes Resepi Azlina Ina Yang Gebu Gebas Cute Jer!


Bahan-bahan:

A
4 biji telur putih
4 sudu makan gula halus
1 sudu teh cream tartar
(kalau tak ada boleh ganti cuka makan)

B
4 bji kuning telur
3 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
(kalau tak ada, minyak masak pun boleh)

C
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
Secubit garam halus

Cara:

Asingkan putih terlur dari kuningnya. Ambil putih telur, tambah 4 sudu makan gula halus dan 1 sudu teh cream tartar. Gunakan mixer dan mix sehingga bancuhan menjadi meringue iaitu menjadi bancuhan yang pekat, putih melepak dan apabila di terbalikkan adunan dari mangkuk tak jatuh.

Kuning telur pula di campur dengan 3 sudu besar gula halus, 1 sudu kecil esen vanilla. Kacau di dalam mangkuk lain sampai sebati. Seterusnya ayak 1/2 cawan tepung gandum bersama 1/2 sudu teh baking powder. Ayakkan sekali 2 sudu besar tepung jagung dan secubit garam halus.

Berbalik kepada kuning telur tadi, masukkan 1/2 cawan susu segar sedikit demi sedikit dan kacau rata.bersama 1/4 cawan minyak jagung sambil di kacau rata. Seterusnya masukkan tepung yang di ayak tadi ke dalam adunan kuning telur. Kacau rata

Selepas itu masukkan sesenduk demi sesenduk meringue tadi denga cara mengaup balikkan sampai habis. Kacau rata dan sebati. Masukkan ke dalam cawan muffin 3/4 adunan penuh adunan setiap satu bekas.

Bakar dengan suhu 160 celcius dalam masa 30 minit. Masa tengah masak tu, kegebuan terlebih sikit tapi apabila masak, kek ini akan turun sedikit kegebuannya. Apabila sejuk, bolehlah di lubangkan di tengahnya dan paipkan krim kastard ataupun whipping cream dan cream cheese. Aku buat krim kastard jer.

Hokkaido Chiffon Cupcakes
Hokkaido Chiffon Cupcakes 

Resepi Krim Kastard

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
200 ml susu segar
4 sudu besar gula
1 biji telur
1 sudu besar mentega

Cara:

Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Kacau sehingga tak berketul dan tapis. Masak sehingga pekat dan paipkn ke dalam cupcake. Ayakkan sedikit gula ising di atas cupcake. Dah siap, boleh makan.

Aku susun resepi ini ikut cara aku. Senangkan aku sekiranya nak menggunakan kembali resepi ini. Kalau ikut dan tengok resepi Azlina ina bagi tu, berterabur susunan dan arahannya. Mungkin dek kesibukannya, tak sempat dia nak olah resepi tu leklok. Tak apa, aku faham juga jalan resepinya. Aku tulis resepi tu balik jer... huhu!

Nak dapatkan pelbagai resepi di blog ini, klik SINI

p/s: Sangat puashati dengan rasanya. Lepas ni berangan nak buat kek cheese leleh Azlina Ina pula. Moga akan hadir kerajinan itu nanti... hihi!

2 comments:

  1. Tengok sini, mesti rasa nak cooking, baking. haha

    ReplyDelete
  2. azlina memang kongsi resepi yg gerenti jadik.
    kek ke.
    biskut ke.
    semua jadik lah in shaa Allah.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...