Aku paling suka bila dapat tau boleh buat sendiri atau DIY Skrub bibir di rumah saja. Guna bahan-bahan yang ada di dapur rumah sendiri. Jangan tak tau, skrub bibir buat sendiri pun boleh jadikan bibir cantik bak delima merekah. Skrub bibir buat sendiri ini juga sudah pasti menjimat poket tanpa perlu berbelanja lebih. Tak gittew!!
Skrub Bibir Buat Sendiri Pun Boleh Jadikan Bibir Cantik Bak Delima Merekah Tau! |
Muka dah halus mulus, kulit dah gebu tapi tang bibir kusam dan lebam. Tambah lagi kering tak bermaya. Pakai lipstik sekejap saja bertahan merah merekahnya. Dah makan dan minun tampak ketara kusam dan lebam tu. Apatah lagi kalau pergi majlis atau kenduri kendara. Malu pula rasanya. Takkan asyik nak tenyeh lipstik saja kerjanya.
Terjumpa cara nak buat sendiri skrub bibir ni di FB. Bagaikan pucuk di cita ulam mendatanglah pada aku. Cara membuatnya pun senang, pantas dan siap dalam masa 5 minit saja. Rasanya aku pernah terjumpa skrub bibir yang di jual dalam talian. Ini buat sendiri, dah potong kos banyak. Kalau korang tak manafaatkan perkongsian ini, ruginya...!
Skrub Bibir Buat Sendiri Pun Boleh Jadikan Bibir Cantik Bak Delima Merekah Tau!
Bahan-bahan:
Gula pasir
Minyak zaitun
Vaseline
Bekas kosong
Cara:
Campurkan gula pasir, minyak zaitun dan vaseline hingga sebati. Tekstur bahan ini seeloknya seperti berpasir. Ubahsuai lah agar tak terlalu berminyak dan terlalu kering.
Masukkan ke dalam bekas dan bolehlah di gunakan. Cara penyimpanan, simpan pada suhu bilik sudah memandai.
*Jika ingin ada perisa dan pewarna boleh tambahkan lip balm yang berperisa. Madu pun boleh di campurkan sekali.
*Minyak zaitun yang di gunakan boleh juga di gantikan dengan minyak kelapa. Nak lebih menarik rasanya, letak kopi sikit. Jadilah berperisa kopi.
Bila nak di gunakan hanya sapu pada bibir. Gosok-gosok sedikit untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati dan biarkan seketika. Selepas itu cuci dengan air bersih. Lakukan setiap malam sebelum tidur. Nescaya insya'allah bibir akan menyerlahkan warna semulajadi bak delima merekah.
Nak dapatkan pelbagai informasi di blog ini, klik SINI
p/s: Semoga perkongsian skrub bibir buat sendiri ini bermanafaat untuk para wanita pencinta kecantikan. Siapa yang tak nak cantik jelita kan!
#sumber FB Cik Nyssa Anuar
Wah! Boleh cuba nih
ReplyDeletecantiknya
ReplyDeleteSenangnya nak buat, bahan pun mudah nk cari. Tq sharing petua.
ReplyDeleteNak lagi senang kan kak... amik tomato lepastu tekapkan dkt gula. then scrub bibir. jgn kata bibir. muka badan pun boleh. Utk yg nak muka glow boleh la try
ReplyDelete