22 October 2019

Tips Keluar Berjalan-jalan Bersama Anak Kecil

Keluar beriadah atau berjalan-jalan bersama anak kecil memang sangat mencabar. Mana lagi persiapan dan barang-barang yang perlu di bawa, apatah lagi dengan karenah mereka. Tambahan pula, bukan seorang tapi dua atau tiga orang anak kecil. Cabaran ini merangkumi bukan hanya dalam perjalanan jauh seperti balik kampung atau beruti ke mana-mana tempat, malah nak pergi ke pasaraya atau ke klinik pun perlukan persiapan. Di sini aku nak kongsi tips keluar berjalan-jalan bersama anak kecil.

Tips Keluar Berjalan-jalan Bersama Anak Kecil
Tips Keluar Berjalan-jalan Bersama Anak Kecil 

Walaupun mempunyai anak yang masih kecil, tidak semestinya tidak keluar atau beriadah kemana-mana. Macam aku dulu en. suami asyik mengatakan suruh aku tinggal di rumah tanpa kemana-mana masa anak masih kecil. Tapi aku kuatkan diri dan semangat angkut juga anak berjalan-jalan dan becuti dan aku pastikan segalanya lengkap dan latih anak untuk sentiasa berkelakuan baik. Lama kelamaan en. suami dah tak ambil kisah dah. Isterinya kan power woman... hahaha!

Tips Keluar Berjalan-jalan Bersama Anak Kecil 


- 1 - Rancang Perjalanan

Nak pergi ke kawasan yang dekat pun mesti di rancang. Apatah lagi kalau pergi ke perjalanan jauh seperti balik kampung atau bercuti ke pusat peranginan. Tempat yang dekat sekalipun kena di ambil kira. Samada ke klinik, pasaraya, kenduri kahwin atau sekadar ke rumah jiran tetangga. Bawalah persalinan sepasang dua juga lampin pakai buang secukupnya. manalah tahu poopoo dan kebocoran plak... huhu!

- 2 -  Persiapan Awal

Untuk perjalanan jauh pastikan anda menyiapkan bag terlebih awal. Antara tip untuk mempermudahkan anda menyusun barangan di dalam beg adalah dengan menyusun keperluan pakaian dan makanan mengikut hari. Semasa menyiapkan beg, masukkan barangan mengikut hari ke dalam beg plastik vakum untuk mendapatkan lebih banyak ruang di dalam beg bagasi. Seeloknya labelkan juga beg supaya  tidak terlupa.

- 3 - Ketahui Jarak Perjalanan

Berapa lama masa yang akan di ambil untuk anda sampai ke destinasi? Ketahui beberapa senarai barangan yang perlu anda sediakan untuk anak anda bagi keperluan sepanjang perjalanan. Bawalah persiapan dan bekal secukupnya. Sediakan beg untuk digalas. Masukkan sehelai dua baju tambahan bayi dan juga baju anda. Takut-takut si kecil terbocor! Jadi, dapatlah anda menukar baju bayi dan juga baju anda yang kotor itu dengan mudah dan tidak perlu menggeledah beg bagasi.



- 4 - Kemudahan Di Tempat Bercuti

Jika anda bercadang untuk menginap di hotel, homestay atau di rumah saudara mara pastikan anda ketahui beberapa aspek tentang tempat itu. Aspek keselesaan, keselamatan dan apa-apa saja yang berkaitan. Pastikan tempat itu tidak sukar untuk mendapatkan peralatan dan makanan/minuman anak kecil anda seperti lampin pakai buang, susu formula atau makanan anak kecil sekiranya di perlukan. Jika tidak, sila bawa bekalan secukupnya. 

- 5 - Sediakan perubatan kecemasan

Ini adalah antara yang sering di lepas pandang ketika melancong dengan anak kecil. Perkara yang tidak di jangka mungkin terjadi dan jika anda tidak membawa keperluan perubatan untuk anak-anak anda seperti ubat-ubatan. Mana tahu,tiba-tiba anak-anak tak sihat seperti batuk, demam, sakit perut dan masalah kesihatan lainnya. Selain itu pastikan anda tahu nombor panggilan kecemasan di tempat yang anda ingin tujui. Kalau ada kecemasan yang serius, bolehlah anda menghubungi nombor ini dengan cepat.

- 6 -  Stroller Atau Baby Carrier​

Anak berapa tahun? Sesuai bawa baby carrier atau stroller? Atau kedua-duanya sekali? Seeloknya yang mudah alih dan ringan. Kalau ada bajet lebih, sediakan yang jenis 2-in-1 yang mudah untuk di lipat-lipat. Yang ini mesti kena bawa, kalau tidak lenguh bahu mendukung anak. Apatah lagi sekiranya anak-anak masih kecil. Bukannya mereka suka nak berjalan-jalan sangat. Tak pasal-pasal menangis meraung mereka nanti. 

- 7 - Bertenang Dan Positif

Sebagai ibu bapa, anda haruslah sentiasa bertenang dalam menangani emosi anak anda.  Emosi anak-anak berkait rapat dengan emosi ibubapa juga. Sekiranya kita dalam mood yang tenang dan tidak serabut, pasti anak-anak akan terkesan dan seterusnya  keadaan dapat di kawal, Percayalah  dan bersikap positif dalam diri menyuntik serba sedikit kemandirian dalam jiwa anak-anak. Ini pasti menjadikan percutian bersama anak-anak  adalah menyeronokkan!

Yang paling penting, hayatilah perasaan keluar berjalan-jalan bersama anak kecil  ini  sebagai cabaran.. Jangan tertekan jika perkara yang tidak di duga terjadi, kerana percayalah, akan menjadikan ibubapa seorang yang lebih bersikap sabar! Tarik nafas, senyum dan gunakanlah kepakaran tersendiri untuk mengatasi masalah yang timbul. Sememangnya keluar berjalan-jalan dan travel dengan anak kecil memberikan pengalaman yang manis dan berharga buat ibu bapa.... 

Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI

p/s: Sekadar untuk berkongsi sahaja. Musim cuti sekolah bakal tiba, bolehlah lihat tips ini sebagai panduan,

4 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian tips

    ReplyDelete
  2. masa anak ammi kekecik dulu cukup tak suka berjalan jauh. rasa renyah sgt mcm2 nak pikir.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih tips, setuju tu paling penting apapun parents kena bertenang banyak2 masa bawa anak kecil keluar bersama.

    ReplyDelete
  4. kena pandai tackel anak2 kecil ni barulah trip kita seronok kan

    ReplyDelete

PENAFIAN

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di annurbe.noor@gmail.com


[PENAFIAN] www.huhahuhajerr.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.


Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.


Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Sekian...