21 November 2019

Masak Lemak Cli Api Daging Pekasam Bersama Kacang Panjang Dan Belimbing Buluh, Uhh Bukan Kepalang Sedapnya!

Masak lemak cili api lagi yang tak sudah-sudahnya. Kali ini giliran masak lemak cili api daging pekasam pula. Di iringi pula dengan kacang panjang dan belimbing buluh. Satu gandingan serasi bersama gitu Apabila di sebut daging pekasam, mesti meleleh air liur para penggemarnya. Daging pekasam ni, selain di goreng, di buat masak lemak cili api daging pekasam lagi lah sodap, pergh!

Masak Lemak Cli Api Daging Pekasam Bersama Kacang Panjang Dan Belimbing Buluh
Masak Lemak Cli Api Daging Pekasam Bersama Kacang Panjang Dan Belimbing Buluh

Daging pekasam ini sudah pastinya dari produk buatan aku sendiri iaitu PEKASAM ANNUR. Jangan korang tak tau taglinenya "Sedap Menghantui Hingga Ke Akhir Suapan" tau! Pekasam daging mana-mana pun boleh tapi Pekasam Annur lagi sedap mengancam, tak gitu. Produk sendiri, mesti puji lebih-lebih, tapi di jamin sedaplah...! 



Apalagi, laju en. suami dan anak-amak makan. Habis nasi seperiuk satu tengahari tu dek penangan masak lemak cili api dagung pekasam ini. Sedap, terangkat, melekat sungguh rasa dan baunya. Aku pula puas control diet dan terbabas sikit jugalah. Dari diet suku-suku jadulah tiga suku nasi di pinggan..... hahaha!

Masak Lemak Cli Api Daging Pekasam Bersama Kacang Panjang Dan Belimbing Buluh, Uhh Bukan Kepalang Sedapnya!


Bahan-bahan: 

1 paket Pekasam Daging Annur
7 tangkai kacang panjang
12 biji belimbing buluh
2 cawan santan pekat
17 biji cili api
1 inci isi kunyit (besar ibu jari)
2 biji bawang merah (kecil)
1 batang serai
1 keping asam keping
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :

Pekasam Daging Annur  di bersihkan dari beras gorengnya dan di potong kecil jika perlu. Kacang panjang di potong-potong dalam seinci panjang. Belimbing buluh di buang pangkal dan hujung serta di belah dua. Cili api di tumbuk bersama isi kunyit hingga lumat. Setelah itu tumbuk lagi bersama bawang merah. Serai di titik hujungnya

Selepas tu masukkan bahan tumbuk kedalam periuk bersama serai. Masukkan juga secawan santan pekat. Masukkan sekali asam keping. Didihkan periuk bersama bahan-bahan tumbuk. Masukkan sekali kacang panjang dan belimbing buluh.

Sentiasa kacau bahan di dalam periuk untuk mengelakkan santan berketul dan pecah minyak. Setelah itu, masukkan secawan lagi santan serta perasakan dengan garam dan gula. Kalau nak lebih berkuah, boleh tambah lagi air. 

Masukkan garam dan gula sedikit demi sedikit sambil merasa bahan masakan untuk memastikan mendapat rasa yang bersesuaian. Bolehlah di angkat dan di hidangkan untuk hidangan tengahari dan  malam.

Bila masak lauk masak lemak cili api ini, kena masak nasi lebih sebab teruja makan akibat kesedapannya. En. suami suka lauk ni, memang kegemaran dia.lah. Anak-anak pun lebih kurang sama juga macam ayahnya. Tak jemu-jemu dengan lauk ini. Sedap belaka katanya... hehe!

Oh lupa plak... Nak order PEKASAM DAGING ANNUR boleh whassap 011-62848524 atau boleh saja order di laman shopee. Search Kedai Online Annur tau. Jadi jangan tunggu-tunggu lagi, order jangan tak order. Bye!

Nak dapatkan pelbagai resepi masak lemak cili api di blog ni... klik SINI

p/s: Untuk yang nak kurang pedas, kurangkan jumlah cili api nyer... Tak podeh, tak sodapp, Rasakan.. aihhh!!!

5 comments:

  1. Aduhai terliur, cantik warna kuah masak lemak cili api daging pekasam, mesti sedap!

    ReplyDelete
  2. terima kasih kongsi resepi. tengok gambar pun dah sedap

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  3. saya biasa makan ikan pekasam je.Daging pekasam tak cuba lagi

    ReplyDelete
  4. kena cuba masak resepi ni. Musim banjir ni selalu lapar je...

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...