Belek punya belek FB dengan membaca pelbagai cerita, terjumpa satu petua yang berupaya menghilangkan sakit tekak dengan berkesan. Bagus sungguh petua ini dan mudah pula caranya. Boleh simpan di rumah bahan ini, apabila nak di gunakan mudah saja caranya. Tak perlu mencari ubat di klinik lagi sekiranya sekadar sakit tekak yang biasa sebab petua dari bahan semulajadi ini berupaya menghilangkan sakit tekak dengan berkesan, Insya'allah!
Petua Dari Bahan Semulajadi Yang Berupaya Menghilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan |
Aku ada teringat satu drama bersiri China yang aku tonton beberapa tahun dahulu di tunjukkan cara begini untuk membuat ubatan demam, selsema dan batuk. Si isteri siap bekalkan suami yang nak pergi merantau sebotol bahan ini untuk menjaga kesihatan. Aku rasa bahan inilah yang di buat. Persis inilah dia... !
Bahan untuk membuat ubatan semulajadi yang berupaya menghilangkan sakit tekak, batuk dan selsema ini adalah lemon dan madu. Lemon dan madu memang di ketahui umum sebagai sangat berkhasiat. Orang tua-tua pun selalu pesan kalau demam, batuk dan selsema kena amalkan minum air lemon panas dan madu. Tetapi kenapa ya?
Lemon dan madu, kedua-duanya mengandungi antibakteria, sifat antioksidan yang meningkatkan sistem imun. Madu membantu melegakan sakit tekak, menjadikannya penghilang batuk yang berkesan dan semula jadi. Ini meningkatkan keupayaan tubuh untuk melawan jangkitan dan mengurangkan risiko demam.
Kemanisan semulajadi madu juga boleh mengimbangi rasa kepahitan lemon. Lemon adalah buah sitrus yang kaya dengan vitamin C. Vitamin C dikenali untuk membantu tubuh membina sistem imun. Vitamin C menjaga sistem imun yang kuat dan meneutralkan radikal bebas dalam badan seterusnya mengurangkan keradangan dan bengkak.
Kemanisan madu akan merangsang kelenjar salivary dan mendorong pembebasan lendir melalui saluran udara. Selain itu, kesan madu antimikrob dan antioksidan menghalang pembentukan lendir, seterusnya memberikan kelegaan daripada batuk.
Di sebaliknya, lemon membantu meningkatkan imuniti terhadap jangkitan ini, dan bila kita minum campuran lemon dan madu yang dituang ke dalam air panas, ia mencairkan lendir, menenangkan tekak, dan membersihkan saluran udara yang terjejas.
Bahan ini di kalangan orang Korea di kenali dengan nama sirap lemon korea atau lemon chung. Ia adalah salah satu bahan penting di dapur Korea. Mereka banyak menggunakannya untuk membuat teh lemon panas, lemon sejuk, dan sos lemon untuk pelbagai hidangan.
Sirap lemon Korea sangat mudah dibuat. Apa yang diperlukan adalah limau dan gula, itu sahaja Ini adalah resipi asal lemon chung. Tapi untuk perubatan gula putih itu lebih sesuai dan lebih baik di gantikan dengan kemanisan madu.
Petua Dari Bahan Semulajadi Yang Berupaya Menghilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan
Bahan:
Botol kaca
Lemon
Madu
Sterilkan botol kaca dalam air mendidih dan biarkan ia kering. Kebanyakan lemon yang dijual di pasaran mempunyai salutan waxy di permukaan. Ianya mungkin terdedah kepada racun perosak juga. Kita perlu basuh lemon dan gosok dengan baking soda. Tujuannya untuk membuang mana-mana sisa kimia pada kulit lemon.
Kemudian, gosokkannya dengan garam halus untuk mengeluarkan lapisan lilin di luar. Bilas dengan air dan lap lemon hingga kering. Potong lemon dengan hirisan yang nipis. Keluarkan kesemua bijinya. Biji lemon menyebabkan sirap akan terasa pahit tidak kira berapa madu yang kita tambah.
Jika kita menggunakan 200g lemon, kita juga memerlukan 200g gula. Nisbah 1: 1! Tapi nak buat tanpa gula putih, jadi gantikan dengan sebotol madu, seeloknya madu yang asli. Perlahan-lahan, tuangkan madu ke atas lemon. Biarkan lemon tenggelam dalam larutan madu. Tutup bekas dengan ketat.
Biarkan dalam suhu bilik atau dalam peti sejuk selama 3 hari penuh. Tunggang balang keatas dan kebawah setiap hari untuk kemanisan madu tu sampai ke seluruh balang. Lama kelamaan, campuran ini akan mula menjadi jeli yang lembut.
Apabila anda mengalami kesakitan dan memerlukan sesuatu untuk melegakan kerongkong, sudah tiada masaalah lagi. Bolehlah membuat segelas teh lemon panas dalam masa yang singkat dengan sirap lemon korea ini. Hanya tambah sedikit air panas.
Tambahkan 2-3 sudu teh lemon chung ke dalam cawan. Beberapa halia yang dihiris boleh menambah keselesaan yang terbaik yang anda perlukan. Biarkan selama 3-4 minit dan hirup. Jom kita berubah dan bergantung kepada bahan semulajadi yang hebat ini untuk masalah sakit tekak, batuk, demam dan selsema.
Nak mendapatkan lebih informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Bukan menolak ubat klinik tau. Hanya satu alternatif yang lain. Jangan silap faham!
#sumber FB Noriza Rahman
#pic fr google
terima kasih perkongsian.Bolen buat ni..
ReplyDeletegood one kak... tengah batuk teruk ni
ReplyDelete