25 October 2019

Wanpaku Sandwich, Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet Tuh!!

Aku di kejutkan dengan sandwich yang tengah viral sekarang ini iaitu wanpaku sandwich. Besar gedabak sandwich ini. Sebesar-besar mulut nak di ngangakan untuk di makan dan di kunyah. Rupa pun menarik setelah di letak sayur-sauran kedalam wanpaku sandich. Itulah menjadikan sandwich ini viral meletup-letup di laman sosial.

Wanpaku Sandwich, Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet tuh!!
Wanpaku Sandwich, Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet Tuh!!

Resipi asal wanpaku sandwich ni sebenarnya hanyalah 2 keping roti yang di apit bersama sayur-sayuran mentah pelbagai warna dan juga sebiji telur rebus dan sedikit seasoning. Memang tidak dinafikan ia nya memang hidangan yang sihat dan lengkapTapi kalau sudah di letak pelbagai perisa, di manakah dietnya... hahaha!

Pelbagai versi wanpaku yang viral sekarang ni, ada yang letak 2 dan 3 jenis protein, dah ada telur tambah pula kepingan ayam atau tuna. Belum lagi di tambah pula dengan hirisan keju serta sos & mayonis.. siap meleleh leleh lagi cheese & mayonis Makin bertambahlah kalori hidangan makanan tersebut. Aduh, du, du....!



Mari kita semak resepi yang aku dapat di grpup FB berkenaan masakan iaitu MAHN yang di kongsi oleh penama FB Nurasykin Ali. Nampak sedap dan berwarna-warni sungguh wanpaku sandwichnya. Katanya "cara buat sandwich ni memang macam tu. Disumbat dengan bermacam-macam sayur dan juga protien. Kebanyakkannya bagi yang bekerja akan makan sandwich ni waktu lunch hour"... gittew!

Wanpaku Sandwich, Roti Sandwich Viral Sesuai Untuk Orang Berdiet Tuh!!


Bahan-bahan: 

Kewpie Mayonnaise
Kewpie Dressing Roasted Sesame
Tuna
Cheese
Roti
Tomato cherry
Telur puyuh
Salad
Lobak merah

*Bahan ni boleh je ubah ikut selesa tekak masing-masing dan banyak mana yang di kehendaki yer!

Gambar Bahan-bahan Wanpaku Sandwich
Gambar Bahan-bahan Wanpaku Sandwich

Cara:

Sapukan roti dengan butter/marjerin. Bancuh tuna dengan kewpie dressing ni. Agak-agak jelah kuantitinya. Letak sekeping cheese atas roti. Kemudian salad. Lepas tu tuna. Ikut kesesuaian banyak mana nak letak.

Boleh susunkan telur puyuh, tomato dan lobak macam tu. Tutup dengan sekeping roti. Sapukan atas roti tadi dengan butter/marjerin. Kemudian layerkan satu lagi kepingan cheese. Susun atasnya dengan salad, mayyonaise dan lobak. Tutup dengan roti yang terakhir.Belah bahagian tengah. Siap dah! 

Simple je kata tuanpunaya resepi. Ikut cara asalnya, sandwich ni dibungkus dengan plastik atan baking paper. Dia ikut cara sendiri. Namun nanpak  kemas juga dan boleh terus simpan dalam chiller. Nak makan boleh buka mulut luas-luas dan terus ngap... ya tak?

Info Tentang Wanpaku Sandwich
Info Tentang Wanpaku Sandwich

Ingat, makin kecil saiz hidangan suatu makanan tersebut, makin rendahlah kalorinya. Bagi yang sedang menjaga kalori dan menurunkan berat badan, berhati-hatilah dengan saiz hidangan serta penambahan bahan perasa dalam sesuatu hidangan makanan tersebut. Jangan main sesedap rasa saja. Lebih baik perhatikan setiap kalori yang di ambil dalam wanpaku sandwich tu. 

Nak lebih informasi di blog ini... klik SINI

p/s: Tak teringin pun nak buat wanpaku sandwich, takut tak ada siapa yang nak makan. Banyak sangat, takut tak terabis... hahah!

#group FB MAHN

2 comments:

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...