23 November 2019

Ketahui Rupa Bentuk Rempah Ratus Sebelum Di Keringkan Dan Sampai Ke Dapur Rumah Kita

Rempah ratus yang kebiasaannya di campur ke dalam masakan di beli setelah di keringkan dan di bungkus rapi. Ada di antara kita tidak ketahui rupa bentuk rempah ratus sebelum di keringkan itu. Hanya tahu rupanya dan tahu kegunaannya untuk di gunakan dalam masakan seharian. Wajarlah untuk kita ketahui rupa bentuk rempah ratus sebelum di keringkan ini. Kalau tak ada rempah ratus ini, tak menjadilah masakan di rumah kita.... kan!

Ketahui Rupa Bentuk Rempah Ratus Sebelum Di Keringkan Dan Sampai Ke Dapur Rumah Kita
Ketahui Rupa Bentuk Rempah Ratus Sebelum Di Keringkan Dan Sampai Ke Dapur Rumah Kita

Ada yang rempah ratus ini yang rupanya agak pelik sebelum di keringkan. Ada pula tak di sangka rupanya amat berlainan setelah di keringkan. Seperti pokok buah-buahan pun ada. Ada juga rupanya cantik seperti bunga baby breath yang buat hiasan bersama jambangan bunga ros tu. Berbunga putih dan kuning kecil itu rupanya cantik sangat. Macam sesuai di buat hiasan.... huhu!

- 1- Buah Keras



Pokok buah keras tumbuh sehingga 15-25 meter tingginya, dengan dahan-dahan yang merampak. Daunnya sederhana dan berbentuk telur dan hujung yang tajam. Panjangnya 10-20 sentimeter, dengan warna yang hijau pucat. Rasa dan tekstur buah keras adalah lebih kurang sama dengan kacang macadamia dengan kandungan minyak yang serupa tinggi. Ia sedikit beracun ketika mentah, dan sering dipergunakan dalam masakan Melayu dan Indonesia.

- 2 - Bunga Lawang



Bunga lawang ialah sejenis rempah yang banyak digunakan dalam masakan Melayu. Ia dikatakan berasal dari Indochina dan Jepun. Selain digunakan dalam masakan Melayu, ia juga boleh ditemui dalam masakan Timur Tengah dan India. Masyarakat Cina menamai rempah ini sebagai bat gok atau ba jiao (八角) yang bererti "segi lapan" atau "oktagon", bersesuaian dengan bentuk bunga lawang yang mempunyai lapan kelopak. Bunga lawang mempunyai bau wangi dan kuat. 

Bunga lawang sebenarnya bukannya bunga sebaliknya adalah buah yang dihasilkan oleh sejenis pokok kecil. Tinggi pokoknya boleh mencapai hingga 8 meter. Ia mempunyai bunga yang cantik berwarna kuning. Ia membiak melalui biji benih. Buahnya dipetik sebelum ranum dan dikeringkan menggunakan cahaya matahari. Bagi masyarakat Melayu, bunga lawang digunakan untuk menumis, menambah aroma masakan seperti nasi minyak, sup berempah, beriani, masakan lauk-pauk berempah seperti daging, makanan laut dan ayam.

- 3 - Jintan Putih



Mempunyai dahan lembut bercabang dimana daun berbulu dan bunga terhasil dari hujung dahan yang pecah. Saiz daun disekitar 5 hingga 10cm berbentuk pinnate atau bipinnate. Bunga berbentuk kudup berwarna putih; apabila kudup tersebut pecah, bunga putih (jintan putih) akan terhasil. Buah jintan berbentuk lateral fusiform iaitu bujur menirus dan membujur di hujung (avoid acne) dengan saiz 4.0mm hingga 5.0mm. buah atau biji jintan terkandung dalam 1 pecahan tangkai bunga.

- 4 - Buah Pelaga



Buah pelaga antara rempah ratus paling tua di dunia. Ia merupakan tumbuhan semulajadi di timur dan berasal dari dalam hutan di selatan India. Ia tumbuh secara meliar. Kini, buah pelaga turut ditemui di Sri Lanka, Guatemala, Indo China dan Tanzania. Orang Mesir kuno dikatakan telah mengunyah biji buah pelaga sebagai pencuci gigi, manakala orang Greek dan Roman menggunakannya sebagai minyak wangi. Buah pelaga merupakan rempah yang kedua mahal selepas saffron. Terdapat banyak jenis buah pelaga tetapi hanya spesies Elettaria cardamomum dikatakan sebagai buah pelaga sebenar. 

Pokok buah pelaga merupakan herba tahunan dan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae. Boleh dikatakan ia tergolong dalam keluarga halia dan lengkuas. Ðaunnya berbentuk lonjong dengan pangkal dan hujung agak runcing. Buah berbentuk kotak, terdapat dalam tandan kecil dan pendek. Ia bulat memanjang, berlekuk, bersegitiga, agak pipih, kadangkala berbulu, berwarna putih kekuningan atau kuning kelabu. Mempunyai tiga ruang dan setiap ruang dipisahkan oleh selaput senipis kertas. Setiap ruang berisi 5 hingga 7 biji-biji kecil, berbentuk bulat telur berwarna coklat atau hitam serta mempunyai aroma yang harum. Ðalam ruang-ruang ini, biji-bijinya tersusun dua baris memanjang dan melekat antara satu sama lain.



- 5 - Jintan Manis



Pokok jintan manis boleh mencapai ketinggian 30 hinga 50cm dengan panjang batang 20 hingga 30 cm. Daun tumbuhan ni berwarna hijau dengan saiz 5 hingga 10 cm panjang dan ianya ringan seperti bulu ayam. Di sisi daun terdapat paksi seperti benang. Bunga jintan manis berwarna putih kekuningan yang terlekat pada umbels. Saiz buah jintan manis serupa dengan buah jintan putih iaitu 4.0mm hingga 5.0mm panjang.

Jintan manis ini selain jintan putih dan ketumbar juga merupakan antara rempah yang sering disesuaikan secara bersama untuk masakan. Ia telah digunakan dalam pelbagai masakan, daripada masakan India hinggalah ke masakan Itali, dan kesemua bahagian tumbuhan digunakan, termasuklah daun, biji, dan bebawangnya.

- 6 - Lada Hitam



Lada hitam adalah salah satu rempah ratus yang digunakan dalam masakan bagi rakyat Malaysia, Asia Tenggara dan juga orang Eropah. Ini kerana aroma dan rasa pedas yang terbit dari lada hitam dan lada putih menambahkan rasa enak sesuatu masakan. Lada hitam adalah rempah di dunia yang paling diperniagakan. Ia adalah salah satu rempah yang paling biasa yang dimasukkan ke dalam masakan Eropah. Kepedasan lada hitam adalah disebabkan oleh kimia piperine. Ia banyak didapati dalam dunia yang moden ini, sering berpasangan dengan garam.

- 7 - Halba



Halba ialah tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Di tanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, Halba juga sering digunakan untuk memasak kari. Halba mungkin asing bagi sesetengah orang sedangkan ia biasa digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan terutama yang berasal dari Timur Tengah. Halba digunakan dalam masakan harian orang Melayu dan India. Di Terengganu halba adalah salah satu ramuan dalam adunan nasi dagang.

- 8 - Ketumbar



Ketumbar merupakan sejenis tanaman dari keluarga Apiaceae yang dikategorikan sebagai tanaman rempah ratusr Tanaman ini dipercayai berasal dari kawasan Eropah Selatan, Benua Afrika Utara dan Kawasan Asia Barat. Rakyat Malaysia menggunakan ketumbar dalam bentuk biji ketumbar dan juga daun ketumbar dalam makanan mereka. Saya rasa ketumbar mesti ada setiap masa dalam simpanan di dapur kerana khasiatnya dan memberikan rasa makanan yang sangat lazat.

Tumbuhan ketumbar adalah sejenis tumbuhan yang lembut dengan ketinggian mampu mencapai sehingga 50 cm dengan batang yang lembut. Daun ketumbar berwarna hijau, bergigi dan berbentuk 'open lobed' serta berbagai bentuk lain. Daun ketumbar mempunyai aroma yang kuat dan sering dijadikan ramuan penting masakan Thai Tomyam atau nasi minyak. Batang Ketumbar berwarna hijau yang sederhana lembut. Bunganya berwarna putih atau merah jambu yang lebar 5-6 cm dan lebar 2-3 cm. Komponen terpenting ketumbar adalah bijinya yang buat berwarna cokklat kekuningan bersaic garispusat 1-2 mm. Biji-biji ketumbar kering merupakan bahagian yang dikomersilkan sebagai produk ekspot beberapa negara pengeluar didunia.

- 9 - Cengkih



Cengkih merupakan sejenis tumbuhan yang bunganya digunakan sebagai rempah sejak zaman dahulu lagi. Ia terdapat dengan banyaknya di Zanzibar, Madagascar dan Indonesia. Rempah cengkih merupakan kuntum bunga pokok cengkih yang dikeringkan. Pokok yang berasal dari Maluku, Indonesia ini turut ditanam di Madagascar, Zanzibar, India dan Sri Lanka. Pokok cengkih merupakan sejenis tumbuhan malar hijau yang wangi dan tumbuh setinggi 8-12m. Daun-daunnya berkeadaan lelembing dan bergagang pendek. Bunga-bunganya terhasil pada setiap hujung ranting. Kudup-kudup bunga dipetik sebelum ia sempat mengembang menjadi bunga.

Pokok cengkih ditanam sepanjang tahun dan boleh tumbuh dengan ketinggian 10-20 m, mempunyai daun berbentuk lonjong yang berbunga pada pucuk-pucuknya. Kuntum bunga pada awalnya berwarna hijau, dan bertukar merah apabila sudah mekar. Pada waktu ini, cengkih sedia dikutip jika sudah mencapai panjang 1.5-2 cm. Di indonesia khususnya provinsi Sulawesi Utara, cengkih menjadi salah satu komoditi hasil pertanian utama.

Masyarakat Melayu tidak di nafikan mempunyai keistimewaan dan kreativiti tersendiri dalam memilih serta menggunakan rempah ratus yang bersesuaian bagi setiap jenis masakan yang di sediakan.Penggunaan pelbagai rempah ratus ini banyak membantu menjadikan masakan lebih lazat dan beraroma.

Terpegun aku melihat gambar rupa bentuk rempah ratus yang belum di keringkan dan dengan pokoknya sekali. Ini hanya sekadar sedikit ilmu pengetahuan. Asyik tengok yang kering saja. Nak juga tahu bagaimana rupanya yang masih segar... Ehh!

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Kalau boleh dapat benihnya, boleh juga di tanam. Nak guna, nak masak, petik jer, macam tumbuhan herba tu... hahaha!

#kredit : encikk info dot com
              wikipedia bahasa Melayu

3 comments:

  1. Thanks for sharing. Banyak dapat ilmu baru. Jintan putih tu yang macam baby breath kan

    ReplyDelete
  2. Comel je pokok jintan manis tu. thanks for sharing. ^^

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...