09 November 2019

Angkara Terlupa Topup Maxis Prepaid, Tak Dapat Kesudah Nombornya...

Sedihnya aku apabila tak sedar no. prepaid talian telefon bimbit Maxis terlupa nak topup iaitu terlewat selama 2 minggu dari tarikh di tamatkan talian. Rasanya dah cukup ingat nak topup tapi terlupa juga. Angkara terlupa topup Maxis prepaid, aku terpaksa mengucapkan selamat tinggal talian Maxis. Bukannya sengaja terlupa topup Maxis prepaid aku tu. Dah terjadi, nak buat macam mana lagi!

Angkara Terlupa Topup Maxis Prepaid, Tak Dapat Kesudah Nombornya...

Aku tak sedar sudah terlewat dalam 14 hari dari tarikh tamat tempoh. Ironinya aku jual topup pada jiran tetangga tapi topup telefon sendiri jadi lupa. Rasa macam baru saja aku topup talipon tu. Banyak lagi kredit dalam tu. Rugi pun satu hal di buatnya. Tapi sampai hati Maxis tak layan keinginan aku nak dapatkan nombor talipon aku tu balik. Aku pengguna setia kot..!!



Sebenarnya punca aku tak dapat balik no. tu di sebabkan ia atas nama anak bongsu aku yang belum cukup umur 18 tahun. Sekarang ni Maxis ada peraturan yang mensyaratkan jika no. talipon sudah tamat tempoh, nak dapatkan balik kena ambil plan postpaid dan berusia 18 tahun ke atas. Kalau di bawah 18 tahun tak boleh....


Angkara Terlupa Topup Maxis Prepaid, Tak Dapat Kesudah Nombornya...


Itulah puncanya dan aku nak mohon nombor tu balik atas nama aku pula. Macam susah pula dan banyak karenahnya. Di mintanya aku ambil plan RM98 sebulan. Tak apalah kan, asal boleh dapat balik. Setelah hampir seminggu aku buat permohonan, tak ada pun dorang call aku mengatakan nombor itu boleh mohon balik ketidak....!

Akhirnya aku pergi ke kaunter Maxis itu balik nak bertanyakan permohonan aku tu. Di beritahu permohonan aku tu masih dalam proses dan di ingatkan balik aku kena ambil plan RM98 itu. Aku mengiyakan saja. Tunggu sampai ke sudah tak ada pun dorang call aku apa-apa. Jadi aku anggap permohonan aku tak berjaya.

Ini pun bukan no. talipon utama aku. Nasib baik jugalah. Nombor utama aku asalnya pakai talian Maxis juga tapi aku dah tukar ke talian lain yang lebih flexible. Nasib baiklah juga. Nombor kedua ini aku setia guna Maxis sebab lama juga aku menggunakan talian ini. Jadi lebih faham caranya. Bila tak dapat balik talian ni, nak kata apa lagi.. kan!

Sedih jugalah tapi yang hairannya aku ni pelanggan setia Maxis ni. Agaknya Maxis dah ramai sangat pelanggan, itu sebab dia tak kisahkan kehilangan seorang pelanggan yang macam aku ni. Terpaksalah aku lepaskan nombor itu dengan berat hati dan ambil nombor lain dari telco yang lain. 

Takkan nak ambil nombor Maxis lagi. Nanti terjadi angkara lupa dan tak dapat layanan yang sepatutnya lagi. Aku ambil Unifi Mobile sajalah. Beza Unifi Mobile ni, selagi masih ada topup di dalam dan di gunakan, talian takkan di tamatkan. Jadi lebih mudah untuk aku uruskan. Tak adalah ada isu terlupa topup lagi seperti talian Maxis. 

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Seterusnya aku angkat tangan tinggi- tinggi dan ucapkan... Hai, hai, bye, bye Maxis yer.... !!!

4 comments:

  1. Ish..ish..maxis ni. Sampai hati. Takpelah, maxis tak nak, banyak je telco lain

    ReplyDelete
  2. Sedih kan tapi nak buat camna, hidup kena diteruskan juga 😅

    ReplyDelete
  3. sayangnya nombor tu kak, takda rezeki.. semoga bertemu plan yang memahami kehendak kita.

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...