21 December 2019

DIY Jimatkan Penggunaan Pencuci Pinggan Mangkuk Dari Sebotol Dapat Hingga Menjadi 5 Liter

Baru-baru ni tular di media sosial pencuci pinggan mangkuk cecair sunlight dan seumpamanya boleh di jimatkan menjadi berbotol-botol cecair pencuci. Wah, boleh menjimatkan duit tu. Aku, sebagai seorang surirumah memang suka sangat apabila dapat tahu perkara sebegini. Mana tidaknya, boleh menjimatkan penggunaan pencuci pinggan mangku dari sebotol dapat hingga menjadi 5 liter.

DIY Jimatkan Penggunaan Pencuci Pinggan Mangkuk Dari Sebotol Dapat Hingga Menjadi 5 Liter
DIY Jimatkan Penggunaan Pencuci Pinggan Mangkuk Dari Sebotol Dapat Hingga Menjadi 5 Liter

Tak terfikir dek akal boleh buat DIY sebegini. Orang yang mula-mula dapat idea sebegini memang genius orangnya. Kalau ada majlis dan kenduri kendara, DIY sebegini memang di perlukan untuk membasuh pinggan mangkuk yang banyak itu. Memang menjimatkan sungguh. Kalau tidak, berbotol-botol membeli untuk acara sebegini.



Pada suri rumah yang kerjanya sering membasuh pinggan mangkuk kotor, bolehlah menggunakan duit yang di jimatkan untuk perkara-perkara yang lain yang memberi faedah kepada seluruh keluarga. Misalnya seperti menabung, melancung ataupun sekali sekala makan di luar. Tentu hari-hari seorang suri rumah akan menjadi lebih indah apabila ada barang keperluan yang boleh di jimatkan... hehe!

DIY Jimatkan Penggunaan Pencuci Pinggan Mangkuk Dari Sebotol Dapat Hingga Menjadi 5 Liter


Bahan: 

Sebotol 1.5 liter pencuci pinggan mangkuk yang pekat
Contoh seperti Sunlight atau seumpamanya.
Secawan garam halus
5 liter air
Sebuah baldi yang besar
Bekas atau botol untuk menyimpan cecair pencuci

Cara-cara:

- Dalam sebuah baldi besar isi 5 liter air, pencuci pinggan dan garam. Gaul sebati. 

- Selepas itu, ia boleh di gunakan untuk mencuci pinggan mangkuk seperti biasa. 

- Simpan bahan pencuci dalam botol ataupun bekas yang sesuai. 

- Pastikan di jauhi dari anak-anak kecil. Takut diingatnya minuman yang sedap pula.

- Sabun pencuci pinggan sebanyak  ini boleh tahan hampir sebulan sekiranya penggunaan banyak.

Dengar kata pada yang sudah mencuba membuatnya, buih masih banyak lagi dan pencucian tetap bersih seperti biasa. Itu yang bersemangat aku nak mencubanya. Esok nak membeli pencuci pinggan mangkuk yang jenis cecair. Kebiasaanya di rumah aku ini guna pencuci pinggan mangkuk jenis sabun yang dalam bekas tu. 

Tukar cara DIY ini lebih jimat nampaknya. Dengan ini aku bolehlah berjimat perbelanjaan dapur selepas ini. Tak sabarnya nak cuba membuat DIY ini. Aku panjangkan perkongsian ini agar semua pembaca setia blog aku ini mendapat manafaatnya.

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Di ucapkan ribuan terima kasih pada pemberi idea yang bernas ini... huhu!

#sumber FB Ina Rose - Resepi Homemade & Petua Dapur Grup

4 comments:

  1. ada juga baca dkt fb..best juga ni..dpt husband yg suka cuci piring hbis kmbng sabun dibuatnya..haha

    ReplyDelete
  2. whoooaa good idea juga ek macam ni. nanti boleh habaq kat umi buat macam ni.

    eh alaa tapi baru teringat, kat rumah biasa guna pencuci pinggan yang jenis bukan cecair hahahaha.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...