29 December 2019

Cara Mudah Tanam Bawang Merah, Lebih Menjimatkan, Tak Payah Membeli...

Mari kita belajar tanam bawang merah pula sekarang ini. Bukan nak buat ladang tapi cuma sekadar untuk kegunaan sendiri dan menjimatkan belanja dapur. Di sini aku nak kongsi cara mudah tanam bawang merah Tak susah rupanya tanam bawang merah ini. Tapi mestilah dengan penjagaan yang betul. Dah tau cara mudah tanam bawang merah, tak payah membeli dan pasti menjimatkan.. kan!

Cara Mudah Tanam Bawang Merah, Lebih Menjimatkan, Tak Payah Membeli...
Cara Mudah Tanam Bawang Merah, Lebih Menjimatkan, Tak Payah Membeli... 

Sekarang ini di sana sini sibuk dengan berita harga bawang telah menjadi mahal dari biasa. Ini di sebabkan musim tengkujuh   dan banjir di negara pembekal terbesar bawang iaitu India. harga bawang telah mencecah RM12 sekologram yang kebiasaannya hanya RM6 sahaja. Walaubagaimanapun mahal atau murah,  tetap kena beli juga sebab ia merupakan satu keperluan dalam masakan

Jadi kalau ada tempat atau kawasan yang di sinari cahaya matahari penuh  di halaman rumah, walaupun hanya sekangkang kera eloklah berusaha menanam serba sedikit untuk keperluan dapur. Seperti yang di ketahui bawang merah memang menjadi antara bahan utama dalam masakan. Hampir semua masakan Malaysia ada menggunakan bawang merah sebagai bahan seperti telur dadar, masak kicap, masak sambal dan lain-lain lagi. Kalau tak ada bawang, agak-agak menjadi tak lauk gulai atau masakan... haihh!



Negara kita bukanlah terlalu sesuai untuk penanaman bawang, Tapi tidaklah bermakna kita tidak boleh menanam bawang merah di sini. Hasil penanaman tidak sebagus dan sebaik seperti di negara asal tapi masih boleh di gunakan juga. Bawang tak besar seperti yang biasanya kerana bawang perlukan cahaya matahari 13 jam bagi menghasilkan bebawang berkualiti. 

Malaysia hanya menerima di antara 6-8 jam pancaran cahaya matahari yang menyebabkan bawang berbunga awal dan hasil bawang tidak mejadi besar dan elok. Sebab itulah India antara pengeluar bawang terbesar kerana negara sana menerima cahaya 12-13 jam sehari pada musim panas. Tapi tak apa, kita tanam saja dulu, mana tahu menjadik... huhu!

Cara Mudah Tanam Bawang Merah, Lebih Menjimatkan, Tak Payah Membeli... 


Nisbah media tanam:
Lebihkan pasir dari tanah dgn nisbah 2:1
*Pasir 2 bahagian campur anah berkebun 1 bahagian.

Tanam di tempat terbuka.
Musim panas,siram cukup-cukup saja, jangan siram air banyak. Jika lebih air bawang jadi busuk, mereput dan buruk.

Potong bawang 1/3 untuk percambahan cepat. Potong sebelah atas bawang hingga nampak isi tengah dan bahagian bawah bawang, potong sedikit sahaja akarnya.

Benamkan 3/4 sahaja bawah bawang atas tanah. Jangan timbus bawang dalam tanah sepenuhnya. Tunggu bawang naik daun dlm 4 atau 5 inci, barulah ditimbus bawang itu. Kerap gemburkan tanah disekeliling bawang baik untuk pertumbuhan bebawang baru. Bila sudah banyak keluar bebawang, jangan timbus dahm biarkan sahaja.

Pembajaan 2 kali seminggu guna baja AB, bancuhan seperti biasa.
*Boleh juga guna lain-lain baja yg di fikirkan baik.

Dua bulan selepas ditanam, ia sudah boleh dituai. Jika pokok bawang berbunga, jangan di biarkan, terus petik dan buang kerana ia hanya akan merencatkan pembesaran bawang. Bawang yang dituai akan di jemur atau di gantung di atas para penyidai  untuk dapatkan bawang yang siap di gunakan.

Semoga dengan informasi penanaman ini memberi manafaat pada kita semua. nanti aku akan praktikkan  cara penanaman ini untuk kebun aku yang sekangkang kera ini nanti. Berangan-angan sungguh aku nak bercucuk tanam dengan jayanya di kawasan rumah baru ini. 

Nak dapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Selain boleh dapat bawangnya untuk di buat masakan, daun bawang pun sedap masuk dalam masakan atau di buat cucur udang... huhu!

#kredit info dan pic fr: FB Puan Azlina Mat Lazim

4 comments:

  1. Adoi tak sanggup nak tanam sebab tak penah nak menjadi. Haha

    ReplyDelete
  2. berbudi kpd tanah pasti ada hasilnya..

    ReplyDelete
  3. pnh tanam tp duan bawang je tumbuh..bawang nth ke mana..tanah kt rumah plak jenis lembab..x sesuai tanam bawang

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...