Sementelahan aku dalam proses diet ini, aku mula berjinak-jinak mencari menu yang sesuai untuk berdiet. Maka aku mula mengumpul bahan untuk di buat menu sarapan pagi iaitu overnight oats bersama susu. epal kismis dan madu. Setelah di kumpulkan aku mula membuat overnight oats bersama susu, kismis, epal dan madu ini. Masa tu tak taulah apa rasanya. Pada aku oat adalah sejenis bahan yang tak ada rasa... hahaha!
Overnight Oats Bersama Susu. Kismis, Epal Dan Madu, Pertama Kali Buat Dan Rasa, Bolehlah... |
Mula-mula aku rasa kepelikan sikit, kenapa di panggil overnight oats. Kini barulah kutahu iaitu untuk sarapan, ia di buat pada waktu malam dan di makan keesokan paginya. Umtuk menu overnight oats ini di sarankan menggunakan rolled oats. Beza rolled dengan instant oat adalah rolled oat lebih kenyal dan instant oat cepat mengembang macam makanan bayi dan biasanya ada kandungan gula.
Oat sesuai di jadikan hidangan sihat kerana penuh dengan serat dan memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ada yang mengatakan, nak sihat, nak jaga jantung kena makan oat. Tapi sebenarnya itu semua mitos. Makanlah dengan cara yang berpada-pada. Yang betulnya oat sesuai untuk di jadikan sarapan pagi yang mudah untuk orang berdiet yang malas nak masak waktu pagi.. kekekeh!
Overnight Oats Bersama Susu. Kismis, Epal Dan Madu, Pertama Kali Buat Dan Rasa, Bolehlah...
Bahan yang aku guna untuk buat overnight oats ini selain rolled oat yang aku beli di laman web shopee adalah susu low fat dutch lady. Ingatkan susah nak cari rolled oat, rupanya berlambak ada di pasaraya. Tapi di pasaraya Mydin tak ada. Selain itu aku beli di pasaraya adalah epal merah dan hijau. Seterusnya kismis hitam dan kuning. Takutkan oat tak ada rasa, aku beli madu sekali.
Bahan-bahan Overnight Oats Bersama Susu. Kismis, Epal Dan Madu |
Seterusnya, pada malam berikutnya aku mula membuat overnight oats cara aku. Mula-mula dalam sebuah bekas yang mempunyai penutup, masukkan oat dalam separuh bekas. Masukkan susu lebih sedikit dari paras oat. Masukkan kismis pula. Anggaran itu agak-agak sendiri nak banyak mana. Seterusnya masukkan epal hijau dan merah yang telah di potong dadu. Tutup bekas dan goncang seketika. Simpan dalam peti sejuk semalaman. Siap!
Keesokan paginya aku mula merasa overnight oat ini. Bolehlah di makan dan di telan setelah di letak buah-buahan itu. Terasa masam masam manis dek buah epal hijau dan kismis yang aku letak di dalamnya itu. Sejak itu, aku rajin buat overnight oats ini. Sesekali aku campur pisang dan strawberry pula. Kalau tak ada campuran apa-apa, barulah aku letak madu.
Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
Nak lihat pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Anak-anak pun dah gemar. Aku makan, ada saja yang minta di suapkan semulut dua. Tak cukup ni, kena buat lebih dari biasa... hehe!
Teringin nak buat jugalah..
ReplyDeletesedap2, saya pun suka jugak overnight oats ni ^_^
ReplyDeletedulu selalu buat overnight oat, tapi sekarang suami isteri malas. hahaha
ReplyDelete