25 November 2019

Beberapa Petua Untuk Rumah Sentiasa Wangi, Kemas Dan Bersih Berkilat Tanpa Habuk Melekat

Ada banyak petua untuk rumah sentiasa wangi, kemas dan bersih berkilat tanpa habuk melekat. Tak perlu membazir dengan membeli pelbagai produk mahal. Hanya perlu guna produk yang biasa di gunakan di dalam rumah. Produk yang biasa di gunakan untuk perkara lain, rupanya boleh di gunakan dengan cara yang lain pula. Siapa sangka,  petua untuk rumah sentiasa wangi, kemas dan bersih berkilat tanpa habuk melekat ini hanya menggunakan bahan biasa yang di gunakan di rumah saja... haihh!

Beberapa Petua Untuk Rumah Sentiasa Wangi, Kemas Dan Bersih Berkilat Tanpa Habuk Melekat

Kiranya kita tinggal rajin atau malas saja untuk membersihkan dan mewangikan rumah. Adanya petua berkesan ini, makin bertambahlah kerajinan para suri rumah selepas mengetahui perkara ini. Mana tidaknya, kerja menjadi lebih mudah dengan adanya petua ini... huhu!

Beberapa Petua Untuk Rumah Sentiasa Wangi, Kemas Dan Bersih Berkilat Tanpa Habuk Melekat


- 1 - Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum.

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik
10 cawan air

Caranya: 

Mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda. 



- 2 - Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

1 penutup pencuci lantai
Cuka
Air panas

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

- 3 - Wangikan Rumah

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan:

1 penutup pelembut fabrik
Cuka

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih. Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

- 4 - Segarkan Bilik Air

Bahan-Bahan:
1 sudu kecil teh soda bikarbonat
1 sudu teh cuka
1 cawan air

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Apabila rumah berbau segar dan harum dek kerajinan  dan petua yang di gunakan mesti suasana rumah akan lebih nyaman. Sudahlah bahan-bahan yang di gunakan ini cuma bahan yang ada di rumah tetapi biasa di gunakan dalam cara yang lain. Menjimatkan sungguhlah begitu... kan!

Nak dapatkan lebih banyak tips, informasi dan petua, klik SINI

p/s: Kuatkanlah semangatku sehingga timbul kerajinan, sungguh-sungguh berdoa... haha!

# kredit Suzana Raman
             Che Bibah & Spatula

4 comments:

  1. Memang segar dan sentiasa wangi rumah bila cuba tips ni. ^^

    ReplyDelete
  2. singgah isnin
    sory hr nie bz x dan blogwalking

    ReplyDelete
  3. macam-macam kegunaan cuka ye..bukan sahaja untuk makan. thanks for sharing

    ReplyDelete
  4. Bahan pun yang ada di rumah. Dah takde alasan rumah tak wangi 😅

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...