Al kisahnya aku teringin nak buat sendiri muffin coklat yang cantik, gebu gebas dam sedap seperti di sebuah kedai kek tak jauh dari rumah aku. Asyik nak membeli saja, tak laratlah walau harganya murah juga, dalam RM1 sebiji. Jadi aku godek resepi di FB. Terjumpa gambar muffin coklat resepi Azlina Ina di laman FB. Nampak sedap dan meggiurkan serta resepinya pun tak renyah mana. Akhirnya terjadilah muffin coklat resepi Azlina Ina buat sendiri, lahai!
Pic Muffin Coklat Resepi Azlina Ina Buat Sendiri Menjadi Kembung Gebu Gebas Kejadiannya |
Teruja aku tengok kejadiannya. Menjadi kembung gebu gebas kejadiannya. Sama seperti yang aku harapkan seperti di kedai kek itu. Rasanya pun marveles sangat, malah lebih sedap dari yang di kedai itu. Teruja aku di buatnya. namun muffin ini aku ada derhaka sikit iaitu aku tak letak milo. Aku sekalikan dari 4 sudu besar sebuk koko dan 3 sudu besar milo aku jadikan 7 sudu besar serbuk koko saja. Itu je yang lainnya.... hehe!
Aku buat dalam bekas muffin saiz sederhana dan letak adunan separuh saja. Itupun melimpah adunan keknya apabila mengembang masak di oven. Sampai tersembul muffin itu keatas. Seronok aku di buatnya, Kiranya muffin aku ini menjadi dengan jayanya. Seterusnya aku akan simpan rapi resepi ini dan akan buat lagi dan lagi apabila ada kesempatan... huhu!
Muffin Coklat Resepi Azlina Ina Buat Sendiri Menjadi Kembung Gebu Gebas Kejadiannya
Bahan-bahan:
2 biji telur - pastikan suhu bilik
1 sk esen vanila
3/4 cawan susu segar
3/4 cawan gula perang halus
10 sb minyak masak / butter yang di cairkan
1 1/2 tepung naik sendiri
1 sk soda bikarbonat
6 sb susu tepung
4 sb serbuk koko
3 sb milo
Secubit garam halus
2 - 3 titis pewarna coklat emulco
Coklat rice atau coklat chips
Cara-cara;
Telur di pecahkan di dalam bekas dan di pukul sedikit. Masukkan esen vanila. Masukkan susu segar, gula perang dan miinyak masak. Tak perlu mixer, hanya kacau saja dengan senduk atau whisk saja biar sebati.
Ayak bersama, tepung naik sendiri, soda bikarbonat, susu tepung, serbuk koko, milo dan garam halus. (Untuk resepi ni aku tak letak milo, jadi milo tu aku tambah serbuk koko juga).
Masukkan bahan yang di ayak ke dalam campuran telur. Masukkan juga pewarna coklat emulco. Kacau hanya menggunakan whisk sampai bercampur sebati. Adunan sederhana pekat iaitu tidak terlalu pekat dan tidak juga terlalu cair.
Gambar Sebelum Masuk Oven Muffin Coklat Resepi Azlina Ina Buat Sendiri |
Masukkan ke dalam acuan muffin pilihan dalam anggaran setengah acuan atau lebih sedikit. Tabur coklat chips atau coklati rice secukupnya ikut keinginan sendiri. Panas kan oven dalam 180 bergantung pada oven masing-masing.
Bakar dalam masa 25 hngga 30 minit. nak tau masak ke tidak cucuk adunan dengan lidi. Lidi keluar bersih, tanda adunan sudah masak. Dapat dalam 10 - 12 muffin bergantung besar atau kecilnya acuan atau banyak mana adunan letak dalam acuan.
Memang cantik dan sedap muffin coklat aku ni. Puashati sangat-sangat. Telah terbukti sungguh, resepi Azlina Ina ini tak mengecewakan. Bertuah rasanya dapat buat muffin ini. Rasa macam aku ni dah pandai sangat buat muffin. Yang sebenarnya selalu ke laut dalam jer. Semuanya berkat resepi dari Azlina Ina... kan!
Nak pelbagai resepi di bog ini, klik SINI
p/s: Kalau ada kesempatan, akan aku cuba lagi macam-macam resepi dari Azlina Ina ni...
#sumber FB page Azlina Ina Fans
wah menggodanya muffin coklat tu. rasa nak telan terus ja ni. hehehehe
ReplyDeleteammi pun guna recipe Azlina Gemokning ni.
ReplyDeletepergh..gebunyaa
ReplyDeleteUish tengok gambar pertama pun dah menarik. Bestnyaa
ReplyDeleteSedapnya muffin coklat ni..lapar pulak rasa hehehe
ReplyDelete